Masyuk

Khamis, 25 Ogos 2011

IFTAR Bersama Samsung + Nuffnang








Salam Syawal yang mulia dari daydeck86 kepada semua. Minta ampun dan maaf zahir dan bathin sekiranya tersalah kata termakan terminum mintak halal semuanya.


Terima kasih tak terhingga kepada Nuffnang + Samsung kerana sudi "belanja" aku untuk berbuka puasa pada 22hb Ogos 2011 yang lepas tapi hari ni baru ingat nak update blog picisan aku ni. Hari tu memang aku bawak kamera gedabak akan tetapi aku agak malas untuk mengambil gambar pada majlis tersebut oleh yang demikian aku mencilok gambar dari blogger's yang lain.


Antara menu yang disediakan, Aku dengan Cik Lily Putih dok sibuk mempromosikan vote untuk beliau untuk menyertai My Selangor Story 2011 melantak Laksa Johor tanpa henti memang enak laksa Johor tersebut.


Lepas tu kami menyertai pertanding teka barangan yang dikeluarkan oleh syarikat Samsung tapi tak ada rezeki kami kami tak menang sebarang "KOTAK".


3 Laki Orang Pinggitan ini pun turut hadir.


Pada majlis tersebut FRESH dikejutkan dengan sambutan ulang tahun kelahiran beliau.


Macam biasalah setiap majlis pasti akan ada sesi bergambar beramai-ramaikan.


Antara blogger's lain yang turut hadir adalah
Eyriqazz
Cik Lily Putih
Hazman Fadzil
Jejai
Cik Epal
Red Mummy
DarkBatman
Jard
Sawanila
Mohd Zaid
dan ramai lagi aku tak ingat ler.




0 comments: