Masyuk

Isnin, 5 Julai 2010

Genting Highland Kota Keriangan




Salam semua.. hajat hati memang nak update blog tengah hari tadi apakan daya mata aku langsung tak boleh bukak sebabnya baru kena DADAH (ubat) yang diberikan doktor tadi.
sekarang ni pun aku still mamai lagi tapi disebabkan perut aku meragam tu pasal lah aku meyambil update blog nih.

Hari Sabtu lepas aku ngan family pergi ke Genting Highland modus operandi mereka nak bawak sedara dari Bangkinang,Indonesia berjalan jalan tapi Modus Operandi aku pulak adalah untuk mengambil gambar belajar dari pengalaman orang cakap.

Memula tu memang tak rancang sangat pun nak naik ke tempat yang popular dengan Kasinonya itu tapi last minit depa ajak jugak bak kata Kak Ina KL "selagi poket masih tebal selagi tu la tak leh duduk diam".


Pergi sana pun kami naik bas jam 12.30 tengah hari sebabnya tiket pagi dah kehabisan.
sampai sana dekat jam 2 jugak la tapi alhamdulillah sebelum ni pergi musim hujan tapi kali ni cerah terang benderang jer kat sana.

Kami balik pun jam 9malam baru gerak dari Genting Highland tu sampai rumah dalam jam 11 malam coz kitaorang pergi menchekik kat Wangsa Maju.


Memula sampai anak buah aku nak main dengan gajah nih.


Pastu depa main Space Shoot ni aku tak naik bukan sebab takut okeh tapi aku memang tak da mood nak main benda alah ni semua lagi pun malas aku nak beratur ramai ramai.


Kalau pergi ke Genting Highland memang tak sah kalau tak amik gambar kat sini kan.


Inilah saudara dari Bangkinang yang hendak dibawa berjalan jalan tu.


Cantik tak pic bunga nih.


Anak beranak sama jer membahan aku coz suka buat muncung cam tuh.


Apo cium mulut tuh berdosa tau....


Terjumpa pulak dengan pelakon mak si Adnan Sempit ni kalau tak silap nama dia Kathy kot.


Pastu jumpa plak dengan Ziezie Ezzate ni tak sempat plak nak tanya abang Bung tak joint sekali ker.... ehehehehe


Cantik tak pemandangan yang aku amik nih, korang tolong komen yer gambar gambar aku ni mana tau boleh aku memperbaiki teknik photography aku ni
biasa lah aku ni belajar sendiri jer mana mampu nak amik kelas ataupun kursus photography nih.



p/s - aku still demam & Selsema tapi aku kuatkan semangat ar..


2 comments:

CikLilyPutih berkata...Best Blogger Tips

la ko demam ke? seronok sgt bercuti kan

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

yer aku demam ni CLP
kesian kat aku kan....