Masyuk

Isnin, 13 Februari 2012

Norish Karman Tampil Menjawab Tuduhan Keatas Dirinya



Salam semua, 
Semalam 12 Februari 2012 bertempat di Restoran House, G-Tower, Jalan Tun Razak Norish Karman tampil untuk memjawab segala gosip yang telah membelenggu dirinya baru-baru ini. Sebelum ini Norish Karman hanya mendiamkan dirinya tanpa mengomen apa-apa pun tapi semalam NK telah meluahkan segala isi hatinya yang beliau pendam selama ini. NK nampaknya tenang memberi jawapan yang sentiasa dinanti oleh semua pihak pada hari tersebut. Kata NK beliau menjawab tentang isi hatinya melalu lagu yang bakal keluar pada hujung bulan ini. Lagu yang bertajuk Rahsia Hati ciptaan Julfekar manakala lirik pula hasil NK sendiri. Selain itu lagu baru yang bertajuk Terus Melangkah (feat Filsuf)’ ciptaan Damien dan lirik dari NK juga turut bakal keluar. Insyaallah hujung bulan Mac 2012 nanti album NK bakal keluar dipasaran memang sedap suara NK tak dinafikan katanya beliau  bidang nyanyian adalah cinta pertamanya sejak dari dulu lagi akan tetapi tidak berkesempatan untuk mengeluarkan album sahaja.



 Restoran House, G-Tower teletak di Jln Tun Razak makanan yang disediakan memang sedap nasib dah kenyang kalau tak mau ulang makan banyak kali.



Buah tangan buat tetamu yang hadir, goodies bag tersebut juga disediakan sendiri oleh Norish Karman.



UzairOthman, Mr. Manager & Kak Ina KL



Siap laga-laga pipi lagi Kak Ina KL ngan Norish Karman.



Poster NK memang cantik beliau dari dulu sampai sekarang kan rasanya tak berubah rupanya.



 Qarl Haikal yang menjadi MC pada hari tersebut terima kasih bagi den datang bro.




Tak pernah berubah wajah Norish Karman ni kan tetap maintain.



Paparazi semua sibuk nak ambil gambar Norish Karman wey.



Memang tak dinafikan suara Norish Karman ni memang sedap, kalau nyanyi lagu Ning Baizura macam sama jer rasanya.




Sesi soal jawab mengenai lagu Norish Karman sahaja okeh, Mr. Manager pun nak tanya soalan juga.



Kesian Kak Ina KL takut nak turun dari kerusi yang tinggi tu.



Sesi bergosip bermula katanya antara bakal mak mertua dan bakal anak menantu siap bersila lagi makan tu.


Ada juga sesi berkaraoke bersama Norish Karman pada hari tersebut.


Sambil berkaraoke sambil makan bersantai-santai memang sedap Sup Ekor yang dimasak sendiri oleh Norish Karman katanya ada kek coklat yang dimasak sendiri oleh NK mungkin kami balik awal sangat kot tak merasalah kami.


Wahai rakyat jelata sekalian alam undilah saya di pilihanraya nanti.



Pastu mesti nak bergambar dengan Norish Karman, pelbagai gaya ada lepas ni ada group Norish Karman Bluwekk.



Sudah ada peluang bergambar berdua, Kak Ina KL, Bro Framestone ngan aku pun nak jugak berkepit dengan Norish Karman tu jugak kan.



P.S - Suara NK memang best tak dinafikan lagu nya pun menarik juge.


5 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

whoaaa....best la bro... tapi... TAK AJAK AKU PUNNN.....hehehehe

Unknown berkata...Best Blogger Tips

wah banyaknya gambar akak..terima kasih sudi ambik gambar ek..
NK memang peramah ingatkan kekwat mcm dlm spa q

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Hazman - Aku pun orang ajak wey

Kak Ina KL - tq sudi ajak
yes NK mmg sporting

JAI berkata...Best Blogger Tips

WAhhh..gengbadak dah jadik retis..hehe..jelez..jelez..

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

bkn aku yang retis wey