Masyuk

Isnin, 21 Februari 2011

Program Merakyatkan Seni Budaya - Kampung Puah Lembah



Salam semua, hari Sabtu lepas seperti yang diketahui semua Kampung Puah Lembah telah mengadakan Program Merakyatkan Seni Budaya yang turut dihadiri oleh tetamu kehormat antaranya adalah Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim bersama isteri Datin Seri Maznah Rais, Yang Berbahagia Dato Mohd Shafei Abdullah bersama Isteri dan ramai lagi. Tujuan program diadakan adalah untuk menjadikan Kampung Puah Lembah sebagai Hub pelancongan negara. Menurut Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim tiada salahnya jika Kampung Puah Lembah dijadikan Kampung Warisan kerana di "hutan batu" ini cuma kawasan melayu yang komersil ada seperti mana Chinatown di Jalan Petaling dan Little India di Brickfields.


Pertandingan Melukis dan mewarna turut diadakan semasa program berlangsung.

Pelbagai menu disediakan sendiri oleh penduduk Kampung Puah Lembah secara bergotong royong antaranya adalah pulut kuning, ubi kayu rebus, rendang minang, gulai kawah, ayam golek, pulut panggang dan pelbagai lagi.


Persembahan turut diadakan di program tersebut antaranya persembahan Caklempong, Tarian 1 Malaysia, Okestra dari Sekolah Kebangsaan Setiawangsa dan macam-macam lagi.


Dekorasi yang disediakan oleh penduduk Kampung Puah Lembah serta DBKL.


Walaupun berada ditengah-tengah "Hutan Batu" masyarakat Kampung Puah Lembah masih mengamalkan sikap gotong royong dalam segala aspek seperti kenduri-kendara, Pengebumian.


Pada hari tersebut tetamu VIP juga sempat singgah di 2 rumah penduduk di Kampung Puah Lembah.


Tetamu VIP yang sedang menyampaikan amanat kepada semua antaranya adalah Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, dan Yang Berbahagia Dato Mohd Shafei AbdullahDato Wee Chee Keong. Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim juga sempat mengatakan bahawa beliau tertarik dengan sikap gotong royong yang diamalkan oleh penduduk Kampung Puah Lembah kerana beliau merasakan semangat gotong royong telah pudar di kalangan penduduk kota masa kini. Semoga impian penduduk Kampung Puah Lembah untuk mendapatkan status Kampung Warisan akan tercapai dalam masa terdekat.





p/s - tertarik dengan keramahan Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim serta isterinya

Ahad, 20 Februari 2011

Persiapan Program Merakyatkan Seni Budaya - Kampung Puah Lembah





Salam semua, minggu ni aku agak sibuk sedikit dengan aktiviti yang dijalankan iaitu Program Merakyatkan Seni Budaya yang diadakan di Kampung Puah Lembah. Lebih kurang seminggu juga orang-orang di KPL mengadakan persiapan Program tersebut secara bergotong-royong yang sememangnya telah menjadi amalan di Kampung Puah Lembah ini. Segala persiapan disediakan oleh orang-orang kampung tanpa rasa penat dan lelah. Hari Khamis selepas balik kerja aku terus tolong membantu di rumah ketua kampung menyediakan makanan untuk orang berkerja pada hari Jumaatnya antaranya adalah menyiapkan kuih kaswi, kuih apam, sambal tumis dan pelbagai lagi juadah yang bakal disediakan.


Segala makanan dan minuman yang disediakan oleh orang-orang Kampung Puah Lembah.


Aku dengan Kak Atie dok sibuk menyediakan gambar gambar mengenai aktiviti kampung.


Bahan - bahan untuk merendang juga telah siap disediakan pada keesokkan harinya.


Belia pula sibuk memasang "bunting" disekitar jalan berhampiran.


Pintu gerbang yang disiapkan oleh penduduk Kampung Puah Lembah.


Pondok-pondok kecil yang didirikan oleh penduduk Kampung Puah Lembah sendiri.


Dua ekor lembu tumbang untuk hidangan yang bakal disediakan.


Teringat waktu aku budak-budak macam tu membasuh perut lembu didalam Sungai Gombak.


Khemah yang disediakan oleh DBKL


Kalau nak diikutkan gambarnya memang banyak tapi tidak dinafikan segala jenis majlis yang diadakan di Kampung Puah Lembah ini memang meriah terutamanya Majlis kenduri perkahwinan




p/s - korang baca tak suratkhabar SINAR orang cakap muka aku aku keluarkan surat khabar tu aku pun tak tau yer ker idak. tah tah cenonit jer gambar aku tu.













Kampung Puah Lembah To Be Cultural Hub




KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Kampung Puah, a traditional village in Jalan Gombak, is to be developed as a cultural hub, Minister of Information, Communication and Culture Datuk Seri Dr Rais Yatim said today.

He said that Kampung Puah was chosen because the residents had retained traditions like the gotong-royong community effort, and they were very close-knit.

It was different in atmosphere from Kampung Baru, which was caught up by the fast pace of development in the city, Rais told reporters at a "people's feast" at Kampung Puah.

"Amid the high tempo development of Kuala Lumpur, we see cultural insets like Little India in Brickfields and Petaling Street, but we do not have any place showing Malay kampung culture," he said.

"What is important for us to work on is solidarity in this village through the 1Malaysia concept."

Rais said that Kampung Puah, representing six other villages in the Wangsa Maju parliamentary constituency, would be a centre for cultural activities and for collecting handicrafts.

An arts and culture centre was expected to be established with the cooperation of the Tourism Ministry and City Hall within three months, he said.

Kampung Puah and the other villages -- Kampung Puah Asal, Kampung Puah Lembah, Kampung Sungai Mulia, Kampung Sungai Merali, Kampung Haji Idris and Kampung Bandar Dalam -- have over 3,000 residents altogether.

Earlier in his speech, Rais urged the residents to hold firm to the kampung way of life despite being in the midst of city development.

"We should not be so attracted to city life that we forget our own culture," he said.

Rais later presented computers to students from several schools in Wangsa Maju.

-- BERNAMA


Sumber - http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=564895
Gambar aku punya sendiri. Semoga semuanya berjaya




Rabu, 16 Februari 2011

Photoshoot @ Taman Tasik Perdana







Salam semua, Pagi semalam sebelum pergi kerja dalam jam 8.00pagi aku sempat pergi ikut member aku pergi photoshoot dekat Taman Tasik Perdana. Sebenanya ini adalah 1st time aku ikut orang pergi photoshoot ni lagipun modelnya pula adalah kawan sekolah aku jadi tak ada hal lah aku nak joint depa ni. Aku pergi pun bukan dapat bayaran cuma ilmu yang aku nak dapatkan aku bukanlah pandai amik gambar sangat pun tapi bolehlah untuk aku terus mencuba.


Model diatas adalah Akil Wildan serta ibunya Norfaruziela. Gambar ni aku edit guna picasa dan effect "warmify".


Kasihnya ibu dikala kau sedih diberikan susu walaupun susu botol takkanlah nak bagi susu tetek plak kat tempat awam macam ni.


Mengantuk dipagi hari.


Lena diatas dadaku.


Tidak akan ku lepaskan mu.


Gembira disampingku.


Pelangi pagi.





p/s - kengkawan komen sket pic ni untuk aku memperbaiki kelemahan aku dalam dunia photography.



Selasa, 15 Februari 2011

Thara Sofian Siapa Tu?




Selamat pagi semua, Siapa Thara Sofian tu aku pun tak kenal langsung dengan minah tu. Akan tetapi itu sebelum aku pergi event TuneTalk bersama Nuffnang tempoh hari. Selepas joint event tu baru aku kenal siapa Thara Sofian tu. Sebenarnya Thara Sofian adalah staff Nuffnang yang baru mengantikan tempat Robb yang mungkin dah naik pangkat kat office Nuffnang tu. Serius 1st time jumpa dengan Thara seorang yang peramah ditambah pulak dengan mulut aku, Cik Lily Putih yang tak bleh diam macam bertih jagung yang sedang digoreng untuk menjadikan popcorn. Sebenarnya 1st time aku jumpa Thara ni waktu aku pergi collect SIM PACK TUNETALK di office Nuffnang waktu tu sehari sebelum Chinese New Year kalau tak silap aku dalam kotak fikirankan aku ni siapakah gadis melayu yang comel yang kerja di Nuffnang setahu aku cuma Riena jer gadis melayu yang berkerja di Nuffnang adakah Thara ini seorang CLEANER di pejabat Nuffnang? persoalan itu terjawab setelah aku jumpa Thara di TuneTalk brieffing tempoh hari tapi aku tak cerita pun hal ini pada sesiapa. Kepada Thara saya mintak maaf banyak2 coz ingat awak CLEANER Nuffnang.


kalau korang nak berkenalan dengan Thara ini link nya http://tharasofian.blogspot.com/




Ahad, 13 Februari 2011

Astro Fest 2011 - Astro Bukit Jalil





Astro Fest 2011 telah berlangsung pada 11-02-2011 memang setiap tahun Astro akan mengadakan Astro Fest ini bertempat di Astro Bukit Jalil. Astro Fest ini seperti hari keluarga kepada semua staff yang berkerja dengan Astro. Seperti kebiasaannya sambutan Astro Fest ini memang meriah sebab pelbagai makanan dan permainan disediakan.


Aku pergi Astro Fest 4 orang aku dengan Cik Nieza, Shikin & Lela kengkawan aku yang lain dah ajak tapi depa tak sampai-sampai pun maybe hujan kot, Teringat zaman ponteng sekolah lepak dekat YOAHAN sekarang The Mall naik kapal yang kaler merah tu.


Sempat juga model tak berbayar aku bergambar dengan Ain budak AF aku pun tak kenal sapa Ain ni sebab aku jarang tengok tv.

Pelbagai aktivti yang disediakan antaranya adalah sukaneka kiranya cam fun-fair lah ni.


Paling tak boleh blah waktu masuk rumah hantu abis bertambah kembang baju aku ditarik oleh model-model tak berbayar aku susah aku nak nak snap gambor hantu-hantu tu.


Terdapat pelbagai makanan yang disediakan antaranya adalah kambeng golek, chiken wing, putu mayam, char kuew tiaw dan macam macam lagi la tapi yang tak tahan nyer kena beratur panjang untuk mendapatkannya.


Lepas tu tangkap gambar dengan artis Raja Lawak pulak kalau tak silap aku nama budak ni Najmi kot aku pun lupa cam dia gaks.


Dalam jam 8.30 pula waktu perasmian adalah bunga api untuk memeriahkan majlis.


Malamnya pula ada persembahan artis popular antaranya Amy Search, Altimate, Meet Uncle Husien, Faizal Tahir, Kumpulan Tilu dan ramai lagi. Faizal Tahir siap campak baju Superman dia tu kepada peminat nasib naik pakai singlet kalau tak kena GAM lagi 3 bulan gamaknya.




p/s - Next even Majlis Juara Rakyat kat Kampung Puah Lembah lagi memang bz la aku bulan ni.