Masyuk

Ahad, 21 Ogos 2011

IFTAR Bersama Artis Universal Music Malaysia Di Shazana Cafe







Salam Ramadhan yang mulia semua, Hari Jumaat lepas Universal Music Malaysia (UMM) mengadakan IFTAR bersama anak-anak yatim dari Rumah Maahad Tahfiz Baitul Ummah dari Danau Kota di Shazana Pau Cafe, Kampung Baru. Aku mendapat jemputan dari blogger Hilal Azmi yang manis bertahi lalat di dagu macam seniwati Saadiah. Terima Kasih kepada Cik Lily Putih yang sudi guide aku nak kesini sebab aku tak pernah lepak kat Shazana Pau Cafe ini. Aku sampai lebih kurang jam 7.15 malam sebab hujan yang agak lebat tapi alhamdulillah aku sempat sampai sebelum berbuka lagi.



Kalau korang nak pergi makan kat sini senang jer sebenarnya dari Masjid Jamek Kampung Baru korang terus jer sampai ke hujung insyaallah korang nampak Shazana Pau Cafe ni.


Cantik pulak aku tengok pau yang berwarna warni ni macam lampu trafik plak gamaknya.


Kalau korang nak tau itulah suami kepada Ketua Tali Barut Kak Ina KL bukan KAKI NAKAL yer.


Sampai-sampai jer kena register dulu Hilal Azmi dengan Atan Tuya & Adham Syafiq baru boleh dapat buah tangan dari Universal Music Malaysia.


Juan Danza sebagai pengacara kalau korang ingat dulu zaman Mawi kat AF dialah antara blogger's yang terkenal selain KlubbKidd, El Kapitan, Sultan Muzaffar dll.


Antara artis yang hadir pula adalah Ana Rafali & Yazer macam dah janji jer baju depa ni sedondon kan.


Sesi penyampaian buah tangan dan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir.


Kalau blogger's dah bertemu tu mesti nak bergambar punya antara yang hadir adalah Red Mummy, Kak Ina KL, Eyriqazz, Mohd Zaid, Jejai, Cik Lily Putih, Hilal Azmi, BroFramstone, DdFabulous. Korang tengok tu aku siap jadi model tak leh blah Handbag LV Red Mummy tu.


Blogger's bergambar bersama Ana Rafali yang memang sempoi giler. Ana siap bawak printer untuk print gambar dengan dia pastu siap tandatangan lagi gambar tersebut, Memang sempoi ar dia ni aku rasa artis lain xda buat cam dia ni.


Ketua tali barut Kak Ina KL dengan Ana Rafali.


Aku, Ana Rafali & Cik Lily Putih


Mestilah aku nak bergambar berdua dengan Ana Rafali kan.


Lepas tu ramai jugaklah blogger's berkejar nak balik rumah sebab banyak lagi kerjan nak buatkan yang tinggal pun beberapa kerat mendengar Juan Danza berceloteh.


Man Kidal juga turut hadir pada malam tersebut.


Mendengar pula persembahan dari Kumpulan Nasyid Saujana.


Ahmad ahmad ni sebenarnya lagu-lagu depa ni mempunyai maksud yang mendalam kalau korang perasan kalau korang perasan lagu depa ni ada kat cerita Jongkang Jongket.




p/s - kalau korang perasan kebanyakkan gambar dengan gaya PEACE jer kan.




0 comments: