Salam semua,
Malam Jumaat lepas lebih kurang jam 7.45malam member aku telefon kata dia ada dapat tiket Teater Muzikal Gerimis Mengundang (TMGM) di Istana Budaya aku terus bersiap pakai apa yang dah memang ada jer sebab kesuntukkan masa yer lah cuma lebih kurang 30minit sahaja masa untuk aku sampai di IB tu, tepat jam 8.30malam aku dengan Cik Nieza dah terpacak ada kat IB tu untuk menonton TMGM ni. TMGM berkisar percintaan antara Zamani lakonan Kamal Adli dan Cinta lakonan Mikha Tembayong yang popular dengan sinetron Nada Cinta yang sedang hangat bersiaran di Astro Ria tu. TMGM ni kiranya ada Percintaan, Komedi, Sedih tapi pokok pangkalnya adalah percintaan lah yer.
Naib juara Raja Lawak 6 kumpulan Zero memang kelakar mamat tengah tu siap nyanyi lagu Anuar Zain memang sebijik wey suara dia watak mereka sebagai co-pilot kepada Kapten Zamani.
Pelakon Ape Celop Taiyudin dan Najua P.Ramlee berjaya menghidupkan suasana pada malam itu memang kalakar lakonan mereka berdua.
Antara basrisan pelakon utama bersama produksi dibelakang tabir Teater Muzikal Gerimis Mengundang.
Lawak la dia orang ni siap nyanyi lagu "Tiada kereta ku bawa ku jalan-jalan, rumah ku pun tiada ada pun bapak punya, tiada belanja mahu bayar berian kawin sama kamu,”
Sorang pandang kanan sorang pandang kiri macam gaduh jer wey. hero dan heroin Teater Muzikal Gerimis Mengundang di Istana Budaya tempoh hari.
Berpeluh peluh Kamal Adli selepas show pada malam tersebut.
Korang tengoklah ni si Najua P.Ramlee ni memang selamba badak jer tapi best wey kelakar siot cucu allahyarham Tan Sri P. Ramlee ni.
Ini pulak barisan rombongan dengan aku last minit punya deal.