Masyuk

Jumaat, 28 Disember 2012

Icity Shah Alam



Salam semua,
Malam semalam aku pergi ke iCity, Shah Alam lagi sekali dulu aku pernah pergu juga waktu tu tahun 2010 sekarang dah 2012 dah lama aku waktu tu pun iCity tu pun tak ada apa macam sekarang ni. Kalau nak tengok entry dulu klik sini. Modus operandi aku ke iCity baru-baru ni sebab teman member aku nak bawak mak dia dari Bangkinang, Indonesia jalan-jalan kat Malaysia ni dah macam sedara aku gak lah ni.  



 Acik dengan mak Iru datang sini ada kenduri kahwen pastu nak jalan-jalan. 2 orang ni dulu duduk sini gak tapi sekarang masing masing dah balik kampung.



 Yang tengah tu Nita kuliah dekat Medan dia belajar Kebidanan insyaallah bulan 9 tahun depan dia wisuda acik ajak aku g Medan nanti sekalian jalan-jalan.


 Dulu waktu aku pergi belum ada Giant Wheel ni.


 Kebetulan pulak jumpa orang dari kampung dan keluarga Hj Lidin dari Kampung Baru.


 Dua beradik abangnya takut tu sebenarnya. Harga nak naik Giant Wheel di iCity ni RM10 seorang ikutkan aku memang aku tak nak naik benda alah ni macam membazir pun ada gak aku rasa.



 Ni pose istimewa untuk orang di Bangkinang sebenarnya aku hantar BBM kat depa di kampung.



Seronok depa semua dibawa berjalan di tempat2 macam ni. Kat Bangkinang pun belum ada tempat-tempat macam ni. Harga parking kereta di icity ni RM10 sekali masuk tapi jalan sesak gila penat dalam kereta jer rasanya.




p/s - Insyaallah esok pagi nak ke Bukit Tinggi, Pahang pulak itupun member aku yang belanja aku memang tengah kering kontang ni. ahahahaa

Selamat Pengantin Baru Abg Ajay & Kak Azlina



Salam semua,
Sudah lama tak update blog picisan aku ni, cerita dah basi pun aku baru nak mengomel kat sini. Awal bulan hari tu kat Kg Puah Lembah ada kenduri perkahwinan seorang penduduk cam biasalah aku pun mestilah kena pergi sana sebab kalau kenduri kat kampung ni memang paling meriah aku rasa. Macam biasa kenduri dekat Kampung Puah Lembah ni memang kerja gotong royong dan selalunya makan berhidang jarang buat buffet ni sebab tu kenduri meriah agaknya.



Malam berinai rumah pengantin lelaki buat simple jer tapi meriah.


Sebahagian ahli keluarga pengantin lelaki.


Bersama rakan sebaya dengan pengantin lelaki.


Pemuda nak join gak wey mana leh tak join bergambar.

Dekat 1 kampung gaklah penduduk kampung menepung tawar pengantin.


 
Hari langsung pulak warna ungu memang cantik warna ungu ni.



Lepas sanding pengantin keliling umah pulak bersalam dengan orang kampung ucap terima kasih katanya.



Kerja masak nasik minyak orang lelaki punya kerja masak lauk pauk orang perempuan punya kerja.



p/s: Lepas kenduri macam biasa ada kerja siram menyiram nasib baik camera aku tak jahanam kena air waktu aku tengah makan kena siram 2 jug air sirap. demit

Rabu, 19 Disember 2012

FELINNA BEAUTY INCH LOST LOTION





 
MENGAPA FELINNA BEAUTY INCHLOSS LOTION PERLU ADA DALAM BEG ANDA!!

FIL tidak terlalu panas, mudah dibawa dan selesa dipakai kerana baunya yang wangi. Rumusan yang bagus untuk melembutkan kulit, masalah kulit kering, selulit. Bagi mereka yang merekah di tapak kaki pun boleh cuba. Ianya hangat dan sesuai untuk mereka yang aktif. Ia juga berkesan memecah lemak dan membuang angin dalam badan. Membantu memberikan berat badan ideal dan kecergasan badan. Rumusan semulajadi, halal, buatan Malaysia dan berkualiti.




 
APA KEISTIMEWAAN FELINNA BEAUTY INCHLOSS LOTION SEHINGGA MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT MASAKINI

Diformulasi dari bahan semulajadi yg selamat utk semua, termasuk wanita hamil (syarat nya jangan sapu pada perut dan belakang pinggang), untuk ibu menyusu atau mereka yang gastrik.

Yang sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh guna untuk menambahkan kecepatan proses pembakaran lemak.

Selain menghilangkan lemak2 berlebihan dan selulit, ia juga memperbaiki/merawat tekstur kulit badan agar lebih sihat, anjal, berseri serta memberikan wangian semulajadi.





CARA GUNA FELINNA BEAUTY INCH LOST LOTION

Picit secukupnya dan sapu pada bahagian badan yang nampak tak berapa nak cantik sambil membuat urutan ringan dengan gerakan membulat (pusingan arah lawan jam) sehingga ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit.

Sapu dua kali sehari, selepas mandi pagi dan malam. 

Boleh gunakan oleh lelaki dan wanita.

Boleh disapu pada pipi dan dagu (sapuan nipis) untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menghilangkan dagu tembam atau berlipat, kulit leher melendut)



Harga

RM75 SM
RM85 SS

Termasuk pos...

Sapa beli 2 botol, dapat free gift....
apa-apa hal email saja kat aku yer...

Khamis, 13 Disember 2012

Teater MY DADDY...BAPAK AKU...MAK KITA...





Salam semua,

Dua adik-beradik, Samsinar dan Dahlia bertemu kembali setelah sekian lama terpisah. Ketentuan Sang Maha Pencipta menemukan mereka setelah Ibu yang tercinta dipanggil pulang ke pangkuanNYA. Walau dari Ayah yang berbeza dan juga Negara asal yang berbeza, rahim Ibunda mempertautkan mereka...

Saksikan kehebatan dua ikon teater, FAUZIAH NAWI dan SABERA SHAIKH, beraksi setelah 20 tahun tidak bersama di pentas.


Tempat
Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor.

Masa
9:00 PM

Tarikh
15 & 16 Disember 2012

Tiket
Biasa RM50 / Pelajar RM25







Tempat adalah terhad. Untuk tempahan tiket
atau sebarang pertanyaan sila hubungi

 +6019 250 4833  (Muha)
 +6017 316 7995  (Anna)
 +6016 970 6954  (Oreo)

Fauziah Nawi

Fauziah Nawi merupakan pengarah, pelakon, penyanyi, penari dan juga pernah menjadi juruhebah radio RTM (1976-1995). Tenaga pengajar persembahan di Akedemi Fantasia Musim Ke-2, Musim Ke-4 dan Musim Ke-6 dan Anak Wayang Musim Pertama ini juga merupakan salah seorang juri tetap rancangan realiti TV, Raja Lawak Astro Musim Ke-3 dan Pilih Kasih musim ke-2. Beliau juga telah mengarah beberapa pementasan diantarnya Orang Kota Baru, Lorong Blues dan Teater Mahsuri yang telah dipentaskan di Istana Budaya. Fauziah juga pernah mewakili Negara dalam Festival Teater Asean di Bangkok dan Brunei.

Sabera Shaikh

Sabera Shaikh merupakan seorang pelakon,penulis skrip dan pengarah yang tidak asing di arena teater tanahair. Terkenal sebagai pelakon versatile dan mempunyai pengalaman dalam membuat persembahan di sekitar Malaysia,Singapura,Chennai,Bangalore,Delhi dan Bali. Arahan dan lakonan terbaru beliau adalah Lady Swettenham yang telah dipentaskan di London dan Orang Wayang.


'teater siapa? teater kita'

oreohafiz/nurhafiz,
STEFANI EVENTS