Masyuk

Rabu, 4 Ogos 2010

Slim Samsung External Dvd Writer Problem



Hari Jumaat lepas aku ada beli External DVD writer jenama Samsung seperti gambar tersebut warna pun sama tapi aku ada masalah kenapa tak boleh main ar aku nyer External DVD writer tersebut. aku dah cuba kat opis tak ada masalah tapi kat umah ada masalah pulak nak kata aku punya Lappy penuh sangat aku dah clearkan semua document masuk dalam external hard disk aku tu error message tak da pulak tu. kengkawan yang celik IT tolong bantu aku yang buta IT ini sebelum aku membazirkan masa ke Plaza Low Yatt untuk mencari jalan penyelesaian.


Sebijik cam ni la External DVD writer aku.


Kapasiti dalam Drive C aku banyak free space lagi tu.


Dalam Drive D lagi la kosong.


Adakah CPU N270 @ 1.60GHz
1.60GHZ, 1.99 GB of RAM aku menjadi puncanya?



p/s - Bantu aku yer kengkawan, jasamu tetap ku kenang

Selasa, 3 Ogos 2010

Juara Tilawah Al - Quran 2010




Qari

Juara dari Mesir
Tempat kedua dari Malaysia
Tempat ketiga dari Filifina
Tempat ke empat tak sempat nak dengar
Tempat kelima dari Brunei Darussalam


Qariah
Juara dari Pakistan
Tempat kedua dari Brunei Darussalam
Tempat ketiga dari Filifina
Tempat ke empat dari Malaysia
Tempat kelima dari Indonesia


Tahniah kepada para pemenang

Rezeki Dari Kak SumiJelly




Minggu lepas aku dapat rezeki dari member blog lagi iaitu dari Kak SumiJelly yang bermurah hati nak bagi top up RM10 kepada pengunjung bertuah.
Caranya adalah amat mudah cuma perhatikan kita pengunjung ke berapa?
Jikalau kita pengunjung yang ke 44555 maka kita adalah pengunjung bertuah yang dicari.
Kebetulan aku pula adalah pengunjung yang ke 44555 maka aku mendapat top up RM10 dari Kak SumiJelly. Terima Kasih bebanyak yer Kak SumiJelly kalau ada lagi bagi lah lagi yer.

Bukti aku adalah pengunjung bertuah di blog Kak Sumijelly

Buffered Earning Lagi & Lagi




Alhamdulillah syukur nikmat kerana Nuffnang dengan baik hati telah menambah BE aku lagi pagi tadi aku perasan tapi tak sempat nak buat N3 niat hati bukan nak menunjuk atau membodek Nuffnang tapi nak menyatakan bahawa Nuffnang tak memilih blog untuk memberikan BE walaupun blog aku cuma blog picisan sahaja. Tak rugi untuk aku setia pada yang satu iaitu Nuffnang dulu, kini dan selamanya.





Cameron Highland



Cuti hujung minggu hari tu aku ngan family berjimba di ke Cameron Highland. Pergi pun 3 kereta sampai sana sewa apartment 3 bilik berharga RM280 untuk satu malam aku share bertiga dengan adik & akak sepupu aku.

Modus Operandi aku sebenarnya nak shoot gambar la belajar dari pengalaman lagipun aku bukan pandai sangat nak godek godek kamera aku tu. Sebelum berpuasa kitaorang berjimba dulu nanti dah puasa tak larat nak berjimba bagai ni.


Sewaktu baru sampai ke Apartment


Bunga-bunga tu memang dah cantik


Kalau dah Cameron Highland tu memang dah sinonim dengan Strawberry


Adik aku dengan Cowoknya yang ticik tu anak buah kitaorang ler.


Waffle + Strawberry + Aiskrim Vanila


Kitaorang stay kat Prima Villa Apartment, Tanah Rata tapi kitaorang jalan gak la ke Brinchang, Ringlet dll.


Cik Nieza dengan bunga-bunganya.


Hari kedua pula rombongan Cik Kiah ke Ladang Teh plak.


bergambar di Ladang Teh.


Atan Tuya di ladang teh


Aku dengan Akak sepupu aku ler korang ingat aku dengan awek aku kerk



Melompat lebih tinggi


Sebelum balik bergambar di Ladang Teh dulu


OTW balik singgah kat orang asli yang berniaga tepi jalan beli petai, rebung, madu asli, durian.


Singgah pulak kat Lata Iskandar tak mandi pun kat sini anak buah aku jer main air kejap.


Si Qaireen mandi dalam kesejukan dengan toncet kat kepala dia tu.

Kitaorang mandi kat Sungai Kuala Woh air sejuk giler tapi pasir dia panas.


BerYOGA plak anak buah aku sorang ni.


kat highway kereta ni bawak kereta cam haram jadah sampai depan skit kitaorang nampak kereta dia dah terbalik cam ni padan muka ko dah ramai sumpah ko agaknya.


Sampai jer rumah Mak Cik Jenab terus melantak durian kat luar siap bentang tikar lagi tu.



Isnin, 2 Ogos 2010

Safety, Health & Environment



Minggu lepas aku agak sibuk sikit ler tapi tak sibuk kuasa sepuluh sebabnya tempat aku berkerja ada buat minggu Safety, Health & Environment kali ni aku jadi comittee untuk menjaga tempat bertanya untuk para staff dan vendor yang datang.

Dikesempatan minggu SHE aku juga sempat buat Health Screening untuk seluruh badan secara percuma. Health Screening ini dikelola oleh Sunway Medical Centre selain itu aku sempat membuat pemeriksaan buah pinggang juga secara percuma. Alhamdulillah semua sihat dan semoga ianya berkekalan cuma doktor menasihatkan supaya aku turunkan sedikit berat badan supaya mendapat berat badan yang ideal walaupun aku bukan termasuk dalam kategori OBESITI.

Sewaktu berlangsungnya SHE di tempat aku berkerja ini terdapat pelbagai barangan yang dijual terutamanya barangan kesihatan seperti CNI, Permata Hijrah, Focus Point, Body Shop dan banyak lagi tapi sayang aku lupa nak bawak camera gambar gambar aku pun cilok dari member-member.


Siapa buat Survey dapat bag "go green" tersebut


Aku pun buat survey juga yer tu pasal dapat bag tu satu.


Antara petugas yang dedikasi.


we are rock bebeh.


Barangan The Body Shop


Kempen keselamatan jalan raya dari polis trafik


ni bukan tempat spa tapi untuk kecantikan kulit.

Barangan Permata Hijrah.


Spa boleh dapat voucer dari pisat SPA tersebut.




p/s - Lepas ni aku sibuk nak organize Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim & Penyampaian Sumbangan pulak. doakan semuanya berjalan dengan lancar yer.