Masyuk

Rabu, 10 Ogos 2011

Terima Kasih GTO a.k.a. Eyriqazz





Terima kasih kepada Eyriqazz kerana telah menyumbangkan trafik kepada blog picisan aku ini. Aku pun tak tau macam mana orang boleh menyelit ke blog picisan aku ini dari blog Eyriqazz. Memang betul blog aku tak ramai yang masuk ke blog picisan aku ini tak sampai 200 orang sehari tapi sedikit sebanyak minggu ni ramai jugalah yang singgah kat sini.



Berniaga Kecik-Kecilan







Salam Ramadhan semua yang sudi singgah kat sini. Tahun ni tempat kerja aku ada buat ala-ala bazar ramadhan bermula hari ini aku dnegan kawan-kawan satu department saja mencuba nasib menjual Biskut Raya antaranya adalah ShortBread, Biskut Nestum Cornflake, Kuih Batang Buruk, Popiah Reben, Biskut Famous Amous Kak Ina KL, Kek Buah dan serunding. Kami semua saja mencuba nasib untuk menjual apa yang kami jual tiap-tiap tahun, selalunya kami menjual kepada teman-teman yang memang dah kenal & menjual secara menghantar Email sahaja. Tahun ini mana tau ada rezeki lebih dapat juga menjana ekonomi kami untuk raya tahun ini. Doakan perniagaan kami laris yer.


Nama gerai pun TDDMKA memang sempoi.

Bukan main cekak pinggang lagi Kak Diela nak meniaga tu.



Hari ini ada juga Kek Buah aku yang laku insyaallah esok ada orang sudi memberi order sebab hari ini ramai yang ambil sample kuih dari gerai kami tapi kalau tak ada pun tak apa bukan rezeki aku nak buat macam manakan. Lagipun niat nak buat charity sebab duit sewa gerai yang kami bayar tu adalah untuk tabung charity kami.





*** Rezeki, Jodoh Pertemuan, Ajal Maut itu semua ditangan Allah S.W.T. kita cuma mampu merancang sahaja.

*** Tempahan diterima selewat-lewatnya hari Jumaat ini.











Selasa, 9 Ogos 2011

Resipi Kuih Tepung Pelita @ Kuih Sampan








Salam hari Selasa yang indah dibulan Ramadhan yang mulia ini. Bila bulan puasa ni macam-macamlah tekak ni nak makan macam-macam. Hari Sabtu lepas aku rajin nak buat kuih tepung pelita ataupun kuih sampan. Kuih ni memang popular kalau bulan puasa. Tak tau cam mana aku boleh rajin pulak buat kuih tepung pelita ni dekat rumah kalau tidak tak akan aku hadap nak buat masak memasak ni. Selalunya dibulan puasa aku akan tolong mak cik aku buat kuih tepung pelita ni dekat rumah dia tapi tahun ini aku buat kat rumah aku mak cik jenab pun terkejut aku nak buat kuih ni. aku buat kuih ni pakai daun pisang baru tradisional sikit lagipun daun pisang menimbun belakang rumah aku ni. Nasiblah kalau habis daun pisang tak ada lemang la raya tahun ni.

Resipi
Lapisan Bawah Kuih (Warna Hijau)

- 2 mangkuk tepung beras
- 2 mangkuk gula pasir (aku kurangkan sikit takut potong kaki)
- 10 mangkuk air
- 6 helai daun pandan campur pewarna sikit (kalau daun pandan banyak takut pahit)


Lapisan Atas Kuih (Warna Putih)

- 8 cawan santan (pati santan + air)
- 8 Sudu tepung beras (aku lebihkan sikit)
- Garam secukup rasa


Cara Membuatnya
Lapisan Bawah Kuih (Warna Hijau)
- Masak semua bahan diatas diatas api perlahan sehingga berkilat dan pekat.
- Tuangkan Batter yang pekat tadi kedalam acuan yang korang buat atau beli
- Taburkan sesudu kecil gula keatas lapisan tersebut.


Lapisan Atas Kuih (Warna Putih)
- Masak semua bahan diatas diatas api perlahan sehingga berkilat dan pekat.
- Tuangkan Batter yang pekat tadi atas lapisan hijau tadi.
- Tunggu sehingga sejuk lepas tu kasi bedal la


** Stanby air panas kalau waktu tengah masak tu batter jadi berketul2 tuangkan air panas tersebut insyaallah kuih tak berketul dan ianya akan menjadi licin.

** Dapat dalam 50biji kuih dengan modal tak sampai RM7 sahaja







Bonus Kakitangan Awam Kerajaan 2011



Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Sumber: Berita Harian


Isnin, 8 Ogos 2011

Kek Buah Kukus - Promote











1 entry lagi pagi ini, last order untuk kek buah kukus ni kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk order Kek buah kukus ni untuk hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Insyaallah last order untuk kek buah kukus ni pada hari Sabtu ini. Area Kuala Lumpur sampai Seremban tak ada hal punya free delivery insyaallah sebab hantar sendiri kalau pos ni aku takut kek yang dihantar akan hancur ini akan merugikan korang jangan membazir mengikut amalan syaiton.




Korang tengok sendiri banyak ke tidak buah yang ada didalam kek tersebut.


Rupa bentuk kek buah tersebut 1kg cuma RM35 sahaja.


Kek buah tersebut memang dibungkus seperti ini dalam kotak yang telah disediakan.



KALAU BERMINAT SILA EMAIL KEPADA AKU DI HALAMAN CONTACT ME AKU ADA EMAIL ADDRESS




Berbuka Puasa Bersama - Puasa Ke - 6




Salam Ramadhan yang mulia kepada semua blogger's. Hari Sabtu lepas minggu pertama berpuasa aku dengan along dah planning nak berbuka puasa beramai-ramai dirumah. Dalam jam 9pagi tu aku dengan along dah mula berkerja keras pergi ke pasar Chow Kit nak beli bahan2 untuk memasak. Perancangan utama nak masak gulai siput sedut dengan keladi tapi abis satu pasar kami pusing tapi tak ada orang jual siput sedut mungkin tak ada musim ataupun dah abis diborong oleh peniaga nasi campur tak tertunailah hasrat dihati. Kemudian menu utama ditukar kepada gulai Ketam dengan nenas walaupun harga ketam agak mahal RM18.50 sekilo itupun kecik2 jer ketam tu nasib baik kami pilih ketam betina banyak sikit isinya dari ketam jantan. Antara menu sampingan yang dimasak oleh kami adalah Ikan Bakar, Kangkung Goreng Belacan. Sampai rumah aku terus membuat kelonsong kuih tepung pelita ataupun kuih sampan.


Antara menu yang aku dengan along masak jering mentah pun ada gak tu tapi aku makan pun.


Gulai ketam + nenas yang dimasak oleh aku sendiri itupun main lebur jer.



Ikan keli bakar paling cepat habis ingatkan ramai yang tak usik ikan keli. itupun beli ikan keli 1kilo ikan kembung pula 2kilo. Ikan bakar dimakan dengan air asam memang terangkat sebab kepedasan.


Kangkung goreng belacan along masak itupun main lebur jer aku cakap kat along masak cincai2 jer sudah mesti sedap punya lagipun memasing puasakan.


Puas hati kalau buat kuih sampan ni sendiri kos bukan banyak pun tepung beras tak sampai 1kg dapat banyak siap boleh bagi saudara mara bawak balik lagi. Nanti aku kongsi resipi kuih tepung pelita atau kuih sampan ni.


Sebahagian saudara mara yang ada pada hari tersebut yang lain tak sempat ambil gambar sebab semua dah sibuk dok mengunyah.