Masyuk

Khamis, 13 Disember 2012

Teater MY DADDY...BAPAK AKU...MAK KITA...





Salam semua,

Dua adik-beradik, Samsinar dan Dahlia bertemu kembali setelah sekian lama terpisah. Ketentuan Sang Maha Pencipta menemukan mereka setelah Ibu yang tercinta dipanggil pulang ke pangkuanNYA. Walau dari Ayah yang berbeza dan juga Negara asal yang berbeza, rahim Ibunda mempertautkan mereka...

Saksikan kehebatan dua ikon teater, FAUZIAH NAWI dan SABERA SHAIKH, beraksi setelah 20 tahun tidak bersama di pentas.


Tempat
Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor.

Masa
9:00 PM

Tarikh
15 & 16 Disember 2012

Tiket
Biasa RM50 / Pelajar RM25







Tempat adalah terhad. Untuk tempahan tiket
atau sebarang pertanyaan sila hubungi

 +6019 250 4833  (Muha)
 +6017 316 7995  (Anna)
 +6016 970 6954  (Oreo)

Fauziah Nawi

Fauziah Nawi merupakan pengarah, pelakon, penyanyi, penari dan juga pernah menjadi juruhebah radio RTM (1976-1995). Tenaga pengajar persembahan di Akedemi Fantasia Musim Ke-2, Musim Ke-4 dan Musim Ke-6 dan Anak Wayang Musim Pertama ini juga merupakan salah seorang juri tetap rancangan realiti TV, Raja Lawak Astro Musim Ke-3 dan Pilih Kasih musim ke-2. Beliau juga telah mengarah beberapa pementasan diantarnya Orang Kota Baru, Lorong Blues dan Teater Mahsuri yang telah dipentaskan di Istana Budaya. Fauziah juga pernah mewakili Negara dalam Festival Teater Asean di Bangkok dan Brunei.

Sabera Shaikh

Sabera Shaikh merupakan seorang pelakon,penulis skrip dan pengarah yang tidak asing di arena teater tanahair. Terkenal sebagai pelakon versatile dan mempunyai pengalaman dalam membuat persembahan di sekitar Malaysia,Singapura,Chennai,Bangalore,Delhi dan Bali. Arahan dan lakonan terbaru beliau adalah Lady Swettenham yang telah dipentaskan di London dan Orang Wayang.


'teater siapa? teater kita'

oreohafiz/nurhafiz,
STEFANI EVENTS








2 comments:

KiD berkata...Best Blogger Tips

fuuuuhh.... tak pernah aku tengok teater.. :)

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

@KiD teater ni best bro..