Masyuk

Sabtu, 12 Mac 2011

Catatan Perjalanan Jakarta - Bandung 2011 - Part 5





Hari Ke-5 rombongan cik kiah ke Tangkuban Parahu yang memang sinonim dengan Bandung. Cuaca di Tangkuban Parahu pada hari itu sangatlah cerah serta berangin memang sejuk kat situ dengan angin bertiup kuat. Kalau aku sudah ke Tangkuban Parahu sebanyak 3 kali disebabkan member-member aku semua belum pernah pergi kesini terpaksalah aku temankan mereka. Tujuan utama ke Tangkuban Parahu ini adalah untuk bergambar jer tak ada apa yang nak dibeli sangat kat Tangkuban Parahu ni.



Memang cantik pemandangan di Tangkuban Parahu ini dengan udara yang segar.


Mencuba untuk "membokeh"


Apa benda lah tu aku pun tak tau adakah ianya Larva?


Cuma budak 2 orang ni jer yang dapat bergambar di papan tanda tersebut yang lain tak sempat dah terlupa untuk bergambar disini.


Disini jer dapat bergambar beramai-ramai.

Banyak cenderamata yang dijual di Tangkuban Parahu ini.


Bakal pengantin yang pergi untuk membeli barangan perkahwinannya nanti bukan pergi berbulan madu.


Wanita dicelah pohonan yang rindang.


Didalam perjalanan pulang sempat lagi singgah makan jagung bakar yang dijual ditepi jalan.




Sambil makan jagung sambil melihat pemandangan yang indah.


Lepas pergi Tangkuban Parahu memasing dok repeat pergi ke PasarBaru sebab masih banyak barang yang belum beli korang tengok jer gambar tu para peniaga cenderamata dok sibuk mengerumun rombongan cik kiah.








Catatan Perjalanan Jakarta - Bandung 2011 - Part 4





Hari keempat pula kami semua cuma ke Toko Tiga yang terkenal dengan Jeans yang murah kat sana. aku tak beli apa-apa pun cuma bawak kengkawan aku jer pergi menghabiskan duit depa. Lepas ke Toko Tiga kami semua menuju ke PasarBaru yang memang terkenal dengan Kain Sulam/Bordir, Kain Lace, Telekung dan pelbagai lagi. Dekat PasarBaru aku tak ambil gambar pun coz memasing dok sibuk berbelanja dan memilih kain yang dia orang hendak.



Inilah Toko Tiga yang terkenal dengan seluar jeans nya yang murah.


Sementara menunggu seluar member aku dipotong sempat lagi berposing.


Sebenarnya aku nak ambil gambar awek belakang tu jer. ehehehheee


Suasana diluar toko tiga.


Sambil menunggu depa aku sempat gak lah berjalan diarea toko tiga tersebut.


Aku sempat membeli gitar kecil yang dikirim oleh member aku. Memang murah berbanding dengan harga di Kuala Lumpur tak sampai dalam RM40 sebuah gitar kecil tersebut.


Seharian di PasarBaru malam baru semua nak balik ke Apartment setelah kepenatan berbelanja sakan.


Malam semua dok sibuk nak mandi Swimming Poll di belakang apartment tersebut. Air di dalam swimming poll to memang warna hijau bukan kerana lumut, kalau lumut aku pun tak selera nak berendam dalam tu.





Jumaat, 11 Mac 2011

Jepun Dilanda Tsunami





Jepun dilanda gempa bumi sekuat 8.9magnitud di timur laut negara itu dan Tsunami setinggi 4meter telah melanda negara Jepun


Catatan Perjalanan Jakarta - Bandung 2011 - Part 3





Hari ketiga pula iaitu hari Sabtu pagi-pagi rombongan aku dah bersedia nak ke Bandung pula, Kebiasaannya hari cuti atau libur penduduk Jakarta akan ke Bandung juga hampir dekat 5 jam juga perjalanan dari Jakarta ke Bandung kerana kesesakkan lalu lintas. Penat tidur & bangun didalam van yang kami sewa/catar.


Dalam kesesakan jalan raya depa sempat lagi nak berposing didalam van tu.


Bayangkanlah keadaan jalan raya yang agak sibuk sehingga mengambil masa hampir 5 jam perjalanan. Pesanan dari aku kalau naik flight dari Jakarta janganlah nak ke Bandung pada hari Sabtu memang buang masa kat atas jalan jerlah gamaknya.


Penat sampai tertidur kak Salina dengan suami terchentanya.


Jauh perjalanan indah pemandangan, memang cantik pemandangan jalan keretaapi dihiasi dengan tanaman padi dan sungai yang jernih mengalir.


Sampai jer Bandung aku terus tinggalkan depa semua kat Factory Outlet dekat area Grande, Blossom, Donatello dan sebagainya.


Waktu magrib baru semua balik ke apartment yang disewa memang berbaloi rasanya stay kat apartment tersebut.



Lepas maghrib semua dok sibuk kelaparan, apalagi terus ke Rumah Makan Padang yang memang bersepah disana, kitaorang cuba juga nak makan masakan sunda tapi memasing tak selera tengok makanan sunda tu, lain orang lain tekaknya.






p/s - memasing dah "terkenan" Gunakan kata-kata indah dengan nada yang tenang, pandang mata keatas, & tangan kedada... Oh Yeah.....



Catatan Perjalanan Jakarta - Bandung 2011 - Part 2





Hari ke-2 di masih lagi di Jakarta, Kami stay di hotel murah jer di Hotel N1 di area Tanah Abang dengan harga lebih kurang 280k rupiah untuk 1 malam. Aku memang biasa stay kat hotel ni walaupun keadaan jalan agak sesak diarea sini tapi Hotel N1 ni agak selesa bagi aku. Hotel N1 ni boleh di booking dengan menelefon di nombor
0062 21 53653908. Sarapan pagi juga turut disediakan oleh pihak hotel dan makanannya pula still leh masuk kat tekak aku ni ler.


Suasana cafe di Hotel N1, Jakarta Pusat agak selesa berbanding dengan hotel lain kerana hotel N1 ni agak baru juga la.


Sesiapa yang stay kat Hotel N1 ni pasti akan bergambar seperti ini seolah olah berada didalam tempayan tersebut.


Lepas jer bersarapan memasing terus dah tak sabar nak perabih kan duit kat Tanah Abang tu. Kat Tanah Abang tu tak amik gambar sangat coz memasing dok sibuk shopping dah tak pandang camera bagai dah.


Malam pula kami tak pergi kemana-mana cuma pergi ke Hard Rock Cafe Jakarta jer kalau tak silap aku kat area Senayan.


Pergi sana pun tak lepak cuma pergi beli t-shirt atau cederamata dari kedai Hard Rock Cafe tu jerk.


Pergi pun kejap jer lepas tu semua nak balik nak tidur sebabnya esok hari nak gerak pergi Bandung pulak.


Dalam perjalanan pulang terserempak dengan gerai Nasi Goreng Gila ni. Aku tanya kat supir tu dia cakap Nasi Goreng Pedas Gila


Catatan Perjalanan Jakarta - Bandung 2011 - Part 1



Salam semua, 3hb March 2011 yang lepas aku pergi ke Jakarta dan Bandung lagi kali ini aku pergi membawa lagi 9 orang yang tak pernah pergi kesana lagi kiranya aku menjadi tour guide la ni. Mengikut perancangan rombongan cik kiah ni seramai 14 orang termasuk aku tapi disebabkan masalah teknikal cuma 10 orang jer yang dapat pergi. Aku tak shopping sangat kali ini sebab dah mula rasa jemu nak kesana lagi. Aku booking tiket ni dah lama kalau tak silap sejak bulan June 2010 lagi dengan harga cuma RM30 pergi balik dengan pesawat penerbangan Airasia. Aku, Cik Nieza, Cik Lily & En. Irman sampai dalam jam 4 petang di Jakarta manakala yang lain sampai dalam jam 9 malam waktu sana.


Cik Nieza & Cik Lily sewaktu sampai di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Jakarta.


Pemandangan tak ubah seperti di Kampung Baru, Kuala Lumpur aku amik gambar ni pun dari dalam van yang gedabak besar tu.



Oleh sebab trip terbahagi kepada 2 kumpulan malam itu kami cuma sempat singgah di MONAS ataupun Monumen Nasional Indonesia yang juga dikenali dengan "harta karun Indonesia" kerana diatas monumen itu diperbuat daripada emas asli.



Sambil lepak-lepak santai kitaorang sempat mengayuh basikal yang disewa dengan harga 15k rupiah untuk 30minit.

Lagi 1 kalau berjalan ni gambar melompat bagai mesti tak tinggal punya.




p/s - trip yang sempoi habis tapi happy.....