Masyuk

Jumaat, 11 Mac 2011

Catatan Perjalanan Jakarta - Bandung 2011 - Part 1



Salam semua, 3hb March 2011 yang lepas aku pergi ke Jakarta dan Bandung lagi kali ini aku pergi membawa lagi 9 orang yang tak pernah pergi kesana lagi kiranya aku menjadi tour guide la ni. Mengikut perancangan rombongan cik kiah ni seramai 14 orang termasuk aku tapi disebabkan masalah teknikal cuma 10 orang jer yang dapat pergi. Aku tak shopping sangat kali ini sebab dah mula rasa jemu nak kesana lagi. Aku booking tiket ni dah lama kalau tak silap sejak bulan June 2010 lagi dengan harga cuma RM30 pergi balik dengan pesawat penerbangan Airasia. Aku, Cik Nieza, Cik Lily & En. Irman sampai dalam jam 4 petang di Jakarta manakala yang lain sampai dalam jam 9 malam waktu sana.


Cik Nieza & Cik Lily sewaktu sampai di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Jakarta.


Pemandangan tak ubah seperti di Kampung Baru, Kuala Lumpur aku amik gambar ni pun dari dalam van yang gedabak besar tu.



Oleh sebab trip terbahagi kepada 2 kumpulan malam itu kami cuma sempat singgah di MONAS ataupun Monumen Nasional Indonesia yang juga dikenali dengan "harta karun Indonesia" kerana diatas monumen itu diperbuat daripada emas asli.



Sambil lepak-lepak santai kitaorang sempat mengayuh basikal yang disewa dengan harga 15k rupiah untuk 30minit.

Lagi 1 kalau berjalan ni gambar melompat bagai mesti tak tinggal punya.




p/s - trip yang sempoi habis tapi happy.....




4 comments:

JAI berkata...Best Blogger Tips

Adeyyy..apasal tak ajak aku sekali..hehe..bro bila lagi nak pegi pekan baru..gua nak ikutttt..hehe

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

ni dah booking lama ar bro...

pekanbaru raya nanti kot... ehehehe

kak ina kl (2) berkata...Best Blogger Tips

wah ramai nak gi pekan baru..buatlah rombongan tali barut..

tak masuk ek ke dalam monas tu..best ooo

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Kak Ina - Pekanbaru bukan ada apa sangat jejai tu nak g carik RayBan la tu kat sana.

Monas saya dah pernah masuk pastu g malam tak bukak lagik dah