Masyuk

Selasa, 9 Ogos 2016

Tukang Bubur Naik Haji The Series (TBNH the series)



Salam semua,
Korang ada melanggan siaran Indopek tak dekat langganan astro korang kat rumah tu. Banyak juga cerita menarik yang ada dekat siaran Bintang 141 dan Pelangi 142 tu antaranya adalah Sinetron terpanjang di Indonesia iaitu Sinetron Tukang Bubur Naik Haji The Series dah melebih 2050 episod setakat ini selain itu aku suka juga menonton Ini Talkshow yang dihostkan oleh Andre Taulany dan Sule yang popular dalam rancangan Opera Van Java (OVJ) satu ketika dahulu. 

Sebenarnya aku nak gebang sikit yang aku ada menang peraduan tonton dan menang Sinetron Tukang Bubur Naik Haji The Series ni aku memang ikut cerita ni sejak dari hari pertama lagi, Barisan pelakon sinetron ni pun tak kurang hebatnya antaranya adalah Hajjah Nani Wijaya, Andi Arsyil Rahman, Citra Kirana, Latief Sitepu dan ramai lagi. Hadiah yang aku dapat voucer percutian ke Lexis Port Dickson bernilai RM500 hadiah aku tak tau sama ada nak guna ataupun nak dijual nanti.


Sejak dari hari pertama pertandingan tonton dan menang ni aku ikut mencuba nasib, Alhamdulillah aku menang di minggu ke enam pertandingan secara online di laman web AstroGempak



Kalau korang rajin like lah page Indopek dekat facebook korang banyak info yang dikongsi disana.


 Di Instagram juga Indopek juga banyak kongsi info tentang siaran yang akan ditayangkan di siaran 141 Bintang dan 142 Pelangi. Aku ni memang minat layan sinetron dari dulu lagi jadi teringat ikut kawan-kawan aku ke Jakarta jumpa dengan artis sinetron kat sana antaranya adalah Dude Harlino, Naysila Mirdad, Glen Alinskie, Rio Reifan, Rionaldo Stockhorst dan ramai lagi.






p/s - Rezeki ada kat mana-mana dan Allah s.w.t. yang menentukan bukan orang lain yang tentukan.

0 comments: