Masyuk

Rabu, 30 Mac 2011

Jom Pergi Jakarta - Bandung Lagi




Salam semua, jom pergi Bandung lagi wey aku saja check kat internet untuk ke Jakarta cuma RM105 sahaja tapi tak termasuk bagasi lagi la kalau dah campur bagasi semua lebih kurang dalam RM150 seorang tapi aku rasa still berbaloi lagi kot untuk harga macam tu. apalagi booking la tiket ke Jakarta.



Selasa, 29 Mac 2011

Melepak Dengan Ketua Tali Barut



Salam semua, Sejak kebelakangan ni aku dah agak bosan dan muak untuk berblog tak tau kenapa ini semua terjadi mungkin kesibukkan melanda diriku. Hampir terlupa aku nak update pasal melepak dengan ketua tali barut tak lain tak bukan dengan Kak Ina KL dan MatJoe yang tengah bujang hari tu. Terima Kasih kepada MatJoe ataupun tokey invest sebab belanja kami semua jangan lupa bila bujang lagi belanja kami lagi tau. Kami semua lepak di Sani Char Kuey Tiaw di belakang Istana Budaya, sesekali tukar selera pulak selalu makan dekat Mali's Char Kuey Tiaw jer.


Melangkah lagi setapak selepas business kukis yang sedap tu.


Makan di Sani Char Kuey Tiaw


Kak Ina dengan MatJoe datang awal aku lambat sikit sampai.



Kurus ker aku aku rasa sama jer tak ada apa perubahan tapi Kak Ina cakap aku dah kurus, tang telinga kot yang kurusnya.



Jumaat, 25 Mac 2011

Pemandu Pelancong Di Bandung





Salam semua, korang teringin hendak ke Bandung tapi still tak ada Supir ataupun pemandu pelancong di sana. Baiklah kat sini aku nak kongsi dengan korang dengan seorang pemandu pelancong yang aku kenal dah lama juga. Nama supir yang selalu aku gunakan ini adalah ACENK ASBUN kalau korang hendak menggunakan khidmat beliau yang sangatlah bagus korang emailkan kat aku daydeck86[at]gmail[dot]com nanti aku reply no phone ACENK ASBUN ni korang boleh deal terus dengan dia takut korang cakap aku "mark up" pulak tapi kalau korang nak aku deal kan pun boleh jer. Korang boleh juga add si ACENK ASBUN ni dekat Facebook dia di ACENK ASBUN ni.




p/s - Gempa bumi di Myanmar berskala 5.4 pada jam 9.56 tadi dan jaraknya cuma 1,613km dari barat laut Perlis, Semoga semuanya selamat hendak-Nya. AMIN



Adat Berkampung



Salam semua, Korang pernah ker mendengar adat berkampung ni? Kebiasaan adat berkampung ni dipanggil juga "mendudukkan orang" atau dengan erti kata lain adalah memberi tugas kepada sanak saudara apabila ada kenduri yang bakal diadakan terutamanya kenduri perkahwinan. Malam minggu lepas rumah mak cik jenab yang aku duduk sekarang ada membuat adat berkampung ni kerana salah seorang anak mak cik jenab bakal berkahwin pada minggu hadapan. Setiap yang hadir diberikan tugas-tugas untuk berkerja dari hari Jumaat sehinggalah pada hari Ahad dan kebiasaannya pada hari mendudukkan orang ini sanak saudara bakal memberi bantuan kepada ahli keluarga yang bakal mengadakan majlis perkahwinan antaranya adalah wang tunai, barang keperluan seperti beras, gula, minyak dan sebagainya.

Suasana ketika majlis sedang berlangsung.


Tukang tulis para pekerja dengan tugas-tugasannya.


Tuan rumah akan mengadakan sedikit jamuan untuk para tetamu.



Yang berat sama dipikul, Yang ringan sama dijinjing.
Hidup berakal, Mati beriman



Selasa, 22 Mac 2011

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal






Minggu lepas aku dapat 4 tiket free menonton Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM) di Istana Budaya. Sudah rezeki last minute orang nak bagi tiket terus sambar jer tiket tu tak kira duduk kat atas sekali sedangkan Aqasha pun tak kisah duduk kat atas sekali inikan pula aku. Aku pergi berempat 3 lagi awek-awek jer aku bawak sebabnya last minute tak ada sapa yang dapat joint. Bagi aku certia LKBSM ni biasa sahaja kalau nak dibandingkan dengan Teater Cuci The Muzikal maybe orang yang datang akan menyangka bahawa teater tersebut adalah cerita mengenaik Kampung Boy dan bukanlah cerita mengenai Dato Lat tapi aku ucapkan tahniah kepada Hans Issac kerana dapat membuat cerita ini menarik dengan lagu lagu yang menarik terutamanya nyanyian Atilia sebagai Faezah. Lain padang lain belalang, Lain orang lain pandangan.


Shikin ataupun awek puteri UMNO Kampung Puah Lembah dengan Hash Mush.


Cik Nieza dengan Aqasha sewaktu berehat sebentar bersama KitKat.

Diakhir persembahan bolehlah ambil gambar walaupun aku duk kat atas sekali.


Waktu ni Cik Hash Mush dah balik sebab dia cakap bosan tinggallah Cik Nieza dengan Shikin jer yang hendak bergambar di lobi Istana Budaya yang penuh dengan lukisan Dato Lat ini.




Mari Belajar Lagi



Salam kepada semua, walaupun semangat untuk berblog dah pudar tapi aku still nak update gak la dari xda apa langsungkan. Macam biasa setiap hujung minggu kalau tak ada apa-apa nak buat aku akan ikut member aku pergi shoot gambar kat studio dia di Taman Equine di Sri Kembangan. Aku pergi just nak menambah ilmu dalam dunia photografi walaupun aku ni lambat sikit tapi ada aku kesah janji perasaan nak belajar tu ada.


Pencahayaan adalah penting untuk mengambil gambar.


Menggunakan apa sahaja barang yang ada di studio.


Dah tak ada model aku pun boleh la jadi model kejap. TQ Shahroll & the gang jadi guru kali ini.