Masyuk

Rabu, 7 Julai 2010

Cara Membuat Like Button Di Blogspot






Selamat malam semua malam ni aku nak update pasal like button kat blogspot. Kalau korang perasan kat blog aku ada like button sekarang.
memang aku buat sendiri tapi setelah aku mencuri ilmu dari mamat yang kuat membebel


okeh cam mana nak buat like button di blogspot adalah

1. Dashboard > Design > edit HTML
2. Klik expand templeate widget


3. Lepas tu cari kod dengan teknik (Ctrl + F)

4. Pastekan kod berikut dibawah kod yang dicari tadi.


5. Kod tadi akan jadi macam ni la lebih kurang nyer.

6. Save kan semua benda yang korang dah buat tadik



Selamat mencuba walaupun ramai yang dah tau nak buat benda alah nih

Selasa, 6 Julai 2010

1st Cek Dari Nuffnang






Salam 1 Malaysia semua penyinggah di blog picisan ini.
Hari ni aku nak share pasal Cek dari Nuffnang.
Yer betul aku dah dapat Cek dari Nuffnang bernilai RM???
mana leh bagi tau sebabnya tak banyak pun cam Kak Ina KL, Bro Jai, Eyriqazz, Beutifulnara, DarkBatman & Red Mummy tapi boleh la buat bayar duit "domain" aku selama 5 tahun ehehehehheee.



ok aku cash out 1st Cek dari Nuffnang pada 17 May 2010 aku dapat cek nya pula pada 05 July 2010
ini bermakna ianya memakan masa dalam lebih kurang 49 hari lama kan.
Cuba korang menyinggah kat blog mat invest ni dia dah 2 kali cash out cek dari Nuffnang cuma mengambil masa lebih kurang 37 hari sahaja ini kerana mat invest telah cash out kan cek nya pada 30 hari bulan yakni hujung bulan.



Oleh itu kalau kengkawan yang tak tau lagi pasal ni boleh lah cash out kan Cek anda pada hujung bulan kerana anda akan mendapat Cek anda cepat sikit tak tertunggu tunggu la dibuatnya anda nanti.


Korang rasa apa yang sesuai aku buat dengan duit yang dah di cash out dari Nuffnang ni?
1. adakah akan digunakan untuk aku bershopping di Bandung minggu depan
2. Kontes kepada kengkawan - reti ker aku buat kontes ni
3. Belanja kengkawan lepak kedai mamak
4. Simpan untuk beli domain dimasa hadapan

terima kasih kepada Nuffnang & mat invest memberi duit & tips yang berguna pada aku.

Isnin, 5 Julai 2010

Kek Buah (Kukus)




Selamat pagi kepada semua (pagi la nih dah jam berapa pulakkan).
Pagi ni aku nak promote Kek Buah (Kukus)
Tahun ni aku dengan kakak aku yang kat Seremban nak jual Kek Buah yang memang sedap, Selalunya kami beli untuk dimakan sahaja akan tetapi tahun ini kami nak jual pulak mana tau rezeki kami tahun ini mencari duit raya pulak.
Harga Kek Buah ni pulak tak mahal cuma RM35 sahaja
kalau ada sesiapa berminat dengan Kek Buah ini bolehlah contact aku atau pun email sahaja ke daydeck86[at]gmail[dot]com
Memang berbaloi aku rasa kalau sesiapa membeli Kek Buah ini kerana ianya tahan lama.
Kek ini boleh stok dah memang ada bukan untuk raya sahaja tapi untuk kenduri kendara ker, Sambutan hari lahir adalah amat sesuai.


Genting Highland Kota Keriangan




Salam semua.. hajat hati memang nak update blog tengah hari tadi apakan daya mata aku langsung tak boleh bukak sebabnya baru kena DADAH (ubat) yang diberikan doktor tadi.
sekarang ni pun aku still mamai lagi tapi disebabkan perut aku meragam tu pasal lah aku meyambil update blog nih.

Hari Sabtu lepas aku ngan family pergi ke Genting Highland modus operandi mereka nak bawak sedara dari Bangkinang,Indonesia berjalan jalan tapi Modus Operandi aku pulak adalah untuk mengambil gambar belajar dari pengalaman orang cakap.

Memula tu memang tak rancang sangat pun nak naik ke tempat yang popular dengan Kasinonya itu tapi last minit depa ajak jugak bak kata Kak Ina KL "selagi poket masih tebal selagi tu la tak leh duduk diam".


Pergi sana pun kami naik bas jam 12.30 tengah hari sebabnya tiket pagi dah kehabisan.
sampai sana dekat jam 2 jugak la tapi alhamdulillah sebelum ni pergi musim hujan tapi kali ni cerah terang benderang jer kat sana.

Kami balik pun jam 9malam baru gerak dari Genting Highland tu sampai rumah dalam jam 11 malam coz kitaorang pergi menchekik kat Wangsa Maju.


Memula sampai anak buah aku nak main dengan gajah nih.


Pastu depa main Space Shoot ni aku tak naik bukan sebab takut okeh tapi aku memang tak da mood nak main benda alah ni semua lagi pun malas aku nak beratur ramai ramai.


Kalau pergi ke Genting Highland memang tak sah kalau tak amik gambar kat sini kan.


Inilah saudara dari Bangkinang yang hendak dibawa berjalan jalan tu.


Cantik tak pic bunga nih.


Anak beranak sama jer membahan aku coz suka buat muncung cam tuh.


Apo cium mulut tuh berdosa tau....


Terjumpa pulak dengan pelakon mak si Adnan Sempit ni kalau tak silap nama dia Kathy kot.


Pastu jumpa plak dengan Ziezie Ezzate ni tak sempat plak nak tanya abang Bung tak joint sekali ker.... ehehehehe


Cantik tak pemandangan yang aku amik nih, korang tolong komen yer gambar gambar aku ni mana tau boleh aku memperbaiki teknik photography aku ni
biasa lah aku ni belajar sendiri jer mana mampu nak amik kelas ataupun kursus photography nih.



p/s - aku still demam & Selsema tapi aku kuatkan semangat ar..


Ahad, 4 Julai 2010

Konsert Ella @ Istana Budaya






Salam 1Malaysia semua yang menyinggah kat blog picisan aku nih.
Amik ko update blog di pagi hari... sapa suruh aku membadak di siang hari... berjagalah ko sampai ke suboh kang. kat opis kang jangan nak mengadu ngantuk plak ekk... ahahahhahahaaaa


okeh la sebenarnya aku nak update pasal last Friday aku bertandang ke Konsert Ella kat Istana Budaya, memang best sangat konsert tu semua lagu Ella nyanyi termasuklah lagu barunya yang bertajuk Tiada Tangis Lagi. Siap nangis lagi minah ni nyanyi lagu nih.
Lagu Tiada Tangis Lagi adalah lagu untuk family Ella terutamanya kepada arwah ayahnda beliau.


Antara artis jemputan pula adalah Dato Ahmad Jais berduet menyanyikan lagu Budi Setahun Segunung Intan (citer Man Laksa tu ler) selain itu lagu Baldu Biru pula Ella berduet bersama Awie yang pernah digandingkan dalam filem Sembilu (bukan Sembilu Kasih la)


Bagi aku berbaloi la beli tiket RM83 coz dengan persembahan yang menarik dan terhibur bagi aku dan aku lagi prefer la pergi konsert cam ni ada seat yang telah disediakan daripada konsert yang berhimpit himpit cam ikan sardin tu tapi orang lain aku tak tau la.

ada orang cakap "apa barang konsert kat IB mana leh nak goyang2"
aku cakap "ada aku kesah janji aku selesa daripada berhimpit2 cam sardin"


Otai Kampung Puah Lembah nak bayar duit tiket kat aku
terima kasih nanti tiket Cuci The Musical 2 aku try dapatkan seat yang best ekk...


Akhirnya cukup gak 7 orang yang pergi. terima kasih Pura & Shikin Ahmad


Ramai juga orang malam tu ekkk...


semua nya 7 orang aku biasa lah yer gambar manjang tak ada jerk kan....


Sempat gak aku curik curik amik gambar dalam Istana Budaya tu
Sewaktu persembahan,



p/s - menunggu ticket Cuci The Musical 2 nih.



Khamis, 1 Julai 2010

“I wanna be The Sorcerer’s Apprentice”



Setahu aku la The Sorcerer's Apperentice ni macam AHLI SIHIR la kan.
Kalau lah aku ni AHLI SIHIR korang tau aku nak tukar apa?
Mestilah aku tukarkan semua benda kepada RM..RM...RM...RM...
mata duitan tul aku nih ekk.
yer lah semua benda sekarang kat dunia ni memerlukan RM..RM...RM...RM...
xda RM...RM...RM...sakit woo.
kalau lah ada AHLI SIHIR cam tu seumur hidup tak yah kerja,
agak agak duit nak abes jer tukarkan kerusi jadi RM...RM...RM... betul tak
Dunia ini "ana" yang punyalah....
kalau korang pulak cam mana adakah korang akan mengikut jejak langkah aku.
oleh itu jangan selubungi hidup anda dengan misteri....ahahhahaha
cam rancangan Misteri Nusantara plak kan...





Kalau korang nak tau kenapa n3 aku pasal Ahli Sihir adalah sebabnya aku nak dapatkan ticket The Sorcere's Apprentice yang akan diberikan oleh Nuffnang kepada Blogger'skorang bacalah sipnopsis cerita ni mesti bestkan.
Dave (JAY BARUCHEL) is just an average college student, or so it appears, until the sorcerer Balthazar Blake (NICOLAS CAGE) recruits him as his reluctant protégé and gives him a crash course in the art and science of magic. As he prepares for a battle against the forces of darkness in modern-day Manhattan, Dave finds it is going to take all of the courage he can muster to survive his training, save the city and get the girl as he becomes THE SORCERER’S APPRENTICE.