Masyuk

Rabu, 5 Disember 2012

Pengalaman Mencabut Gigi Di Klinik Kerajaan



Salam Semua,
Hari ini aku memang ambil cuti bekerja sebab ada hal yang hendak diselesaikan, kebetulan pagi tak ada apa nak buat aku pergi cabut gigi di Klinik Pergigian Kerajaan di Setapak, Kuala Lumpur. Ramai yang cakap mencabut gigi di klinik kerajaan ni sakit tapi alhamdulillah tak pulak sakit aku rasa tadi.

Servis di klinik kerajaan ni pulak memang pantas dah tak macam dulu dah aku pergi klinik jam 9.00pagi dalam jam 10.00pagi semuanya selesai. Cuma yang aku tak puas hati sikit adalah temujanji untuk cuci gigi (scaling) pada bulan Februari 2013 mungkin ramai sangat kot yang nak cuci gigi kat klinik kerajaan ni rasanya.

Bayaran yang aku kena pula adalah cuma RM3.00 sahaja iaitu RM1.00 untuk pendaftaran dan RM2.00 untuk gigi 2 batang yang dicabut. Kalau pergi ke klinik swasta rasanya RM150.00 paling murah aku kena kot.

Ubat pula tak diberi jururawat cuma beri kapas untuk menahan darah dari terus keluar dan berpesan supaya memakan panadol. Bagi aku ok lah tu sebab cabut gigi pun dah murah tak kan nak beli panadol sebiji dua dah berkirakan.


P/S - maaf gambar agak mengelikan. Tap bukan geli-geli okeh.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

tenku butang berkata...Best Blogger Tips

Klinik ni kat mana yea.. Dah letih pusing2 cari tapi tak jumpa.. Klinik kesihatan setapak jumpa la.. Klinik pergigian yang x jumpa.. Boleh bahi direction x

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

@tenku butang sorry lambat reply dah lama tak bukak blog. mcm mana dah jumpa ke klinik tersebut