Masyuk

Isnin, 21 Februari 2011

Program Merakyatkan Seni Budaya - Kampung Puah Lembah



Salam semua, hari Sabtu lepas seperti yang diketahui semua Kampung Puah Lembah telah mengadakan Program Merakyatkan Seni Budaya yang turut dihadiri oleh tetamu kehormat antaranya adalah Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim bersama isteri Datin Seri Maznah Rais, Yang Berbahagia Dato Mohd Shafei Abdullah bersama Isteri dan ramai lagi. Tujuan program diadakan adalah untuk menjadikan Kampung Puah Lembah sebagai Hub pelancongan negara. Menurut Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim tiada salahnya jika Kampung Puah Lembah dijadikan Kampung Warisan kerana di "hutan batu" ini cuma kawasan melayu yang komersil ada seperti mana Chinatown di Jalan Petaling dan Little India di Brickfields.


Pertandingan Melukis dan mewarna turut diadakan semasa program berlangsung.

Pelbagai menu disediakan sendiri oleh penduduk Kampung Puah Lembah secara bergotong royong antaranya adalah pulut kuning, ubi kayu rebus, rendang minang, gulai kawah, ayam golek, pulut panggang dan pelbagai lagi.


Persembahan turut diadakan di program tersebut antaranya persembahan Caklempong, Tarian 1 Malaysia, Okestra dari Sekolah Kebangsaan Setiawangsa dan macam-macam lagi.


Dekorasi yang disediakan oleh penduduk Kampung Puah Lembah serta DBKL.


Walaupun berada ditengah-tengah "Hutan Batu" masyarakat Kampung Puah Lembah masih mengamalkan sikap gotong royong dalam segala aspek seperti kenduri-kendara, Pengebumian.


Pada hari tersebut tetamu VIP juga sempat singgah di 2 rumah penduduk di Kampung Puah Lembah.


Tetamu VIP yang sedang menyampaikan amanat kepada semua antaranya adalah Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, dan Yang Berbahagia Dato Mohd Shafei AbdullahDato Wee Chee Keong. Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim juga sempat mengatakan bahawa beliau tertarik dengan sikap gotong royong yang diamalkan oleh penduduk Kampung Puah Lembah kerana beliau merasakan semangat gotong royong telah pudar di kalangan penduduk kota masa kini. Semoga impian penduduk Kampung Puah Lembah untuk mendapatkan status Kampung Warisan akan tercapai dalam masa terdekat.





p/s - tertarik dengan keramahan Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim serta isterinya

0 comments: