Masyuk

Selasa, 13 September 2011

Ke Dungun, Terengganu - Al Fatihah



Salam semua, Hari Sabtu lepas aku pergi ke Terengganu, Bukan pergi berjalan jalan tapi pergi menziarah keluarga datuk saudara Cik Nieza yang meninggal dunia di Dungun, Terengganu pada hari Jumaat dan selamat dikebumikan pada malam itu juga. Aku, Cik Nieza & Mak Cik Jenab pergi 3 orang sahaja menaiki bas Tranasional dari Greenwood, Gombak ke Dungun, Terengganu. Disebabkan cuma itu sahaja pak cik kepada Mak Cik Jenab yang ada tapi kini telah pergi menghadap Sang Pencipta yang satu kami pun pergilah melawat keluarga beliau walaupun kami tak dapat untuk menatap buat kalu terakhir allahyarham cuma dapat melawat kubunya sahaja disana. Di dalam perjalanan Mak Cik Jenab tak henti-henti nangis kerana kesedihan di atas pemergian Allahyarham.



Check in di tepi pantai selepas sampai disana nak ke kubur takut tak sempat sebab kami nak bekejar ke surau berhampiran kerana Majlis Tahlil diadakan di Surau sahaja.


Sesudah selesai membaca Surah Yassin di tanah perkuburan Nenek Siah meluahkan perasaan kepada Mak Cik Jenab yang berbaju kurung hitam. Waktu ni semua sedih menitik air mata sorang-sorang aku tetap kental ok.



Selepas selesai segala mala dikubur kami terus ke Pasar Besar Dungun, Rambang mata Mak Cik Jenab melihat makanan laut yang segar dan murah disana sotong cuma RM8 sekilo kalau kat Kuala Lumpur ni tak dapat aku rasa. Kami makan nasi dagang 5 orang cuma RM16 murah gila siot.




p/s - Al Fatihah kepada Allahyarham, Salam Takziah kepada keluarga pelakon Safura yang popular dengan lagu sedalam mana cintamu kerana anak beliau telah kembali kerahmatullah petang semalam.





0 comments: