Masyuk

Rabu, 5 Oktober 2011

Apa Yang Dicari









Salam semua,
Apa yang dicari dalam blog picisan aku dalam minggu ini. 

1. Abby Abadi masuk wad / hospital.
 - kalau gosip artis ni memang ramai yang gemar nak tau cerita terbaru dan hangat. Itupun selepas aku buat entry pada hari Selasa lepas bertajuk Abby Abadi Masuk Hospital itupun selepas mendapat info dari Jejai.




2. 125zr untuk dijual.
 - Motor yang hendak dijual tu pun dah dijual entry bertahun sejak dari tahun 2010 lagi sedara aku nak jual motor tu aku pun tolong promote kat blog aku ni jer motor waktu tu memang cantik lagi kalau nak tengok dekat entry Motor Yamaha 125zr untuk dijual.  




3. Kg. Puah Lembah
 -  Kg. Puah Lembah ini adalah tempat aku membesar boleh dikatakan sejak turun temurun memang keluarga aku membesar di sini tapi yang peliknya selepas aku tweet kat PM Dato Seri Najib untuk budget akan datang ini pasal "jadikan Kg Puah Lembah sebagai hub kebudayaan di hutan batu ini" makin ramai yang google Kg. Puah Lembah ni adakah PM Dato Seri Najib akan membuat sesuatu ke atas Kg. Puah Lembah untuk Budget akan datang ini. 




4. Ella
  - Agak lama awek aku ni mendiamkan diri didalam dunia seni ini kemanakah Ella yang memang aku suka nyanyian dan kegedikan beliau sewaktu di Konsert Ella di Istana Budaya satu masa dahulu.




5. Apam Polka Dot
 -  Sudah menjadi trend dimasa kini orang jadikan Apam Polka Dot ini sebagai hantaran dan dijadi hidangan untuk para tetamu ketika meraikan sesuatu majlis kerana kosnya agak murah dari Muffin. 




6. Majlis Berendoi
 - Adalah sebuah majlis bagi meraikan bayi yang baru lahir didalam berendoi lebih kepada memuji dan berselawat diatas Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W. dan ianya dimulakan dengan Marhaban. Kalau berminat untuk menempah pelamin berendoi bolehlah korang lawat Stazurin ini.




7. Jari Intanku
 - Jari Intanku adalah seorang blogger yang terkenal selalu masuk tv dan majalah antaranya adalah Wanita Hari Ini. Seorang yang sangat gilakan dengan dekorasi yang bertemakan English Stail ataupun ESDG (English Style Decoration Group). Merupakan salah seorang jiran keluarga aku di Wangsa Maju kawan kepada arwah emak akulah.





8. Dondang Sayang
 - Dondang sayang adalah satu seni budaya yang masih kekal di Negeri Melaka, Singapura & Pulau Pinang, kebanyakkan yang masih mengekalkan budaya ini adalah golongan Baba & Nyonya ataupun peranakkan. Pak Abas Katan, Nyonya Tan Abdullah, Nona Asiah adalah antara tokoh Dondang Sayang yang masih mempertahankan seni budaya ini.






4 comments:

sonata anak kancil berkata...Best Blogger Tips

salam - sy tak semak pun apa yg mereka cari kat blog sy...mana yg boleh digunapakai ambiklah...

Unknown berkata...Best Blogger Tips

ko tuko blog kau jadi beautifuldeydeck.com lah haha

Myvitrd berkata...Best Blogger Tips

aku pon rajin gak semak keyword ni bro. sebab dari keyword nilah kita dapat tahu SEO apa yg rajin masuk.. betul tak?

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Kak Sak - Saya suka semak nak tau apa yang orang dok cari kadang2 kelakar pun ada

- Bean - Apsal beautifuldaydeck.com plak.

MyVitrd - tau xper SEO kana pandai main tapi kenkadang aku ikut mood juga...ehehehhe