Masyuk

Selasa, 13 September 2011

Ke Dungun, Terengganu - Al Fatihah



Salam semua, Hari Sabtu lepas aku pergi ke Terengganu, Bukan pergi berjalan jalan tapi pergi menziarah keluarga datuk saudara Cik Nieza yang meninggal dunia di Dungun, Terengganu pada hari Jumaat dan selamat dikebumikan pada malam itu juga. Aku, Cik Nieza & Mak Cik Jenab pergi 3 orang sahaja menaiki bas Tranasional dari Greenwood, Gombak ke Dungun, Terengganu. Disebabkan cuma itu sahaja pak cik kepada Mak Cik Jenab yang ada tapi kini telah pergi menghadap Sang Pencipta yang satu kami pun pergilah melawat keluarga beliau walaupun kami tak dapat untuk menatap buat kalu terakhir allahyarham cuma dapat melawat kubunya sahaja disana. Di dalam perjalanan Mak Cik Jenab tak henti-henti nangis kerana kesedihan di atas pemergian Allahyarham.



Check in di tepi pantai selepas sampai disana nak ke kubur takut tak sempat sebab kami nak bekejar ke surau berhampiran kerana Majlis Tahlil diadakan di Surau sahaja.


Sesudah selesai membaca Surah Yassin di tanah perkuburan Nenek Siah meluahkan perasaan kepada Mak Cik Jenab yang berbaju kurung hitam. Waktu ni semua sedih menitik air mata sorang-sorang aku tetap kental ok.



Selepas selesai segala mala dikubur kami terus ke Pasar Besar Dungun, Rambang mata Mak Cik Jenab melihat makanan laut yang segar dan murah disana sotong cuma RM8 sekilo kalau kat Kuala Lumpur ni tak dapat aku rasa. Kami makan nasi dagang 5 orang cuma RM16 murah gila siot.




p/s - Al Fatihah kepada Allahyarham, Salam Takziah kepada keluarga pelakon Safura yang popular dengan lagu sedalam mana cintamu kerana anak beliau telah kembali kerahmatullah petang semalam.





Khamis, 8 September 2011

Terima Kad Hari Raya





Salam semua, Tak disangka aku mendapat kad hari raya tadi walaupun sudah 15 hari kita menyambut kemenangan selepas berpuasa selama sebulan (tahun ni tak cukup kot). Walaupun lambat aku terima kad hari raya ini tapi aku berbangga still mendapat kad raya dari seorang Pendididik di Negeri Melaka iaitu Sonata Anak Kancil. Tahun lepas aku ada bagi sikit ole-ole kepada beliau tapi tahun ni aku tak sempat untuk berbuat demikian kerana kesibukkan melanda diriku ini. Minta maaf Kak Sonata Anak Kancil kerana tak dapat nak balas apa-apa pun tapi terima kasih daun keladi sebab sudi bagi kat raya kat saya.



Kepada Heldi alamat terpaksa dikaburkan.



Macam tahu warna kesukaan aku jer kan.


Tarikh dihantar pada 17 Ogos 2011 aku dapat 13 September 2011 hampir sebulan baru aku terima.



Terima Kasih Kak SAK sebab sudi bagi kad raya



http://www.daydeck86.com/2010/07/rezeki-jangan-ditolak-lah.html


Rabu, 7 September 2011

Kenapa Aku Nak Joint My Selangor Story 2011




Salam semua, Aku tertarik nak menyertai "My Selangor Story" yang bakal diadakan tidak lama lagi. Bukan senang untuk menyertai pertandingan "My Selangor Story" sebab memerlukan ketahanan fizikal & mental lagi pula pertandingan ini adalah pertandingan yang diadakan setiap tahun.

Tujuan aku hendak mengambil bahagian didalam pertandingan ini adalah
1. aku turut ingin membantu mempromosikan Negeri Selangor kepada semua walaupun aku tidak dilahirkan di Negeri Selangor.

2. Aku ingin mendapatkan ilmu berupa fakta yang diberikan tidak cuma sekadar mendengar cerita dari orang lain.

3. Mengembara juga adalah antara yang aku minat untuk menambahkan ilmu dan pengalaman bak kata pepatah " Jauh Perjalanan Luas Pemandangan"

4. Aku ingin memperbaik skill mengambil gambar terutamanya untuk mengambil gambar-gambar menarik di sekitar Negeri Selangor seperti di Sabak Bernam, Bukit Melawati dan sebagainya.

5. Tertarik dengan pelbagai agama, adat, budaya dan juga kepelbagaian kaum di Negeri Selangor antaranya adalah Jawa, Banjar, Rawa dan sebagainya.


Minta-minta aku dapat joint pertandingan "My Selangor Story" ini walaupun aku terlambat buat entry.


Ahad, 4 September 2011

Beraya Di Papa Jhon - Jusco Wangsa Maju





Salam semua, hari ini dengan semalam memang agak bosan dari hari sebelum-sebelumnya tak tau nak buat apa, nak pergi beraya pun agak malas dalam jam 3 petang aku pergi Wangsa Maju melepak kat rumah Adham Syafiq. Lepas tu tak ada apa nak buat kitaorang pergi makan Papa Jhon dekat Jusco Wangsa Maju dengan Ain sekali. Agak best gak lah makan kat sini sebab rasanya yang enak lepas tu pulak pelayan dia pun tak sombong tapi harga leh tahan mahal nyer tapi ok la kot makan 3 orang RM80.


Askrim Vanila pula tak ada terpaksa guna Aiskrim Coklat, Layankan jer lah.


Breadsticks ni pun sedap gak aku kunyah sampai 3


Pastu kitaorang order Chef's Salad sedap gak salad ni banyak cheese, bukan cis bedebah.


Pizza plak kitaorang order Super Papa's dengan Hawaiian Papa separuh dengan Chiken Super Papa's separuh.



Kalau korang berminat untuk makan di Papa Jhon korang boleh tengok dekat laman web ini http://www.papajohns.com.my/ tapi tadi kitaorang makan di cawangan

Jusco Alpha Angle

G-11, Jusco Alpha Angle Shopping
Centre,
Jalan 2/27A, Seksyen 1,
Bandar Baru Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur,
Malaysia



Kalau tak silap nama pelayan tu Diana yang melayan kami yang agak bagus dan sporting untuk mempromosikan makanan yang paling popular disini.







Sabtu, 3 September 2011

Persiapan Lebaran 2011






Salam semua, aku nak cerita pasal aktiviti sebelum lebaran 2011 baru baru ini. Hari Isnin cuma aku dengan mak cik jenab jer ada kat rumah lain ada yang pulang ke rumah mentua dan ada yang masih bekerja. Macam biasalah kalau sehari sebelum berhari raya semua orang pasti akan sibuk untuk menyediakan juadah untuk berhari raya. Kerja aku hari itu menyiapkan barang barang untuk memasak lemang manakala mak cik jenab masak rendang tapi dua-dua aku yang jaga coz mak cik jenab tak larat duk depan api yang membara biasalah kami masak guna dapur kayu jer.



Lebih kurang dalam 35 batang lemang aku bakar seorang diri hari itu sila abaikan "props" yang ada didalam gambar tersebut.


Waktu ni dah nak dekat masak dah ni kena hentak - hentak lemang tu kasi padat kalau tak cam masak pulut tanak jer lah bukan lemang jadinya.


Tahun ini masak rendang daging jer memang setiap tahun kami akan masak banyak tahun ini rendang daging kami masak daging 8kg + kentang kecil 2 kilo.


Malam pulak aktiviti memasukkan duit raya kedalam sampul. Alhamdulillah rezeki lebih bagi pun lebih la pulak kalau rezeki kurang bermakna kuranglah duit rayanya.




p/s - gambar ni jer ada itupun ambil menggunakan smartphone blackberry torch 9800.




Khamis, 1 September 2011

Minal Aidil Wal Faizin 2011





Salam semua, Cerita Lebaran tahun ini macam biasalah bangun pagi mandi sunat Aidilfitri bersiap pergi baca Yassin kat kubur Allahyarham saudara mara aku di Tanah Perkuburan Kampung Puah Lembah aku memang pergi awal sebelum solat sunat aidilfitri sebab tak nak tempuh sesak ditanah perkuburan selepas solat sunat aidilfitri. Lepas menziarahi kubur ahli keluarga yang telah pergi buat selamanya sebelum kita aku pun pergi sembahyang sunat aidilfitri di Masjid Sentul dan terus pulang menanti kehadiran sanak saudara ke rumah. Seperti kebiasaan lepas sembahyang sunat aidilfitri orang tidak henti-henti datang ke rumah kami sampailah hari raya ke-2.


Selepas solat sunat Aidilfitri memang ramai yang akan serbu rumah kami. Ini baru sebahagian kawan-kawan anak mak cik jenab.



Tak henti-henti tetamu datang ke rumah bersama keluarga masing-masing.



Tidak mengira pangkat dan umur kami saling kunjung mengunjung.



Tahun ini warna tema hari raya kami adalah warna kelabu memang semua tak sedondon tapi sama warna macam biasa mengikut kesukaan diri sendiri. Kalau korang tgk muka aku memang tak ada rupa dengan diaorang ni sebab aku stay ngan mak cik aku ler bukan dengan keluarga kandung aku tapi kami tetap macam satu keluarga kandung.



Masing-masing menunjukkan bakat untuk mengambil gambar.



P/S - Hari Raya Ke - 2 masih duduk dirumah sebab ramai yang datang ke rumah kami. Terima Kasih kepada semua yang sudi datang ke rumah kami semoga ianya terus berkekalan hendak-Nya