Masyuk

Selasa, 13 Mac 2012

My Pinky Moments





Salam semua,
Mat Tiger dan MadamMondoq mengadakan kontes wey jom ramai-ramai serbu mana tau ada rezeki korang dari Mat Tiger dan sekutunya ker mana tau tuah ayam nampak dikaki tuah manusia sapa tau kan. Nak cerita pasal pink ni aku payah sikit sebab aku tak berapa nak gemor kaler pink ni sebab aku rasa kaler pink ni kaler orang kampung sikit pastu tak kena plak dengan kulit aku yang agak "cerah" (TDDMKA) ni. Memandangkan aku cuma ada 1 jer baju kaler pink aku nak join gak kontes dari Mat Tiger dan sekutunya itu kalah atau menang bukan ukuran janji aku support kontes yang mereka adakan.

 


Ni hah baju aku kaler pink tapi tak "menyala" pink nya sebab kalau "menyala" memang aku tak pakailah baju tu. Gambar ni waktu family gathering tahun baru aritu aku pakai jer lah sebab baju ni serap peluh.



Kalau bukan sebab "perantin" ni yang bagi aku baju kaler pink tu gamaknya sampai sekarang kot aku tak ada baju kaler pink dalam gambar ni nampak macam kaler peach padahal warna sebenar adalah warna PINK.





"Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com dan Madammondoq.com ditaja bersama HazmanFadzil.Com , Alyzafisol.com , Blogr.my , Sharidawati.blogspot.com , Enveeus.Com  dan Syokkahwin.Com"




Lumayan juga Hadiah-Hadiahnya :
Tempat Pertama : RM150 + Duit Kertas RM20 baharu 
Tempat kedua : RM80 + Duit kertas RM1 dan RM5 baharu
Tempat ketiga : RM50 + duit kertas RM1 dan RM5 baharu
Hadiah saguhati x 10 pemenang = RM10 Cash/top up

Like terbanyak = RM30 cash/top up
Cabutan bertuah peserta 1-30 ,3 pemenang = RM10cash/top up
Peserta lelaki pertama join contest = RM10cash/top up
(Mungkin bertambah jika penaja bertambah,currently RM80 akan di addkan later)
 
 
Syarat-syaratnya :

1) Buat satu entri yang bertajuk " My Pinky Moments" . Di entri itu sharekan gambar terbaik anda yang menepati tema ini (Maksimum 2 gambar saja dibenarkan).
2) Like entry ini...(di bawah Last but not least, Think Pink!! )
3) Link kan entri anda ke entri ini dan tinggalkan permalink entri anda di sini -->   http://t.co/aKXloWoS   (WAJIB)
4) Di akhir entri anda letak ayat ini " Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com dan Madammondoq.com ditaja bersama HazmanFadzil.Com , Alyzafisol.com , Blogr.my , Sharidawati.blogspot.com , Enveeus.Com  dan Syokkahwin.Com"
5) Tarikh tutup 31 March 2012

Khamis, 8 Mac 2012

Kuala Lumpur Banjir Lagi





Salam semua,
Dengar khabar Kuala Lumpur banjir lagi malam ni disebabkan hujan turun tanpa henti sejak lebih kurang jam 6.30 petang lagi. Gambar banjir di Kuala Lumpur ni semua aku ambil dari Pesbuk ada orang post kat wall depa aku cilok masuk dalam entry aku ni aku pun tak tau kesahihan gambar ni tapi rasanya betul ker gambar ni latest nyer. berikut adalah gambar sewaktu bajir 7 Mac 2012 di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengar khabar Hulu Langat pun banjir juga. 






















antara tempat yang banjir adalah Kg Baru, Masjid Jamek, Pavillion, Dataran Merdeka, Jln Tun Razak dan banyak lagi. Jln Kg Attap dengarnya ada tanah runtuh. 


banjir kuala lumpur mac 2012
kuala lumpur banjir 8 mac 2012
kl banjir 2012
8 mac 2012 kl banjir
















Selasa, 6 Mac 2012

Komputer Aku Bermasalah



Salam semua,
Aku agak tension jugaklah komputer aku bermasalah sikit dah lah aku ni jenis yang buta it skang aku dok menggodek2 komputer aku ni mana tau tak yah buang duit sebab hantar repair atau pun beli baru ke. Bilalah nak dpt rezeki terpijak ni boleh aku beli Mac Book Air tu kerk... Ehhehehe

Jumaat, 2 Mac 2012

Astro Bella Siaran Baru Di Astro






Salam semua,
Selamat hari Jumaat yang berkah ini. Untuk pengetahuan korang Astro bakal menyiarkan siaran baru iaitu Astro Bella yang lebih kepada Telenovela seluruh dunia dan tidak termasuk sinetron Indonesia ye, Kepada makcik-makcik surirumah sekalian silalah langgan Astro lagi supaya tak berebut dengan keluarga anda.. hahahha tak pun tukar kepada PVR yang boleh record tu.

Siaran Bella ini termasuk dibawah pakej Mustika kalau korang tak ada pakej Mustika ni korang kenalah langgan pakej Mustika ini dengan bayaran RM12.95 termasuk siaran Astro Warna, Astro Citra dan Astro Bella ini. 

Cara Melanggan Pakej Mustika:- 

1) Menelefon talian astro iaitu 1 300 82 3838
2) SMS Mustika ke 32888


Khamis, 1 Mac 2012

Asean Musical Extravaganza - Istana Budaya Kuala Lumpur



Salam semua,
Malam semalam bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur berlangsungnya Asean Musical Extravaganza sempena dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Penerangan bagi Negara Asia [AMRI] Dato Sri Utama Rais Yatim iaitu menteri penerangan Malaysia turut hadir ke Konsert tersebut. Konsert tersebut bermula pada jam 8.30malam di Panggung Sari Istana Budaya dan diwakili oleh setiap Negara asia tenggara antaranya adalah Malaysia sebagai  tuan rumah, Thailand, Loas, Kemboja, Vietnam, Filifina, Brunei, Indonesia, Singapura dan juga Myammar. Event macam ni bagus gak lah diadakan untuk memperkenalkan budaya kepada orang ramai terutamanya remaja. Konsert ini adalah anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan [KPKK]. Aku pergi dengan makcik-makcik Kg Puah Lembah seramai 8 orang sebab dapat tiket Grand Circle kat Istana Budaya tu. 
   


Cantik singgahsana ni kalau buat pelamin ni mesti cantik sebab mengekalkan tradisi dan budaya sampai 3 tingkat pentas tu.



Jumpa pulak minah ni budak Kg Puah Lembah juga ni dalam tu tak ramai sangat penonton mungkin kurang promosi event macam ni.



Sempat juga aku ambil gambar waktu persembahan mula-mula tu sebab penjaga tu sibuk main handphone dia lepas tu mungkin dia perasan aku ambil gambar terus dia main-mail laser tag ngan aku.  Rasanya event percuma macam ni tak kisahlah ambil gambar tanpa menggunakan FLASH lainlah kalau event tu berbayar lagi pun sebelum tu tak ada pun penggumuman tak bagi guna camera macam event selalu tu.



MK, Suki & Jamal Abdillah wakil dari negara Malaysia waktu ni dah last ada lagu Asean dan Lagu Joget Malaysia.


 

 

Warna-warni negara asean yang bergabung dibawah satu bumbung.


Pemuzik di Istana Budaya.



Sewaktu penutup persembahan yang happening.


Waktu kat luar tu Cik Rahmah cakap nak tengok Cuci The Musical Last Kopek ni nanti depa kasi duit aku tolong belikan. Wah dah gila teater plak mak cik - mak cik Kg Puah Lembah ni. layankan jer lah



Terima Kasih IBU SITI bagi tiket Asean Musical Extravaganza ni kalau ada lagi jangan lupa hulur-hulurkan sedekah tu ekk... ehehhhee

Bintang Bistro & Restaurant - Seri Kembangan



Salam semua,
Dua hari lepas aku pergi tolong member aku angkut barang dekat Seri Kembangan, Selangor. Biasalah dah penat-penat hangkut barang kompem lapor dan dahagakan member aku pun suggest makan dekat Bintang Bistro & Restaurant ni. Makanan dekat sini sedap jugaklah harga pulak boleh tahan tapi kalau hari hari makan mau lingkup wey sekali sekala ok lah makan kat luar ni.

Nama pun Bintang Bistro & Restaurant mestilah kena ada gambar bintang tapi bukan Air cap Bintang yang bersepah kat Bali tu.



Macam-macam ada western, Ala carte semuanya adalah yang penting duit kena ada.



Bandung cincau menjadi pilihan harga pun RM2.50 jer apa ada hal.



Nasi goreng bintang tapi tak nampak pulak bintang dalam makanan tu. Nasi goreng bintang tu Nasi goreng pattaya campur Ayam masak merah disertakan sekali dengan papadom. Sedap tapi kurang podeh bagi aku yang kuat makan cili.



Kalau korang berminat nak merasa makan kat sini alamatnya seperti dalam gambar diatas.