Masyuk

Isnin, 2 Januari 2012

Malam Tahun Baru 2012





Salam semua,
Selamat tahun baru kepada semua yang singgah disini, Seperti kebiasaan setiap malam tahun baru menjelma orang akan berduyun-duyun ke KLCC, Dataran Merdeka, Pavillion dan sebagainya untuk menyambut kemeriahan sambutannya tapi aku lain pulak seperti biasa aku akan melepak dirumah sebab aku tak suka dengan kesesakkan orang ramai yang membuatkan aku naik darah. Tahun ini berbeza sedikit aku sambut tahun baru 2012 dengan sebahagian ahli keluarga aku di Kampung Pandan rumah kakak sedara aku Kak Ani. Berkumpul menyambut tahun baru sambil mempereratkan silaturahim antara keluarga Khalijah sempena nama Allahyarham nenek kami. Kali ini makanan semua disediakan oleh Kak Ani kami cuma bayar RM50 untuk 1 keluarga makanan semua memang sedap-sedap.




 Sedap sedap belaka makanan yang disediakan antaranya adalah Ayam, udang, sosej, burger, kambing yang dipanggang, Nasi Lemak, Laksa, buah-buahan, dan pelbagai makanan lagi yang disediakan.



Laksa yang aku makan memang saja aku amik asam keping banyak-banyak sebab aku memang suka makan laksa masam+pedas.



 Kerja membakar diadakan secara bersama-sama aku pun buat kerja okeh bukan makan jer kerja aku.



Salah seorang penasihat Khalijah Family's iaitu mak long kami.


Sambil lepak-lepak makan sambil gosip antara satu sama yang lain.




 
Sementara menunggu bunga api kami sempat pergi beli durian setiap kali melepak mesti beli durian punya sebab masing-masing hantu durian wey.
 

Tak padan dongan gomok nak naik basikal kocik tu.



Walaupun tengok dari jauh tapi semua orang gembira + kekenyangan.


Walaupun tak cukup ahli keluarga yang hadir tapi rasanya cukup meriah hari itu insyaallah next event lebih ramai yang dapat hadir.




p/s - Bulan February 2012 masa bersuka ria bersama keluarga di Penang.




4 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

dapat la jugak ko tengok bunga api live kan...janji enjoy ngan famili lagi happening kan...

Unknown berkata...Best Blogger Tips

memang best buat makan-makan beramai-ramai camni

Azza Azman berkata...Best Blogger Tips

wah sedap gila makan makan macam ni dgn family tercinta mesti riuh sekampung ka n...

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Hazman - slalu tgk kat sentul or kat tgk kat tv jer

Kak Ina KL - dari melepak tak tentu arah lebih baik lepak ngan famili

Azza - memang riuh lah nak2 waktu makan derian... ehhheee