Masyuk

Rabu, 4 Januari 2012

Karnival Industri Asas Tani Di Serdang, Selangor - Minggu Ini










Salam semua, 
Karnival Industri Asas Tani akan berlangsung pada 6-8 Januari 2012 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang [MAEPS] 43400, Serdang, Selangor Darul Ehsan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam seperti di gambar peta dibawah ini. 


 

Pelbagai acara menarik bakal diadakan di karnival tersebut antaranya adalah Perasmian Pasaraya My Agro Hypermarket pada 8 Januari 2012 dan Denaihati seorang blogger yang pemurah telah dijemput pada majlis tersebut. Dengar khabar Kak Jie dan Rakan blogger lembah klang juga bakal hadir pada event tersebut mungkin mereka bakal mengadakan mini gathering disana nanti.






Maskot upin dan ipin yang cukup terkenal di Malaysia dan Indonesia ini bakal menemui pengunjung yang hadir di karnival tersebut. Setiap hari mini contest juga turut diadakan memberi peluang kepada pengunjung pulang dengan tanpa tangan kosong. Kepada pengunjung yang merasa dirinya bisa bersaing dalam pertandingan karaoke bolehlah mencuba nasib dengan menyertai pertandingan karaoke dengan hadiah bernilai lebih RM1500 disediakan.






Setiap pengunjung Karnival Industri Asas Tani juga berpeluang untuk membawa pulang Iphone 4S, Ipad 2 dan Tv Lcd 40 inci untuk cabutan bertuah yang bakal diadakan nanti. Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu.




Kepada yang berminat untuk singgah di Karnival Industri Asas Tani ini bolehlah like ke fanpages facebook disini http://www.facebook.com/myagrohypermart?sk=wall ataupun yang berminat untuk menyertai pertandingan karaoke sila lawat laman web ini http://www.facebook.com/events/335005309862819/

3 comments:

Geng Borak berkata...Best Blogger Tips

aku rasa macam nak peergi laaa... jom!

JAI berkata...Best Blogger Tips

Jom gi sabtulah..kita berkelah sambil sun bathing..hehe

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Kid - jom ar

jai - sabtu ke ahad yang menarik