Masyuk

Rabu, 31 Oktober 2012

Service Tempahan Design Header






Salam semua,
Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah header dengan design yang menarik dan dengan idea anda sendiri bolehlah menempah dari syawalwxxw
dengan harga lebih kurang RM30-RM50 sahaja. 

syawalwxxw juga turut menyediakan tempahan seperti berikut:-
  • Design Header
  • Design Banner
  • Design Timeline Facebook
  • Design Template Blog(Boleh dirunding)
  • Design Watermark   
untuk sebarang pertanyaan sila emailkan butiran dibawah ke email  

syawalcreative@gmail.com
  • Nama :
  • Tajuk Blog :
  • Idea Design Anda :
  • Saiz Header
  • Warna Tema :

Ataupun anda boleh lawati laman web berikut untuk melihat hasil kerja beliau seperti berikut:-

http://syawalwxxw.blogspot.com/



BE Menyinggah Ke Blog Picisan




Tak sangka aku walaupun dah lama tak update blog picisan aku ni tapi still dapat BE dari HP Printer bak kata orang-orang dulu sikit-sikit lama-lama jadi bukit yer kan sapa nak bagi walau sesen pun kan payah orang nak bagi kat kita kan.



Sepanjang bulan lepas banyak keyword Pati Delima Gulshan yang singgah di blog picisan aku ni sebabnya aku ada promote pasal pati delima gulshan ni dekat blog pician aku ni.



p/s - sila abaikan watermark kat gambar tu okeh.

Public Mutual Berhad Digantung Dari KWSP






Salam semua,
Terkejut gak lah dengar Public Mutual Berhad digantung dari KWSP melalui unit trust sebab aku dengan kawan-kawan kat tempat kerja ni ramai gaklah yang amik unit trus melalui Public Mutual Berhad ni dapat berita ni semalam terus member aku call agen yang kami ambil tempoh hari. Kebetulan agen tu adalah member kerja kami lama. member aku tu tanyalah kat agen tu kenapa Public Mutual Berhad digantung terus agen tu cakap yang ada satu kumpulan agen lain telah menyalahgunakan logo KWSP dan Public Mutual Berhad untuk mempromosikan tawaran yang mereka sediakan di blog menurut mereka itu adalah salah satu etika mereka dan menurut agen tu tak ada masalah pun mungkin lepas ni dah ok kot.


p/s - IPO Astro ni bila lah nak naik, naik sikit pun jadilah bertambahlah rezeki kami. 

Selasa, 30 Oktober 2012

Family Gathering AidilAdha 2012




Salam semua,
Selamat bekerja memasing yer. Hari Ahad lepas keluarga aku mengadakan "Emergency Family Gathering" dekat Kampung Pandan, Kuala Lumpur iaitu dekat rumah kakak sepupu aku. Memang selalunya buat kat situ sebab kawasan yang lapang sebab senang nak berkejar-kejar katanya.  Terakhir kami mengadakan pertemuan keluarga bulan february KLIK SINI yang lepas sepatutnya kami adakan sekurang-kurangnya 2 bulan sekali tapi dek semua sibuk belaka tak dapatlah kami "bergather together" katakau. Kali ni ada ramai sikit yang dapat datang akak aku yang dari Seremban yang tak pernah dapat join pun dapat datang waktu hari tu. 


 
 
 Sampai je makanan dan minuman semua dah disediakan apalagi mencekik ler gamaknya



 
 
 
 
 
 
 
Antara menu yang disediakan dan dibawa oleh tetamu yang hadir.

Dah agak petang sket tu masing-masing bersukan dan bersenam ko tengoklah akak aku sorang tu siap main bola sepak lagi.


Yang bapak-bapak just melepak kat tepi tu tengok akak-akak aku main bola sepak tu.


 Lepas tu adalah sikit mesyuarat keluarga tu Pn. Penasihat sedang memberi ucapan dan nasihat kepada waris-warisnya. Aku sebagai bendahari pun kenalah bentangkan belanjawan keluarga yang dikutip setiap bulan.



Sebelum balik ambil gambar beramai-ramai untuk kenang-kenangan.


Dah nak balik pun sempat gosip lagi masing-masing.


Nak jugak melompat bagaikan.

Khamis, 25 Oktober 2012

Promosi Pati Delima Gulshan RM16 Sebotol




Salam semua,
Dapat info dari pengedar Pati Delima Gulshan telah turun harga iaitu 
1 Botol = RM16
12 Botol = RM156
1 Kotak = RM300
untuk maklumat khasiat Pati Delima Gulshan sengan lebih lanjut KLIK SINI

Rabu, 24 Oktober 2012

Selamat Menyambut Aidiladha




Salam semua,
Selamat menyambut aidiladha ataupun Selamat Hari Raya Qurban buat semua umat islam di seluruh dunia. Tahun ni korang sambut Aidiadha kat mana?
Aku cam biasalah tahun ni sambut dekat Kg Puah Lembah lah sebab kat situ memang meriah tak macam tempat-tempat lain rasanya, Kemeriahan menyambut aidiladha di Kg Puah Lembah memang meriah sejak malam Aidiladha lagi penduduk kampung akan berkumpul di dewan dengan memakai pakaian raya pastu bertakbir bersama-sama di dewan dan makan bersama di dewan dengan makanan yang dibawa oleh penduduk secara potluck tempat korang ada ke macam tu?


 Pelbagai makanan yang dibawa oleh penduduk untuk dimakan bersama-sama.



Nak tau cerita sebelum ni klik kat sini

Selasa, 23 Oktober 2012

Simon Says Extreme



Salam Semua,
Minggu lepas rezeki kitaorang dapat menang contest Simon Says Extreme, Sebenarnya ku pun tak tau rancangan apa sebab aku ni bukanlah sigilatv tapi disebabkan tempat kerja aku ada contest yang mudah aku cuba je lah join contest ni alhamdulillah rezeki kali ini menyebelahi aku dan kawan-kawan kitorang dapatlah sikit guddies bag dari Simon Says Extreme ni dah dapat bedal jer lah kan sapa nak bagi.


Antara barangan yang kami dapat adalah t-shirt, lanyard dengan nametag untuk bag sapa nak bagi sapu jer lah kan.





Esoknya kitaorang bertiga terus pakai baju yang kami menang tu pastu apa lagi bergambar sakanlah macam-macam aksi ghairah yang kami buat wey, aku pakai selipar jer sebab waktu dah nak balik kerja dah.



p/s: mood bosan nak balik Bangkinang tapi IPO astro cam merundum jer, mintak-mintaklah ada rezeki aku nak balik kampung bulan depan sebab ada majlis perkahwinan saudara kat sana.




Ahad, 14 Oktober 2012

Sakit noo hati ni...



salam semua,
Jarang aku update blog aku malam-malam cengginikan,
Dek sebab sakit hati aku update malam ni gak tak leh nak tunggu esok hari de.
Sebenarnya bukan sakit hati sangt pun tp saja jer nak meroyan kt blog aku ni, aku bukanlah jenis layan tv sangat pun tp skali skala nak gak tgk tv kan tp tiap kali aku nk tgk tv jer mesti tak dpt nak tgk sebab diaorg nk tgk cerit a dia org padahal astro tu aku yang punya dah lah korang tak kluar duit langsung tp korang buat cam reta mak bapak korang nyer tak per malam ni aku kasi change korang tgk tv puas2 esk sendiri mau ingatlah yer sampai opis jer esk aku trus potong siaran ok.

Aku pulak dibawak main2 salah orang ar wey pasni nak pasang sendirilah

Khamis, 11 Oktober 2012

ECO AwayDay - Les Sekinchan



Salam semua,
Hari Sabtu yang lepas tempat aku bekerja semua pergi ke Sekinchan saja jalan-jalan rombongan cik kiah katanya, Bertolak lebih kurang jam 7pagi dengan sebuah bas lebih kurang 43 orang. Pemandangan kat sana memang sangatlah cantik ok walaupun tak pergi jauh mana pun tapi puas jugaklah berjalan sebab semuanya sponsored walaupun bukan sponsored post... ehehehhee layan gambar2 jer lah yer gambar aku macam biasalah tak berapa nak ada katakau...



 Dalam bas pun nak posing gak yer.



Pemandangan yang sangat nyaman dan cantik.



 
Antara model budger howt yang ada aritu.




 
Ala-ala Nur Kasih the movie katanya.


Ada pulak sesi amik gambar dengan pokok mangga masing -masing mengangkut buah mangga bawak balik wey.


gambar beramai-ramai kena ada.


 Pastu pergi pulak kampung india kat sana ada pulak shooting cerita tamil untuk deepavali nanti.



Singgah pulak kilang proses beras kat sana tengok macam mana depa proses beras bagai pastu depa shopping beras kat sana.





Sebenarnya banyak lagi gambar yang nak post tapi dah banyak tak larat nak letak dah wey macam-macam gambar yang aku amik.