Masyuk

Selasa, 24 Mac 2009

KARNIVAL BATIK,JALAN CONLAY 19-30 MAC 09' - GERAI NO# 046 - (LA CANTING _ Asmali Batik) - mr kamal



Salam,
Saya ada buka gerai batik di karnival batik,KOmPLEKS KRAF, Jln Conlay,KL (19-30 MAC 09')
Saya akan adakan jualan promosi besar-besaran pada Sabtu & Ahad ini untuk produk batik yg dah siap.Harga seperti di bawah ini.
Jangan ketinggalan kerana harga2 promosi ini hanya diadakan dalam masa2 karnival sahaja, kerana harga2 biasa di butik jauh lebih mahal.
Sila datang dan beritahu rakan2 yg lain.

KARNIVAL BATIK,JALAN CONLAY 19-30 MAC 09'
GERAI NO# 046 - (LA CANTING _ Asmali Batik)
HARGA PROMOSI UTK BATIK YG DAH SIAP
normal price harga promosi
BAJU KURUNG(Rayon/j'quard SILK) >>>>>>> RM 350- RM 370 RM250-RM270
JUBAH >>>>>>> RM 300- RM 350 RM240-RM280
EKSKLUSIF KAFTAN >>>>>>> RM 220- RM 250 RM176-RM200
MENSHIRT (L/SLEEVE-Rayon/j'quard SILK) >>>>>>> RM 258- RM 278 RM210-RM230
MENSHIRT (S/SLEEVE-Rayon/j'quard SILK) >>>>>>> RM 240- RM 250 RM190-RM200
MENSHIRT (S/SLEEVE-Cotton)- >>>>>>> RM 158 RM130
p/s: Sebahagian produk di atas masih blh di runding.
Thank you.

Rabu, 11 Mac 2009

jual kain






Stok yang ini sepasang RM50...
skali stok sampai dalam 10 pasang jer...
sapa cepat dia dapat..
Kain+Baju+Selendang
berbaloi kan....hehee...

2 pasang ni still ada dlm stok.
sapa nak,bole roger aku keh..segera..
if tak,aku jual segera gak...=)







Semua koleksi adalah dari Indonesia so ianya masih belum ada di pasaran Malaysia...Untuk makluman, semua jenis corak ini boleh ditempah mengikut warna kesukaan masing2..

Untuk kepuasan MATA,click kat gambar kay...so,bole tengok dgn lebih teliti..

So,kalau korang berkenan, bole emel kat aku yer.. daydeck86@gmail.com.. Harga aku xmo letak kat cnie sebab nnt ada org manipulate.. Jgn risau,tak mahal pon... harga kawan2.. Bayaran secara ansuran pun aku terima.. =))

Sabtu, 7 Mac 2009

Medan laaaa........



1st day aku sampai medan aku trus g ke Pajak Ikan lama kat sini banyak ar jual baju2 kebaya, kain lace pokoknyer mak cik2 sker ar pergi sini.

Pajak Ikan Lama ni xda la semeriah Pasarbaru kat Bandung tuh. Pasar baru kat bandung tuh lagi heaven. Waktu kat sini aku xbanyak tangkap gambar coz bz sopping untuk bawak balik mesia.






Waktu kat Medan aku sempat gaks ler ker Masjid Raya Medan atau Masjid Raya Al-Mashun orang cakap xlengkap

Kalau ke Medan tak singgah di Masjid Raya Medan atau Masjid Raya Al-Mashun aku sempat gaks ler semayang kat sana satu waktu

Pastu pemandangan kat masjid tuh mmg cantik (nanti la aku upload photonya). Masjdi Raya tuh adalah masjid terbesar kat Medan (xtau la betul ker dak)

Masjid ni adalah peninggalan Kesultan Melayu Deli. Menurut salah seorang penjaga Masjid ini dibawah nya ada laluan rahsia dari masjid ini ke Istana Maimon. Waktu aku ke masjid ni hari hujan agak lebat gaks selepas semayang hujan pun berhenti bersyukur aku coz dapat la aku berphoto2 di perkarangan Masjid Raya Al-Mashun nih.pastu kat blakang masjid ni plak ada la makam orang orang yang berpangkat kat sana cam sultan, gabenur dsb. Salah satu makam yang ada kat sana adalah makam H.T.Rizal Bin H.T. Nurdin salah seorang gabenur yang meninggal pada tahun 2005.





Sebelum ke Masjid Raya aku pergi ke Istana Maimoen terlebih dahulu

Istana Maimoen nih cantik sih. Kat dlam dier pun cantik gak masuk pun ikut kita nak sedekah braper ikhlas hati jerk

Pastu kita leh try pakai baju songket kat dlm istana tuh nak bergambar gaya ala ala raja laa tapi kene charge 15ribu rupiah jerk.

Dengan bangga nya aku pun mencoba la baju songket tuh. Sajer jerk nak poyo jadi ghajo gemuks.

Pastu bergambar sakan jer ar kat istana Maimoen tuh.





Kat sana aku ditemani oleh Jeng Yenny & Jeng Una. Dua orang jeng ni yang banyak Bantu aku waktu kat sana

Diaorang yang teman aku nak kemana2 waktu kat Medan. Sampai penat la diaorang teman aku pergi ke Pajak Ikan Lama.

Aku kenal ngan Kak Yenny ni baru gaks ler. Kalau xsilap aku waktu new year yang baru ari tuh. Kak yenny ni Urang Padang (minangkabau).

Tapi skang Kak Yenny nih keje kat Acheh Darussalam. Aku ngan Wanie kenal ngan Kak Yenny waktu Kak Yenny ke Jakarta untuk berjumpa ngan

Dude Harlino A.K.A Dr. Rado (ala citer Intan kat astero prima tuh ler). After that dier g Singapure & trus ke Kuala Lumpur.

Ok la tuh serba sedikit pasal kak Yenni. Sambung balik citer aku kat Medan plak. Waktu kat Medan aku lepak umah member aku kat Simpang Limun

Sehari due je aku blajau naik pengangkutan awam kat sana ngan diaorang pastu aku dah asler dah (poyo tahap gaban) pastu aku nak g town aku g sensorang jer

Aku naik jer angkutan atau becak nak kemana- mana pastu jumpe jeng2 kat tempat yang hendak dituju seperti Medan Mall kerk, Pajak Ikan Lama kerk. Hari kedua aku sampai kat Medan aku pergi Brastagi. Sajer jer jenjalan kat Gundaling. Tgk pemandangan kat sana. Suasana layan gaks coz cuaca yang dingin kalau xsilap aku kat area sini ramai orang Karo kowt (manjuah-juah). Kat sini leh tengok pemandangan yang cantik dan aman jerk tgk kat sini pastu kat daerah Gundaling nih byk jual cenderamata ar. Kalau nak makan mmg payah sket ar kat daerah nih. Dari daerah Padang Bulan sampai ler ker Brastagi setiap rumah makan pasti ada signboard “BABI PANGGAN”. Sepanjang perjalan semua orang jual daging babi.




kalau nak layan pic lagi kat multiply den yo.....

Khamis, 5 Mac 2009

Medan Sudah...



Penat gler aku baru sampey dari Medan, Indonesia tengah hari semalam
Arinih plak kijer ponek den weyy….
Medan ni ok gaks la nak sopping tapi xsehebat sopping kat Bandung
Waktu kat Medan aku sempat gaks ler ker Masjid Raya Medan atau Masjid Raya Al-Mashun orang cakap xlengkap
Kalau ke Medan tak singgah di Masjid Raya Medan atau Masjid Raya Al-Mashun aku sempat gaks ler semayang kat sana satu waktu
Pastu pemandangan kat masjid tuh mmg cantik (nanti la aku upload photonya). Masjdi Raya tuh adalah masjid terbesar kat Medan (xtau la betul ker dak)
Masjid ni adalah peninggalan Kesultan Melayu Deli. Menurut salah seorang penjaga Masjid ini dibawah nya ada laluan rahsia dari masjid ini ke Istana Maimon.
Waktu aku ke masjid ni hari hujan agak lebat gaks selepas semayang hujan pun berhenti bersyukur aku coz dapat la aku berphoto2 di perkarangan Masjid Raya Al-Mashun nih.
Sebelum ke Masjid Raya aku pergi ke Istana Maimoen terlebih dahulu
Istana Maimoen nih cantik sih. Kat dlam dier pun cantik gak masuk pun ikut kita nak sedekah braper ikhlas hati jerk
Pastu kita leh try pakai baju songket kat dlm istana tuh nak bergambar gaya ala ala raja laa..
Nanti ler aku upload pic nyer yerk maybe malam ni kowt aku upload.
Nanti ler aku upload pic2 aku kat sana coz skarang ni aku amat la penat lagi xlarat
Wakakakakkakakaa

Jumaat, 27 Februari 2009

Goodbye Malaysia yang Kucintai..... :)



Yeah yeah
Esok pagi aku akan berangkat ke Medan, Indonesia
Aku nak g jenjalan sebenor nyer haku xpernah ar g Medan
& haku pun xtau ler keadaan disana aku g sane main redah jerk
xtau ler nak duk hotel mane….heheheheh (gamble gler)
haku g sane 4 hari 3 malam aku balik ke Mesia ari selasa flight jam 10.30 waktu sana
aku kalau ke Bandung or Jakarta xda hal nyer
leh dikatekan dah khatam tempat2 kat saner
sib baik ada kak yenny yang seblum ni ada datang ke Mesia ni waktu new year arituh
aku akan jumpa ngan kak yenny on Sunday nanti aku tepon ar dier
kak yenny nih dari Acheh dier kijer kat sana
datang Medan nak g gathering waktu zaman die Kuliah on Saturday esk nyer baru aku jumpe ngan dier
kalu pasal lake toba xtau lagik la aku nak g sana ker dak
kalau ada masa n ada pitih baru ar aku g sana
kalau xdo idak ler teman g gamak nyer orang cakap kalau da ke Medam musti singgah lake toba tidak tak lengkap ghaser nyer…. JL
tapi xtau ler aku g ker dak …. Tapi yang pasti nyer aku nak g Istana Maimon (bukan kak Mon mak si Azleen tuh) ahahahaahhaaa…
dan lagi satu tempat aku nak g Masjid Raya kowt nama nyer Brastagi gak aku nak g makan bebuahan kat sana
dierorang cakap kat Brastagi banyak bebuahan segar kat sana
heheeheheheheheh
semoga aku selamat pergi & selamat pulang ke Mesia yang tercinte
amin…

Rabu, 25 Februari 2009

jodoh



Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita.
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.


Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan
Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala
cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`