Masyuk

Khamis, 21 Mac 2013

Aktiviti Merojak Di Tempat Kerja



Salam semua,
Semalam aku cerita pasal makanan, hari ni sambung balik pasal makanan lagi yer. Kan aku dah bagi tahu tengah hari semalam aku ke Pasar Chow Kit membeli buah-buahan tempatan nak buat rojak buah kat tempat kerja. Hari ini aku post pasal aktiviti merojak kat tempat kerja aku ni. 

Kebetulan ada kuah rojak yang aku buat hari tu aku pun bawak lah ke tempat kerja boleh sama-sama merasa katakau. Kuah rojak tu pun memang sekali masak dapat banyak dari membazir ke tong sampah lebih baik sedekahkan makan bersama-samakan.


 Segar je nampak buah-buahan dalam gambar ni itupun tak semua bah yang ada macam nenas dengan sengkuang malas aku nak beli sebab payah nak kupas amik yang senang kupas jer.


 
Ini pun main kacau-kacau jer tak buat betul-betul sebab sambil potong sambil makan


Waktu ni belum tambah lagi sempat lagi snap gambar pastu member-member kat opis aku ni suruh aku jual kuah rojak ni tengoklah macam mana nanti kalau aku rajin aku buat lagi kuah rojak ni lepas tu jual satu bekas macam dalam gambar tu RM10 korang nak beli tak. aahhahahaa




 Makan ramai-ramai lepas tu berebut-rebut memang menariklahkan mungkin minggu depan kitaorang nak repeat balik dengan sengkuang calit sekali bolehlah buat banyak sikitkan sebab modalnya pun tak banyak sangat pun ank buat benda alah ni.



 Sengkuang calit ni memang layan wey teringat zaman kanak-kanak dulu mentedarah benda alah ni.

Rabu, 20 Mac 2013

Murtabak Pasar Chow Kit



Salam semua,
Dah berjanggut tak update blog aku ni, naik usang jugalah teratak aku ni.
Siang tadi aku waktu makan tengah hari aku dengan member aku lari kejap ke pasar chow kit, modus operandi kami adalah nak beli buah-buahan untuk dibuat rojak buah sebab aku ada masak kuah rojak aritu. Terlanjur pergi beli buah tu singgah kat gerai murtabak di pasar chow kit tu memang mantap sedap murtabak dia wey. Tak rugi beli 6 keping murtabak kat situ kami makan ramai-ramai ler.

Dulu kalau bulan puasa pergi ke pasar chow kit tu memang selalu ambil bau murtabak kat situ tapi tak beli pun sebab waktu tu tengah hari kalau simpan sampai waktu berbuka mau lunyai murtabak tu silap hari bulan dah habis aku tarah sebelum waktu berbukakan.

Lokasi gerai murtabak ni pulak dekat area jualan buah-buahan kat pasar chow kit tu kalau nak senang korang cari jer pondok polis pasar chow kit tu kompem korang jumpa gerai murtabak tu.

Oklah pasal rojak pulak aku cerita esok pulak ye kalau aku rajin aku kongsi resipi kuah rojaknya sekali resipi senang dan sedap tak rugi buat dapat banyak lepas tu puas makan.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Isnin, 11 Mac 2013

Konsert Nusantara 2013 - Istana Budaya





 Finale dengan lagu joget 106. Pak ketipak ketipung suara gendang bertalu-talu, pura pura binggung hati didalam rasa digaru.
Paduan suara Ziana Zain dan Bob Yusoof.




Salam semua,
Malam minggu lepas aku berkesempatan pergi menonton Konsert Nusantara 2013 di Istana Budaya. Aku pergi pun sebab dapat tiket percuma untuk menonton Konsert Nusantara pada hari terakhir itu. Konsert yang bercirikan kebudayaan antara dua negara iaitu Negara Malaysia dan Negara Indonesia. 



Pada malam terakhir itu antara artis yang membuat persembahan adalah Dato M. Nasir, Ziana Zain, Yanzeer dan Bob Yusoof manakala artis dari Indonesia pula adalah Endang S Taurina dan Elly Kasim yang popular dengan lagu Ayam Den Lapeh.




Persembahan memang cukup bertenaga daripada artis kedua-dua negara memang terbaek persembahan mereka yang diselitkan dengan lagu evergreen mereka sendiri antaranya Endang S Taurina dengan lagu Apa Yang Kau Cari, Elly Kasim dengan lagu Bugih Lamo, Dato M. Nasir dengan lagu mentera Semerah Padi dan Ziana Zain dengan lagu Puncak Kasih.


Last sekali semua nyanyi lagu rasa sayang eyh semua penonton disuruh berdiri dan berjoget sama.


Nak balik pulak tu terjumpa pula Elly Kasim dekat parking aku pun terus nak bergambar dengan beliau bukan senang nak bergambar dengan lagendaris minang ni lagi pun ini kali kedua aku jumpa in person Elly Kasim ni sama pulak dua-dua kali aku jumpa dia pakai baju sama warna hijau mungkin Elly Kasim ni memang minat warna hijau agaknya tak caya cuba KLIK SINI









Ahad, 10 Mac 2013

Sambal Telur Goreng Berlada



Salam semua,
Mood rajin aku dah sampailah tu update blog bagai. Malam ni aku malas nak makan dekat kedai aku dengan rajinnya telah memasak. Masak pun ala kadar je untuk org bujang trang tang tangkan. Aku masak sambal telur goreng berlada selalunya orang rebus telur tu dulu tapi nak jimat masa sebab perut pun dah bercaklempong ni aku goreng je sebiji sebiji senang kan. Itu jerlah menu aku malam ni senang dan jimat sambal ni kalau tak makan pun xpa leh simpan untuk pagi esok kan.
Selamat makan di pagi pagi buta.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Sabtu, 9 Mac 2013

Hantaran Last Minute



Salam semua,
Minggu lepas aku ada buat hantaran itupun last minute nye kerja aku slalunya malas nak buat kalau last minute ni tp dek kesian aku buatkan gaklah itupun pesen yg samalah telekung aku Gubah jd bunga pastu tuala aku gubah bentuk sofa. Itupun aku main taram jer. Tp jdlah dri lipat empat segi jer kan.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Masa Untuk Makan Ubat



Salam semua,
Masa untuk makan ubat katanya. Sekali sekala pergi ke klinik macam-macam ubat kena makan yerk. Dalam seminggu dua ni kesihatan aku menurun sikit demam dekat 2 minggu pastu sakit tekak minum air asam jawa dekat 5-6 botol sudahnya gauot plak sampai maybe nak kena aitheritis nak uat cam ner kan dah penyakit nak sampai ikutkan aku skang memang jarang makan lebih 10kg berat aku turun sebelum ni tp penyakit tu nak datang gak terima jerlah kena kawal makan lagilah gamaknya.

Peace yoooo
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network