Masyuk

Selasa, 9 Ogos 2011

Bonus Kakitangan Awam Kerajaan 2011



Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Sumber: Berita Harian


Isnin, 8 Ogos 2011

Kek Buah Kukus - Promote











1 entry lagi pagi ini, last order untuk kek buah kukus ni kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk order Kek buah kukus ni untuk hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Insyaallah last order untuk kek buah kukus ni pada hari Sabtu ini. Area Kuala Lumpur sampai Seremban tak ada hal punya free delivery insyaallah sebab hantar sendiri kalau pos ni aku takut kek yang dihantar akan hancur ini akan merugikan korang jangan membazir mengikut amalan syaiton.




Korang tengok sendiri banyak ke tidak buah yang ada didalam kek tersebut.


Rupa bentuk kek buah tersebut 1kg cuma RM35 sahaja.


Kek buah tersebut memang dibungkus seperti ini dalam kotak yang telah disediakan.



KALAU BERMINAT SILA EMAIL KEPADA AKU DI HALAMAN CONTACT ME AKU ADA EMAIL ADDRESS




Berbuka Puasa Bersama - Puasa Ke - 6




Salam Ramadhan yang mulia kepada semua blogger's. Hari Sabtu lepas minggu pertama berpuasa aku dengan along dah planning nak berbuka puasa beramai-ramai dirumah. Dalam jam 9pagi tu aku dengan along dah mula berkerja keras pergi ke pasar Chow Kit nak beli bahan2 untuk memasak. Perancangan utama nak masak gulai siput sedut dengan keladi tapi abis satu pasar kami pusing tapi tak ada orang jual siput sedut mungkin tak ada musim ataupun dah abis diborong oleh peniaga nasi campur tak tertunailah hasrat dihati. Kemudian menu utama ditukar kepada gulai Ketam dengan nenas walaupun harga ketam agak mahal RM18.50 sekilo itupun kecik2 jer ketam tu nasib baik kami pilih ketam betina banyak sikit isinya dari ketam jantan. Antara menu sampingan yang dimasak oleh kami adalah Ikan Bakar, Kangkung Goreng Belacan. Sampai rumah aku terus membuat kelonsong kuih tepung pelita ataupun kuih sampan.


Antara menu yang aku dengan along masak jering mentah pun ada gak tu tapi aku makan pun.


Gulai ketam + nenas yang dimasak oleh aku sendiri itupun main lebur jer.



Ikan keli bakar paling cepat habis ingatkan ramai yang tak usik ikan keli. itupun beli ikan keli 1kilo ikan kembung pula 2kilo. Ikan bakar dimakan dengan air asam memang terangkat sebab kepedasan.


Kangkung goreng belacan along masak itupun main lebur jer aku cakap kat along masak cincai2 jer sudah mesti sedap punya lagipun memasing puasakan.


Puas hati kalau buat kuih sampan ni sendiri kos bukan banyak pun tepung beras tak sampai 1kg dapat banyak siap boleh bagi saudara mara bawak balik lagi. Nanti aku kongsi resipi kuih tepung pelita atau kuih sampan ni.


Sebahagian saudara mara yang ada pada hari tersebut yang lain tak sempat ambil gambar sebab semua dah sibuk dok mengunyah.




Khamis, 28 Julai 2011

Tiket Bola Malaysia vs Singapura





mana nak carik tiket ni wey...

Ahad, 24 Julai 2011

Keputusan Give Away Fridge Magnet



Salam berhujung minggu semua, Pagi ini aku nak update pasal GA Fridge Magnet yang aku buat tempoh hari, Mohon maaf kepada semua kerana keputusan GA keluar lambat sedikit kerana dalam minggu ini aku agak sibuk sedikit kerana ada nenek kepada AtanTuya meninggal dunia oleh sebab itu aku terpaksa ulang alik dari Wangsa Maju ke Hulu Langat. Seperti yang dijanjikan aku tambah lagi 7 lagi Fridge Magnet kepada semua jadi jumlah peserta yang akan mendapat hadiah adalah 20 orang. Memandakan ramai yang joint GA ini keputusan diambil mengikut laman web www.random.org supaya lebih senang aku mencari penerima GA ini. TERIMA KASIH kepada semua yang sudi joint GA ini.



Senarai Peserta GA Fridge Magnet seramai 66 orang.






Keputusan yang diperolehi.


Kepada semua penerima sila emailkan details korang untuk memudahkan aku untuk menghantar Fridge Magnet + ole-ole dari Bali kepada korang yer.

Email aku ada di halaman Contact Me.

Data yang diperlukan adalah seperti berikut :-

Tajuk : Pemenang GA Fridge Magnet

Nama :
Alamat :
Contact Number :
Url Blog :
No Peserta :



Insyaallah aku akan mengadakan GA yang lain pula untuk korang jangan tak sudi pula untuk joint GA akan datang. Kepada yang kurang bernasib baik jangan bersedih mungkin belum rezeki korang okeh.

Sabtu, 23 Julai 2011

1000 Smiles For Nature Event





Salam semua, naik bersawang blog aku ni lebih 2minggu juga aku rasa aku tak update mungkin kesibukkan untuk menanti kehadiran Ramadhan yang mulia dicampur pulak dengan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan menyebabkan aku tak berkesempatan untuk menghapdet blog picisan aku ni. Baiklah kembali kepada cerita 1000 smiles for nature yang berlangsung di Jusco Aeon AU2 Keramat. Pelbagai aktiviti yang diadakan sewaktu majlis berlangsung. Event tersebut adalah kerjasama antara TREETSHIRT bersama YAWA.


Sewaktu baru sampai di pagi hari kami sibuk prepare + breakfast di sana.


Acara pertama adalah pertandingan melukis dan mewarna mengikut kategori umur.


Selepas itu ada juga persembahan alat muzik dari kumpulan RENTAK HIJAU yang diperbuat daripada barangan terbuang.


Bergambar untuk treetshirt


Menderma untuk Yayasan Anak Warisan Alam.


Don't Trash Our Future antara lakonan yang terdapat pada event tersebut.


Custom t-shirt pun ada juga disediakan tapi malangnya aku tak ada size.


Antara kawan-kawan aku yang mengambil bahagian pada hari tersebut.



Adham Syafiq nak bergambar juga.


Antara kumpulan indie yang membuat persembahan pada hari tersebut.


Diakhir majlis kami mengambil kesempatan untuk bergambar seperti sebuah band terkenal.





p/s - hadiah GA aku belum sempat nak pos tapi korang semua jangan takut aku PASTI akan pos kan hadiah korang tu.