Masyuk

Khamis, 8 Disember 2011

Teater 1 Plastik Hitam





Salam semua,
MASK Team telah mementaskan sebuah lagi teater yang bertajuk 1 Plastik Hitam di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7 hingga 11 Desember 2011 ini selepas kejayaan Teater Juta-Juta & Teater Juta-Juta ke Putrajaya baru baru ini. Teater 1 Plastik Hitam ini adalah adalah hasil dan arahan dari Syahrul Fithri Musa adalah seorang pensyarah di UITM. Teater yang berdurasi lebih kurang 1 jam 15 minit ini membariskan cuma 5 orang pelakon sahaja. Barisan pelakon teater 1 plastik hitam ini adalah Karl Shafek, Ameera Ramli, Fasyali Fadzly, Anas Ridzuan, dan Fazleena Hisyamuddin. Kepada yang berminat untuk menonton Teater 1 Plastik Hitam ini bolehlah berhubung dengan Hilal Azmi ditalian 0193572093. Pas masuk berharga RM20 sahaja.





Barisan pelakon dan tenaga kerja teater 1 Plastik Hitam yang dipersembahkan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka.



Sinopsis Teater 1 Plastik Hitam:-

1 Plastik Hitam mengisahkan sebuah beg plastik hitam yang ditinggalkan oleh seorang Perempuan Purdah di sebuah taman awam. Perempuan Purdah tersebut meminta jasa baik seorang Budak Permpuan Beruniform Sekolah yang sedang duduk di sebuah bangku menjaga plastik hitam tersebut sementara beliau pulang mengambil sesuatu yang tertinggal. Sebelum itu, Budak Perempuan Beruniform Sekolah juga telah diminta oleh Busker untuk ‘menengok-nengokkan’ keadaan taman tersebut. Kemudian, taman tersebut didatangi pula Lelaki Perkasa dan Graduan Muflis. Kehadiran mereka berdua mencetuskan pertengkaran antara mereka berdua dan Budak Perempuan Berpakaian Sekolah mengenai kewujudan beg plastik hitam tersebut. Lelaki Perkasa dan Graduan Muflis berasa curiga dengan isi kandungan plastik hitam itu dan ingin membukanya. Apakah hasrat mereka? Apa jenis tentangan serta pergelutan di antara Lelaki Perkasa dengan Graduan Muflis? Dan apa kesudahannya? 





0 comments: