Khamis, 28 April 2011
Gubahah Hantaran - Telekung
Labels:
hantaran,
kahwin,
kua,
kuala lumpur,
Malaysia
Rabu, 27 April 2011
Berjimba Bersama Pengantin Di Sekitar Kuala Lumpur
Salam Jumaat penghulu segala hari yang mulia kengkawan, sebenarnya aku ikut member aku ni ambil gambar post wedding ni sebelum aku pergi ke Bali lagi tapi sekarang baru nak update blog sengal aku ni. Kalau korang perasan pengantin adalah member kitaorang juga sebab aku pernah update waktu kat wedding depa dekat Villa Ukhwah, Taman Tasik Titiwangsa hari tu. Lokasi yang dipilih adalah di sekitar Bandar Kuala Lumpur seperti di Jalan Bukit Bintang, Banggunan Sultan Sulaiman & Taman Tasik Perdana. Setengah hari juga lah aku ikut depa beraksi penat tapi seronok.
Sekarang baru aku tau yang ambil gambar ni sebenarnya ada "jalan cerita" kalau menarik jalan ceritanya menariklah gambar yang diambil. Waktu ni masih lagi di Jalan Bukit Bintang yang sesak pada tiap masa pun.
Sewaktu di Taman Tasik Perdana kejap jer pun sebab memasing dah kepenatan termasuk pengantin pun dah tak larat.
Gambar candid sewaktu di hadapan Pavillion kesian pengantin perempuan yang kehausan bukan kehausan #(&!^$&*
Gambar candid sewaktu di hadapan Pavillion kesian pengantin perempuan yang kehausan bukan kehausan #(&!^$&*
Antara crew2 yang terlibat dengan pembikinan custom made album post wedding untuk Rizal & Azlin.
p/s - aku bukan photographer dan gambar ni semua adalah untuk koleksi peribadi jer bukan untuk custom made album tu sebab gambar aku ambil bukan cantik pun.
Labels:
jalan,
kahwin,
kuala lumpur,
Malaysia,
photography
Selasa, 26 April 2011
BE Menjengah Ke Blog Picisan
Aku pun tak sangka yang blog picisan aku ni masih lagi berpeluang untuk mendapatkan Buffered Earning walaupun blog aku ni cam bangang jer nampak ehh. Terima Kasih la kepada Nuffnang dan Hypp TV sebab sudi sedekah BE kat blog aku ni walaupun tak ramai yang singgah di blog aku ni.
Labels:
buffer earning,
HYPP TV,
nuffnang
Ahad, 24 April 2011
Kesibukkan Melanda Diriku
Salam semua, pekabar korang semua, aku sekarang sibuk sikitlah nak update blog picisan pun cam "lemau" jer. Sekarang aku dok sibuk tolong sedara aku ni buat bunga telur dari kertas warna-warna kitaorang main "taram" jer buat tapi cam jadi jugalah gamaknya. Lagi satu aku sibuk ikut member aku amik gambar pengantin aku cuma ikut belajar jer aku mana pandai lagi nak ambil gambar secara serius tak berani aku sat lagi gambar tak jadi aku yang kena. aku kena tuft kan dulu aku nyer ilmu dalam dunia photography ni baru boleh kalau nak buat side income untuk family okeh jer kot.
Bakal pengantin dok sibuk buat bunga mak dia tu sibuk jer lebih....ehehheehe
Bunga ni belum siap lagi bak kata mak pengantin letak "perada" barulah nampak berseri aku manalah tau "perada" tu apa rupanya "gold dust".
Bunga ni belum siap lagi bak kata mak pengantin letak "perada" barulah nampak berseri aku manalah tau "perada" tu apa rupanya "gold dust".
p/s - Malam ni nak buat hantaran Lily sebab dia dah nak kahwin dan esok pulak aku nak pergi bercuti lagi maybe tak sempat nak update blog picisan aku ni.
Labels:
blogger,
hantaran,
Indonesia,
jalan,
kuala lumpur,
makan makan,
Malaysia,
rezeki
Ahad, 17 April 2011
Aku Di Maharaja Lawak Minggu Ke-3
Salam semua, dah memang bersawang gila blog picisan aku ni dah macam malas pulak nak update blog aku nih tak tau kenapa tapi malam ni pulak macam rajin nak mengomel kat sini. Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku nak post entry ni tapi kemalasan yang melanda membuatkan aku tak jadi-jadi nak post. Korang tengok tak MAHARAJA LAWAK MINGGU KE 3 waktu kumpulan JAMBU perform sekarang aku nak berlagak aku masuk TV waktu sebelum depa perform tu. aku pun tak faham kenapa si Tokey tu panggil aku dengan member aku jadi PAK PACAK sebelum depa keluar menonjolkan diri mereka. Aku pun bukanlah jenis yang gila glamour tak tentu pasal tapi aku buat jerlah kalau korang tak tengok lagi korang bukak jer lah kat YOUTUBE tu bukan nampak sangat pun muka aku tapi ramai jugak la perasan dengan KEGEMUKKAN aku tu.
P/S - Sebelum Bean Moreno "bahan" aku lebih baik aku "bahan" diri aku sendiri.
Labels:
Astro,
kuala lumpur,
Maharaja Lawak,
Malaysia
Bergambar Di Studio - Seri Kembangan
Semalam hari Sabtu aku pergi studio di Seri Kembangan nak ambil gambar studio dengan kawan aku saja nak ambil gambar untuk rangka promosi studio untuk disewakan kepada para photographer yang ingin mengambil gambar di studio. Model adalah member kami dan budget nak bergambar macam David Beckham buat jer lah janji ko senang hati.
Ni kami gunakan background hitam nampak la segala macam shadownya. Buat cover majalah pun cantik gak gambar ni.
Budget David Beckham la pulak tapi cam Zain Ruffedge adalah.
Gambar separuh bogel kalau Raja Azmi nampak ni kompem buat cerita baru ganti cerita ....dalam botol.
Macam pasangan pengantin baru walaupun bukan.
Memikirkan masa depan ke atau memikirkan minggu depan kita nak ke Bali.
Kalau sesiapa berminat untuk bergambar didalam Studio boleh lah cari aku dan aku boleh tolong dealkan dengan tuan punya studio bayaran yang dikenakan tak sampai RM100 untuk sejam kalau nak ambil pakej pun boleh juga.
Budget David Beckham la pulak tapi cam Zain Ruffedge adalah.
Gambar separuh bogel kalau Raja Azmi nampak ni kompem buat cerita baru ganti cerita ....dalam botol.
Macam pasangan pengantin baru walaupun bukan.
Memikirkan masa depan ke atau memikirkan minggu depan kita nak ke Bali.
Kalau sesiapa berminat untuk bergambar didalam Studio boleh lah cari aku dan aku boleh tolong dealkan dengan tuan punya studio bayaran yang dikenakan tak sampai RM100 untuk sejam kalau nak ambil pakej pun boleh juga.
Labels:
gambar,
kuala lumpur,
Malaysia,
photography,
Selangor
Sabtu, 16 April 2011
Selamat Pengantin Baru Azlin & Rizal
Salam semua, Selamat berhujung minggu kepada semua. Minggu lepas aku pergi ikut member aku shoot orang kahwin. yang kahwin pula adalah kawan aku juga tua setahun dari aku. Aku memang tak pandai lagi shoot orang kahwin tapi aku pergi pun coz aku nak belajar sebab aku kalau teori ni malas sikit aku lebih suka dengan teknik " try and error ". Majlis perkahwinan diadakan di Villa Ukhwah di Taman Tasik Titiwangsa. semoga mahligai yang dibina akan terus berkekalan dan menjadi keluarga yang sakinah, mawadah & warahmah.
Para "dayang-dayang" yang telah diberikan tugas-tugas yang ditetapkan.
Ucapan ikhlas buat tetamu yang hadir.
Sekali sekala dapat bersua muka dengan bekas guru SMKWM2.
Ucapan ikhlas buat tetamu yang hadir.
Sekali sekala dapat bersua muka dengan bekas guru SMKWM2.
p/s - bila pula giliran aku ni..... ni tak sabar nak kumpul duit pastu kahwin (ada ke calonnya) hehehehehehhehe
Labels:
festival filem malaysia,
kahwin,
kenduri,
kuala lumpur
Rabu, 6 April 2011
Bolek Godang
Salam berhujung minggu semua, Minggu lepas anak mak cik jenab kahwin oleh yang demikian den pun sibuk sikit tak nyompat nak update blog picisan aku ni. Den cumo ajak Kak Ina KL jer sebab rumah dia dekat dengan kau yang lain-lain aku tak jemput minta maaf yer semua lagipun bukan aku yang kahwen kalau aku yang kahwen dah tentu aku jemput semua member-member blog. Insyaallah turn aku tahun depan pula kalau diizinkan oleh Allah S.W.T. Macam biasalah kalau kenduri rumah Mak Cik Jenab dah tentu la buat rewang tak mainlah katering-katering ni tak meriah katanya. Sibuk tu memanglah sibuk dari hari Khamis orang dah ramai datang rumah membantu untuk menyediakan barang-barang memasak. Aku mula cuti pula hari Jumaat ikutkan hati aku malas nak bercuti tapi karang macam-macam pulak orang cakapkan.
Sabtu malam minggu ada majlis berinai kecil tapi aku tak ada sebab ada mesyuarat di Kampung Puah Lembah aku lari jap memang agak sibuk la pada hari tersebut.
Sewaktu pengantin sedang tukar-tukar baju mak cik jenab agak keletihan pada malam itu.
Hari Minggu pulak majlis berinai besar ataupun hari langsung keluarga sebelah kami memakai baju warna unggu.
Pengantin bersama orang tua nya.
Bergambar bersama keluarga terdekat.
Bolek Godang - Kenduri kahwin yang disebut oleh masyarakat ocu Bangkinang.
Antara menu utama adalah Rendang Daging sebanyak 100kg daging lembu disediakan memang beli daging beku jer sebabnya ramai orang yang agak veteran tak boleh makan daging baru kang ramai pulak yang tumbang lepas balik kenduri, aku buat kerja apa yang patutlah.
Sabtu malam minggu ada majlis berinai kecil tapi aku tak ada sebab ada mesyuarat di Kampung Puah Lembah aku lari jap memang agak sibuk la pada hari tersebut.
Sewaktu pengantin sedang tukar-tukar baju mak cik jenab agak keletihan pada malam itu.
Hari Minggu pulak majlis berinai besar ataupun hari langsung keluarga sebelah kami memakai baju warna unggu.
Pengantin bersama orang tua nya.
Bergambar bersama keluarga terdekat.
Bolek Godang - Kenduri kahwin yang disebut oleh masyarakat ocu Bangkinang.
Labels:
Bangkinang,
kenduri,
kuala lumpur,
makan makan,
Malaysia,
sentul
Selasa, 5 April 2011
Ke Jakarta - Bandung Lagi
Rasanya baru jer aku balik dari Jakarta & Bandung bulan lepas tapi memandangkan Airasia ada promotion lagi aku dengan kawan - kawan pun booking tiket ke sana lagi pada hujung tahun ini dengan cuma RM120 pergi balik tapi aku macam berbelah bagi sama ada nak pergi ataupun tidak cam pikir nak kawen pun ada.... arrrggghhhh lambat lagi nanti lah pikirkan sama ada nak pergi ke idak. kalau korang rasa nak pergi korang booking la tiket flight tu kan ada details kat gambar tu.
Langgan:
Catatan (Atom)