Masyuk

Jumaat, 4 Jun 2010

Batik Sarong Online Giveaway





Sempena pembukaan Batik Sarong Online (BSO) ada Giveaway.
Cuma 3 orang jer yang layak untuk memengangu giveaway tersebut.
Saja jer aku nak masuk giveaway ni coz nak tolong member2 promote perniagaan online mereka terutamanya orang melayu.
Kalau tak dapat pun tak per coz leh membantu member2 blog berniaga kalau dapat boleh bagi kat Cik Nieza atau pun Mak Cik Jenab.
Lagi pun aku tengok kain batik yang dijual amatlah menarik dari batik biasa yang dijual di pasar Coket tuh.

Syarat-syarat untuk giveaway adalah

Mesti mempunyai blog.
memang dah ada pun

Mesti jadi follower BSO sepanjang tempoh giveaway.
orang pertama jadi follower kot. eheheheheheee

Buat satu entri "Batik Sarong Online Giveaway" dan tinggalkan link korang kat komen entri ni.Copy paste banner BSO dan letak pada side bar blog korang.
Sudah gaks

Giveaway Pertama


Giveaway Kedua

Giveaway Ketiga

Aqasha Sudah Bertunang?



Aku pun tak tau adakah betul atau pun tidak.
Sebabnya tuan punya badan pun tak membuat pengumuman kepada media.
Sebelum ni Aqasha ada update blog dia akan meninggalkan dunia bujangnya.
Pagi ni pulak ada kawan aku hantar gambar pertunangan Aqasha dengan gadis pilihanya tapi aku tak tau la gambar ni betul atau pun hanya lakonan sahaja kalau betul TAHNIAH kepada Aqasha semoga berkekalan sehingga menutup mata hendak-NyaAmin.








Rezeki Jangan Ditolak Lagi




Siapa cakap berblog ni merugikan?
Bagi aku berblog ni langsung tak merugikan daripada membuat perkara yang tak berfaedah sambil kita berblog kita akan mendapat keuntungan dari pelbagai cara antaranya dari Nuffnang
selain itu berblog juga boleh memperkenalkan kita dengan semua orang tak kira Bangsa, Agama dan Negara.

Kenapa aku cakap tak merugikan?
Sebabnya selain aku dapat side income dari Nuffnang aku juga dapat ramai kenalan dan selain itu aku juga mendapat Rezeki dari member blog. Minggu lepas sebelum aku ke Temasik aku terjumpa anak cik Intan yang juga kawan sekolah aku dan pada masa yang sama aku dapat 2 paket serbuk kopi rezeki juga tu kan, mesti layan kan time mengantuk kat opis nanti leh lah aku bancuh kopi tu senang je skang kopi ni dah siap dengan gula dan tak perlu tapis sebabnya kopi yang Cik Intan bagi tu dah siap dalam uncang aku cua perlu masukkan air panas lepas tu kacau sampai pekat layan siot... Esok aku nak bawak kopi tu g opis pastu tak yah la aku beli kopi kat Cafe lagik. Terima Kasih daun keladi kalau ada bagi lagi yer Cik Intan. ehehehehe




Lagenda Budak Setan Tak Best




Aku pun tak tau la cerita ni best ker idak. kalau tengok promo cam best jer tapi member aku Usna Popcorn dah pergi tengok cerita Lagenda Budak Setan karya dari novel tulisan Ahadiat Akashah seorang penulis yang terkenal. Tapi lain padang lain belalang lain orang lain pandangan" walaupun apa orang cakap aku tetap nak pergi coz Fazura berlakon aku memang suka dengan Fazura ok.


Khamis, 3 Jun 2010

Budak Gedik Dah Ada Blog






Oleh disebabkan budak gediks kuasa sepuluh department aku jeles dengan aku yang ada blog picisan dan menjadi tali barut kak ina KL maka si budak gedik telah mengadakan blog untuk dirinya. Tujuan utamanya adalah untuk mengedikkan dirinya di dunia blogging selain itu budak modus operandinya adalah untuk mencari side income dari Nuffnang tapi budak gediks ini amatlah lambat sket sampaikan kengkadang aku bosan nak melayan minah gediks ini tapi dengan berkat dan kesabaran aku aku layankan jugak dia.
akhir kata selamat datang ke dunia blogging.

Rabu, 2 Jun 2010

Temasik - Universal Studio 1





Last weekend aku family & frendz aku pergi ke Temasik untuk berjalan jalan family vacation ar ni konon nyer tapi ada gak member member aku nak menyelit aku selitkan dia orang. ahahahhaaa


Kalau dah ke Temasik harus la kitaorang gerak ke Universal Studio (US) yang hangat diperkatakan oleh setiap insan. Memang happening la tempat tu coz kat Malaysia ni xda benda alah cam nih kat Genting Highland plak dah muak nak main permainan kat situ

harga nak masuk ke Universal Studio ni pulak seperti dibawah, lepas tu kalau boleh beli lah ticket online dari sini jer coz takut sampai kat Universal Studio tu ticketnye abis plak buang masa jer.


Sumber dari http://www.asiatravel.com/universal_studios_singapore/index.html



Kalau dah ke Universal Studio ni haruslah bergambar dengan replika bumi yang berputar putar tu 4orang anak buah aku bergambar di depan Icon Universal Studio ni.


Masuk masuk jer terus nampak benda alah nih. pilih jer nak pergi Universal Plaza atau Hollywood


Model kali ini adalah minah yang ikut g tengok Teater Muzikal Teratak Minang hari tu tapi kali ni mana tudung ko ekk.... gedik santai tul.



Lepas tu sebelah kanan ada plak banggunan Shrek dalam tu ada jual merchandise bagai la.


Ini pulak waktu kat depan kedai Universal Studio tu semua barang yang dijual di kedai kedai kecik semua ada kat dlm kedai Universal Studio nih.



antara kedai kedai kecik yang ada disekitar Universal Studio tuh



Ini pulak antara kedai "jajan" yang ada kat situ.



Mr. K ataupun Atan Tuya sedang membelek belek Mug untuk dibeli sebagai kenang kenangan.



Waktu ni dekat area Madagaskar sungguh teruja memula masuk dah happening cam nih orang tak yah cakap la ramai pulak tu bleh cuci mata.