Masyuk

Selasa, 27 Disember 2011

Rezeki Hujung Tahun



Salam semua,
Kalau korang semua perasan kebiasaannya hujung-hujung tahun ramai yang membuat kenduri hampir setiap minggu dijemput menghadiri majlis2 tersebut. Banyak juga yang tidak dapat aku hadiri mintak maaf yer kengkawan. Kenduri yang akan aku pergi kalau tak ada aral yang melintang adalah kenduri di Kampung Puah Lembah, Gombak, Kuala Lumpur sebab kenduri di Kampung Puah Lembah paling meriah aku rasa dengan semangat gotong royong dan penduduk yang ramah semuanya. Dalam bulan ni sahaja ada 3 kenduri doa selamat, aqiqah dan cukur jambul penduduk Kampung Puah Lembah adakan secara gotong royong kat "KEYELL" ni mana nak jumpa lagi kenduri yang diadakan secara gotong royong.



Semasa majlis marhaban dijalankan dan ahli-ahlinya adalah penduduk Kampung Puah Lembah sendiri.


Bunga telur yang agak moden tapi orang-orang tua cakap "apo pulak bagi anak patung"


Kebetulan ketua kumpulan Marhaban masuk hospital telefon nak dengar majlis berjalan lancar atau tidak alhamdulillah semuanya ok jer.



Mengaminkan doa yang dibaca.



Selawat keatas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W.



Kasih ibu bapa lagu asal kumpulan Orkes El Suraya menjadi lagu penutup majlis, Aku pun dah naik hafal lagu ni wey.



Dapat juga rezeki aku sikit-sikit jual gambar kepada makcik2 di Kampung Puah Lembah ni sebab depa suruh aku cuci dan framekan gambar mereka tapi takdalah aku makan haram banyak untung singit dua inggit jer buat isi minyak.


Ini rezeki juga ni mana tau dapat jodoh ker nanti. 
ahahhaa


3 comments:

KiD berkata...Best Blogger Tips

untunglaaaaa.. rezeki cari jodoh.. hehehe

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Kid rezeki jangan ditolak... ahahhaaa

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

Lorrr....gambar awek apsal amik dari jauh...cover line ker ?