Masyuk

Ahad, 14 Ogos 2016

Kek Marble Menggunakan Periuk Noxxa



Salam semua,
Semalam aku macam terajin pulak nak masak kek marble. Kek marble adalah kek yang paling aku suka (dasar tekak kampung) terutamanya makan waktu panas-panas kena pulak yang bahagian tergaring sikit tu memang menjadi kesukaan aku lah. Selalunya aku membakar kek menggunakan ketuhar tapi kali ini aku mencuba menggunakan periuk noxxa yang tengah popular sekarang ni. 
Resipi aku guna resipi yang biasa aku buat alah kalau nak resipi korang google jer resipinya mesti banyak korang jumpa nanti. 



Inilah rupanya periuk noxxa yang menjadi sebutan kaum ibu sekarang ni memang berbaloi beli benda alah ni tapi aku pun pinjam dari kakak aku jer.


 
 Cara memasak kek menggunakan periuk noxxa ni dah siap adunan kek tadi korang cuma masukkan dalam periuk noxxa yang telah di sapukan dengan magerin tu lepas tu tutup periuk itu dengan betul tekankan butang "steam" sebanyak 30 kali bermakna kek tersebut akan dimasak dalam masa 30 minit lamanya kemudian pusingkan tombol diatas penutup periuk noxxa tu ke bahagian "steam" juga dalam waktu memasak tu periuk itu akan berbunyi " tit tit tit tit " korang abaikan jer bunyi tu tunggu jer sampai kek masak sudah tu tunggu sejuk dan keluarkan kek korang tu yer.

Kali ni malas nak buat corak bunga-bunga just campak-campak jer adunan kedalam periuk noxxa tu. Permukaan kek tak licin macam permukaan bulan jer tapi aku makan sedap jer bukan untuk berniaga pun cuma untuk makan sendiri jer bolehlah dari beli jer periuk noxxa tu tapi tak guna buat perhiasan jer.


Lepas dah potong macam ni lah bentu nyer aku makan sampai 2 potong yer sebab aku mmg suka makan kek marble ni. Insha Allah esok kalau rajin nak buat kek oren pulak itupun kalau rajin yer.


2 comments:

y i e n berkata...Best Blogger Tips

Bestnya ade periuk ni.. Yg malas masak pon bole jadi rajin kan? Hehe~

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

mmg best ada periuk ni tapi periuk ni pun saya pinjam kakak punya... ehhehhheheehehee