Masyuk

Isnin, 12 Disember 2011

Pengat Pisang Nangka










Salam semua,
Minggu lepas aku kerajinan sedikit nak buat pengat pisang biasalah benda semua memang dah ada kat rumah. Pisang Nangka pulak berlebih sebab mak cik jenab memang jual goreng pisang dekat area Balai Polis Wangsa Maju seksyen 1 tu. Selalunya kalau buat bubur, pengat, kolak memang aku yang buat sebab kalau mak cik jenab buat memang manis gila boleh potong kaki wey. 
Resipi pengat pisang.

Bahan-bahannya:-
10 biji pisang nangka 
**dipotong serong kecil-kecil- aku memang saja belah 2 sebab nak makan besar2 sikit baru puas.
1 1/2 biji kelapa diperah dan diambil santannya.
2 cawan gula merah 
1 senduk gula pasir
1 cawan sagu mata ikan *direndam sekejap
Sehelai daun pandan
Secubit garam




Cara-caranya:-
1. Masakkan gula merah dan gula putih bersama air sehingga gula larut.
2. Masukkan daun pandan supaya harum
3. dah agak mendidih masukkan pisang dan sagu mata ikan sekali
4. Sagu mata ikan dah jernih dan kembang masukkan santan jangan sampai pecah minyak nanti tak sedap wey. 
5. pastu kasi cekik la bila dah sejuk.





Makanan kampung tetap dihatiku.

Jumaat, 9 Disember 2011

Restoran JomBali Jln. Genting Klang








Saje jer nak post gambar Restoran JomBali ni nanti aku review ok pasal makanan kat Restoran JomBali ni. 




 












Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia - Segala Maklumat Dihujung Jari




48 HOURS SPONSERED POST, SCROLL DOWN FOR LATEST ENTRIES




Salam semua,
Sudahkah anda semua mmbuat pendaftaran dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) ? Inilah masa untuk anda semua menjalankan tugas sebagai rakyat negara Malaysia dengan membuat pendaftaran dengan SPRM kerana andalah yang bakal menentukan siapakah yang bakal mentadbir negara yang anda cintai. Walau apa jua pandangan dan pilihan anda didalam politik tapi sebagai rakyat Malaysia anda haruslah menunaikan tanggungjawab ada sebagai penduduk di negara yang demokrasi ini.



 
Untuk pengetahuan semua status pendaftaran anda sekarang boleh disemak dilaman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sahaja. Anda tidak perlu membuang masa untuk pergi kemana-mana untuk mendapatkan status pendaftaran anda dengan adanya laman web ini. Kepada semua rakyat Malaysia yang sudah layak untuk mendaftar mestilah menunaikan kewajiban anda sebagai rakyat negara Malaysia ini. Setiap 1 undi itu adalah sangat bermakna dan ianya cukup berharga untuk menentukan masa depan negara yang kita cintai. 



Kepada yang masih belum mendaftar sebagai pengundi bolehlah menyemak cara dan peraturan untuk mendaftar sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya ini. Didalam laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ini juga anda berpeluang untuk membetulkan data peribadi serta tempat pendaftaran yang diadakan.  Selain itu anda juga boleh menyemak status pendaftaran anda melalu khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan cara hantarkan SPR jarak SEMAK jarak NO. IC ke nombor 15888 begitu mudah sekali untuk berurusan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ini.  



Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman web SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA ini.


Khamis, 8 Disember 2011

Tayangan Perdana Filem Ombak Rindu





Salam semua,
"Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah" antara bait yang menyentuh hati didalam filem Ombak Rindu lakonan Aaron Aziz sebagai Hariz, Maya Karin membawa watak Izzah dan Lisa Surihani sebagai Mila. Korang semua mesti dah pergi tengok filem Ombak Rindu ni, kalau belum tak mungkin filem ini telah mendapat sebanyak RM5.6juta dalam masa 6 hari sahaja dan mungkin bakal mengalahkan kutipan KL Gangster. Aku dapat tiket tayangan perdana filem ini di Pavillion minggu lepas. Aku pergi tengok filem ini dengan Adham Syafiq lagipun aku cuma mendapat 2 tiket jer. Bagi aku filem Ombak Rindu ni agak menarik sekali sekala layan cerita jiwang karat nikan. Ada separuh orang cakap filem ni standard drama melayu jer tapi bagi aku filem ini senang faham tidak seperti filem-filem lain yang banyak pusing-pusing cerita. Cuma yang aku tak berapa berkenan part atas katil tu jer kalau aku jer yang pergi menonton tak per lah memang aku suka pun. ahahhaa, kalau makcik2 atau budak2 kecik yang tonton apa pulak mereka cakap nantikan. Tapi yang penting Filem Ombak Rindu ni memang terbaek.  
 




Tunjang utama filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, Maya Karin & Lisa Surihani.



Shac dari Radio Era sebagai pengacara pada hari tersebut.


 Shanaz pelakon drama Dottie turut hadir pada malam tersebut.




Fizz Fairuz turut memberikan sokongan untuk filem Ombak Rindu ini.
 


Bront Palare antara tunjang utama filem Ombak Rindu ini membawa watak sebagai Mail.


 
Tak pasal-pasal aku mendapat hadiah t-shirt Ombak Rindu kerana menjawab soalan yang diberikan.
 



Teater 1 Plastik Hitam





Salam semua,
MASK Team telah mementaskan sebuah lagi teater yang bertajuk 1 Plastik Hitam di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7 hingga 11 Desember 2011 ini selepas kejayaan Teater Juta-Juta & Teater Juta-Juta ke Putrajaya baru baru ini. Teater 1 Plastik Hitam ini adalah adalah hasil dan arahan dari Syahrul Fithri Musa adalah seorang pensyarah di UITM. Teater yang berdurasi lebih kurang 1 jam 15 minit ini membariskan cuma 5 orang pelakon sahaja. Barisan pelakon teater 1 plastik hitam ini adalah Karl Shafek, Ameera Ramli, Fasyali Fadzly, Anas Ridzuan, dan Fazleena Hisyamuddin. Kepada yang berminat untuk menonton Teater 1 Plastik Hitam ini bolehlah berhubung dengan Hilal Azmi ditalian 0193572093. Pas masuk berharga RM20 sahaja.





Barisan pelakon dan tenaga kerja teater 1 Plastik Hitam yang dipersembahkan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka.



Sinopsis Teater 1 Plastik Hitam:-

1 Plastik Hitam mengisahkan sebuah beg plastik hitam yang ditinggalkan oleh seorang Perempuan Purdah di sebuah taman awam. Perempuan Purdah tersebut meminta jasa baik seorang Budak Permpuan Beruniform Sekolah yang sedang duduk di sebuah bangku menjaga plastik hitam tersebut sementara beliau pulang mengambil sesuatu yang tertinggal. Sebelum itu, Budak Perempuan Beruniform Sekolah juga telah diminta oleh Busker untuk ‘menengok-nengokkan’ keadaan taman tersebut. Kemudian, taman tersebut didatangi pula Lelaki Perkasa dan Graduan Muflis. Kehadiran mereka berdua mencetuskan pertengkaran antara mereka berdua dan Budak Perempuan Berpakaian Sekolah mengenai kewujudan beg plastik hitam tersebut. Lelaki Perkasa dan Graduan Muflis berasa curiga dengan isi kandungan plastik hitam itu dan ingin membukanya. Apakah hasrat mereka? Apa jenis tentangan serta pergelutan di antara Lelaki Perkasa dengan Graduan Muflis? Dan apa kesudahannya? 





Rabu, 7 Disember 2011

Restoran Sekinchan Ikan Bakar








Salam semua,
Restoran Sekinchan Ikan Bakar adalah perniagaan anak melayu yang membantu orang melayu untuk berjaya didalam dunia perniagaan. Sekinchan Ikan Bakar juga adalah sebuah francais yang mempunyai lebih kurang 25 cawangan di seluruh Malaysia. Pengasas Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini adalah Dato' Jamal Bin Md Yunos berhasrat untuk membantu orang melayu terutamanya anak-anak muda dari sektor ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada semua. Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini juga membantu para nelayan dengan cara membeli hasil tangkapan mereka terus di Sekinchan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi para nelayan disana. 

Sejak kebelakangan ini pihak Restoran Sekinchan Ikan Bakar telah mendapat pelbagai keluhan dari orang ramai mengenai restoran tersebut oleh itu kami dari GTBC telah mendapat jemputan dari pihak Restoran Sekinchan Ikan Bakar untuk membantu restoran tersebut untuk memperbaiki mutu dan kualiti restoran tersebut. 




Kata aluan dari pihak Restoran Sekinchan Ikan Bakar.



 
Pengasas Restoran Sekinchan Ikan Bakar Dato' Jamal memberi taklimat mengenai perniagaan yang beliau jalankan. 


Pn. Lila salah seorang pengurus Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Centrum Setiawangsa. 



Antara hidangan yang dihidangkan kepada kami antaranya adalah nasi lemak, nasi goreng udang, sotong, udang, kerang, ikan berserta 3 jenis sos yang disediakan di restoran tersebut. 



Sungguh berselera Mr. Manager Kak InaKL menikmati hidangan yang disediakan untuk kami. 



Sempat lagi Cik Nunu berposing disebelah Jamar. 



Alisya juga turut berselera menikmati hidangan tersebut.



Blogger gila #retis saat ini. 



Geng mak cik-mak cik sibuk dengan gosip hangat mereka. 



Kami diberi Voucer bernilai RM500 di Restoran Sekinchan Ikan Bakar.



Siapalah yang makan banyak macam ni kan?



Pandangan aku mengenai Restoran Sekinchan Ikan Bakar :-
  1. Makanan sedap terutamanya Sos Original yang diperkenalkan, Sos pedas berapi kurang pedas bagi aku yang kuat makan cili tapi ok.
  2. Nasi Lemak juga sedap tapi rasanya kalau nasi lemak tu panas lagi sedap kot.
  3. Rasanya hidangan kerang tu tak perlu kot sosnya dituang bersama-sama rasanya lebih sesuai kalau dihidangkan berasingan dengan sos.
  4. Kari ayam memang terbaik memang aku promote supaya korang mencuba kari ayam tersebut.
  5. Penyediaan kurang menarik daun pisang tu macam menyemak jer mungkin mereka boleh memotong daun pisang itu mengikut bentuk pinggan tapi lecehkan kerja pulakkan.
  6. Susun atur meja didalam tempat kami makan kurang menarik mungkin pokok yang ditengah2 tu tak ada lagi ok kot.
  7. Ruang makan didalam tu rasanya macam suram dan tak berseri rasanya lagi menarik kalau mereka memasangkan lagu yang dapat menenangkan pelanggan.