Masyuk

Rabu, 29 Disember 2010

Piala Suzuki AFF 2010



Pasukan Harimau Malaya sememangnya hebat kalau tak hebat cam mana mereka boleh menang pada perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Bukit Jalil sebelum ini wey malah artis dari Indonesia juga iaitu Syarini yang pernah digosipkan dengan Anang Hermasyah juga mengakui bahawa Pasukan Harimau Malaya hebat kalau korang tak percaya klik kat SINI. Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia. Malam ini jam 7.30 malam Pasukan Malaysia sekali lagi akan bertemu dengan Pasukan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. Semoga Malaysia berjaya meraih kejayaan sekali lagi walaupun bukan di "rumah sendiri". Sekarang ni semua orang duk sibuk memperkatakan tentang Penjaga Gol Harimau Malaya kita tak lain tak bukan kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat. Rakyat Malaysia pasti bangga dengan kejayaan yang yang diraih tapi sekiranya Pasukan Malaysia tewas malam ini jangan dicaci dan dimaki pasukan kita biasalah adat permainan ada menang dan ada yang kalah.



p/s - Sejak bila aku minat tengok bola ni wey.... ahahahahhaa

0 comments: