Masyuk

Khamis, 18 Ogos 2016

Teater Mencari Sumaiyah



Salam semua,
Hari minggu lepas aku dapat tiket percuma menonton Teater Mencari Sumaiyah di Istana Budaya. Kebetulan aku ada aku ada dekat KL ni memang rezeki aku lah dapat tonton teater ni hari tu. Teater Mencari Sumaiyah ni menceritakan semangat sekumpulan gadis kampung yang ingin berjaya untuk mendapatkan wang sebanyak RM1juta dari pertandingan fesyen di Kuala Lumpur. Bagi aku teater ni sebenarnya mengisahkan semangat perpaduan, setiakawan, dan kegigihan yang perlu ada dalam setiap orang tak kira umur, jantina dan pangkat. Sekali jatuh tidak bermakna akan terus jatuh kita mestilah berusaha untuk menaikkan diri kita kembali dan harus belajar dari pengalaman dan bagi aku pengalaman yang dapat mengajar erti kehidupan kita. 



Tiker percuma Teater Mencari Sumaiyah

 Sebelum Teater Mencari Sumaiyah bermula


 Barisan pelakon yang mantap iaitu Afdlin Shauki, Erra Fazira, Sherry Al- Hadad, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim, Aisya Hasna, Fauziah Nawi dan ramai lagi. Lokonan mereka semua memang mantap ditambah dengan suara mereka yang merdu didengar sewaktu mereka bernyanyi. 


 Fauziah Nawi membawa watak sebagai seorang Dato tapi ada persoalan dari salah seorang dari mereka "kalau dia Dato suami dia Datin ker??


  
  
Kamdar adalah antara penaja utama teater ini tu pasal banyak gulung kain yang dijadikan prop dekat Istana Budaya waktu tu patutnya hari terakhir tu kasi lah kat aku segulung dua kan... eheheheh

Selain itu Teater Mencari Sumaiyah ini juga ditaja oleh Puter Umno Malaysia tu pasal waktu aku tengok teater ni ramai yang berbaju merah jambu dan warna merah putih tapi aku dapat tiket ni dari artis yang berlakon teater ni yer bukan dari orang lain... eheheheheh

0 comments: