Masyuk

Sabtu, 25 Februari 2012

Teater Cuci The Musical Last Kopek - TERBAEK



Salam semua,
Tadi aku berkesempatan menonton Teater Cuci The Musical Last Kopek [CTMLK] di Istana Budaya, Alhamdulillah aku dapat 4 tiket dari member aku itu pun duduk berasingan dengan depa tapi tak apa janji dapat tengok teater tersebut. Walaupun jalan cerita sama dengan Cuci The Musical 2 tapi aku masih boleh tergelak tak ingat dunia punya terutamanya watak C'Tan lakonan Nabil Raja Lawak yang pasti membuat penonton tak kering gusi tatkala menonton CTMLK ini. Teater ini adalah khas untuk Astro yang menjadi penaja teater ini jadi aku memang SYOR kan korang pergi menonton CTMLK ini.
Kalau korang berminat untuk menonton CTMLK ni bolehlah melayari laman web www.ticket2u.biz ini dan membeli tiket secara online tak perlu beratur panjang di kaunter. Mula-mula aku takut nak ambil gambar sebab dah diberi peringatan tentang perkara tersebut lepas tu aku tgk ramai yang amik gambar siap flash bagai aku amik la gak gambar tanpa menggunakan flash tapi cantik gak gambar yang aku amik tu.





Sebelum memulakan persembahan.



Waktu berehat tu nampak pulak Redmummy ngan Reddaddy bawak anak buahnya yang comel tu kak red tetap meletup ok walaupun lepas bersalin. Sebelum tu jumpa juga dengan Eyriqaz dengan isterinya.



Waktu ni lah ramai yang ambil gambar yang Cuci The Musical 2 pun scene ni yang paling menarik.



Dina Nadzir berjaya membawa watak yang diberikan kepadanya walaupun pada mulanya agak tak catchy macam Jacklyn Victor waktu CTM2



Harun Salim Bachik dengan dialek jawa nya membuat ramai yang tak kering gusi.



Seiring dengan suara dan tarian yang dijayakan oleh Dina Nadzir memang menarik terutamanya sewaktu beliau hendak Shuffle jangan tak percaya Dina boleh shuffle ok.



Semua props dan reka letak yang digunakan adalah sama dengan props CTM2.


Aksi bersahaja Nabil Raja Lawak membuatkan ramai yang tak kering gusi terutamanya bila dia nak sebut Kim Kardashian jadi Kim KERDAS SIAN.



Douglas Lim yang membawa watak Wira yang ingin tackle hati Cik CJ tak kurang hebatnya seperti Harith Iskandar sebelum ini.



Seorang yang jujur watak kepada BangKhai yang dipanggil oleh C'Tan dilakonkan oleh Hans Isaac memang kelakar terutamanya ketika ingin mengomen penampilan Cik CJ yang dipegang oleh Vanida Imran yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik.



Rifa memang best waktu Rap



Perasaan hasad dengki memang wujud dalam setiap manusiakan.




Memang meriah dengan kehadiran penari-penari ramai juga.



Bak kata Eyriqaz "lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon, nyanyian dan tarian yang menarik, turut disajikan dengan nilai-nilai murni antaranya Persahabatan, Percintaan, Kasih Sayang antara Anak dan Bapa, Rasuah, dan nilai-nilai kemasyarakatan."



Antara yang telah berjaya menjayakan Cuci The Musical Last Kopek.



Yang penting gambar aku pasti tak adakan. Sedih... ahahhahah... Ada Aku Kesah.





p.s. - Hans Isaac tu "stim" ker wey...ahhahahah



4 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

hurmm...apsal aku tak dapat tiket...huhuhu... UNTUNG la... ;-p

Eyriqazz berkata...Best Blogger Tips

serius..memang terbaiiikkkk.....

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

@hazman aka species1980 untong lah sangt

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

@Eyriqazz terbaek sesangat