Masyuk

Khamis, 23 September 2010

" My Raya Moments''




Salam semua, Malam ni aku telah merajinkan diri untuk menghapdet blog picisan aku ni, Aku pun teringin juga nak joint contest yang diadakan oleh blogger terkenal iaitu Eyriqazz ataupun lebih glamer dengan panggilan GTO. Contest yang dianjurkan oleh Eyriqazz adalah cuma memerlukan gambar raya berserta description nya sekali dengan tajuk "My Raya Moment"

http://www.eyriqazz.com/2010/09/my-raya-moments-contest.html


Gambar ini diabadikan pada hari raya tahun lepas (2009) pada hari raya kedua. Gambar ini diabadikan di rumah akak sepupu aku di Cheras, Kuala Lumpur walaupun dalam gambar ini masih tak cukup semua bilangan ahli keluarga aku akan tetapi telah menunjukkan bahawa kami semua bergembira pada waktu tersebut. semoga ianya berkekalan hendak-Nya
Amin


Sewaktu ini aku bersama akak-akak sepupu aku yang gilo-gilo


Gambar ini adalah peringkat anak buah aku yang kecil-kecil dan masih di tadika, bersekolah rendah & masih belum bersekolah.


Gambar ini adalah peringkat anak buah aku yang sudah bersekolah menengah cuma adik aku jer yang dah kerja (hujung sekali pakai baju kurung biru)

Ini pula adalah gambar peringkat pak cik dan makcik ramai perempuan cuma aku dan abang cik aku jer lelaki.



My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150)


Pergi ke pasar membeli keladi,
Keladi dibeli dikedai mak inang.
Wahai Eyriqaz yang baik budi,
Apa salahnya kasi daydeck86 pula menang.