Masyuk

Sabtu, 5 Julai 2014

Fifa World Cup Brasil #olabola



Salam semua,
Demam piala dunia lah sangatkan sampaikan tempat kerja aku nak buat makan-makan kena guna tema piala dunia. Memandangkan kerja aku banyak buat kerja luar depa suruh aku buat deco untuk majlis ni aku yang tak minat dengan bola sepak ni memang aku kaki bangku yer aku mmg tak minat pun dengan bola sepak ni aku buat jugalah dekorasi yang bertemakan "world cup" ni dah alhamdulillah semua orang suka dengan hasil kerja aku dengan kawan tempat kerja aku ni. 

Sebelum majlis bermula kita buat games sikit limbo rock katako

Lepas tu kata ucapan dari boss besar penyampaian hadiah makan ler apa lagi

Sementara tu ada gak sesi memotong kek untuk yang menyambut ulang tahun pada bulan itu

Siap ada padang dan gol lagi untuk tempat photobooth yang kami buat.



Al- Fatihah Biduanita Sharifah Aini Meninggal Dunia





Salam semua,
Awal pagi ini dunia hiburan kehilangan sebutir lagi bintang, Sharifah Aini seorang penyanyi yang malar segar telah menghebuskan nafas yang terakhir pada jam 1.26 pagi ini. Allahyarhamah meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Damansara kerana penyakit jangkitan paru-paru pada usia 61 tahun.



Seribu Mawar lagu yang paling aku suka nyanyian allahyarhamah Sharifah Aini ni dulu tiap-tiap hari aku memang aku pasang lagu ni kuat-kuat sbelum pergi kerja dulu. Banyak juga lagu-lagu allahyarhamah yang aku suka antaranya adalah bunga tanjung, kau racun hatiku, kau pergi tanpa pesan dan banyak lagi. Kebanyakkan lagu allahyarhamah memang "evergreen" memang tak dapat dinafikan lagi. Memang sebelum ni aku memang follow facebook allahyarhamah sebab aku memang minat dengan allahyarhamah di facebook juga beliau dan aktiviti kebajikan allahyarhamah.


Semoga roh allahyarhamah Sharifah Aini ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Amin

Rabu, 2 Julai 2014

Hari Mantai



Salam semua,
korang pernah tak dengar perkataan "HARI MANTAI" bagi aku orang Negeri Sembilan memang kebanyakkan tau dengan hari mantai ni. Seperti kebiasaan sehari sebelum menyambut ramadhan orang-orang Negeri Sembilan akan memasak rendang dan ada yang membakar lemang kiranya seperti ingin menyambut lebaran jugalah. Hari mantai ni biasanya orang-orang Negeri Sembilan akan memotong daging lembu atau kerbau untuk dijadikan juadah utama dan menjadi "kebesaran" orang minangkabau iaitu rendang itu zaman dulu tapi sekarang kebanyakkan orang akan membeli daging lembu atau kerbau di pasar ataupun di tepi jalan yang biasa menjual daging baru.

Sehari sebelum puasa hari tu makcik aku sibuk ajak pergi NSK Selayang aku pun ikutkan jer ler jam 3pagi pergi kesana. Sampai kat sana belilah daging 2kg limpa 1kg hati 1kg & paru 1kg untuk dimasak rendang.  Bolehlah menyambut hari mantai katanya daripada tak sambut langsung kat Kuala Lumpur ni manalah nak cari daging baru untuk masak rendang itupun nasib baik tak bakar lemang hajat hati memang nak bakar lemang haritu tapi sebab buluh talang nak bakar lemang tak ada terpaksa dibatalkan Insha Allah raya ni aku bakar lemang kot sebab ramai yang ajak bakar lemang bersama-sama ni.

Saya Nak RM300 Duit Raya Daripada Nile.com.my



Salam semua,
Sempena lebaran yang bakal berkunjung tiba nanti banyak kelengkapan yang harus disediakan dari segi kelengkapan rumah dan pakai macam aku ni lagi ler banyak yang diperlukan semenjak rumah yang aku diami terbakar tempoh hari perlahan-lahan kami perlu membeli kelengkapan rumah. Macam aku seorang yang malas untuk bersesak-sesak untuk pergi membeli belah macam di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sebagainya aku lebih suka memilih untuk membeli barangan secara talian (online) sahaja. 

Bagi aku rasanya membeli belah secara talian lebih mudah dan jimat kerana tak perlu fikir duit minyak, duit motor, duit makan dan sebagainya untuk pengetahuan korang Nile.com.my Malaysia online shopping menyediakan pelbagai barangan yang dijual secara talian antaranya adalah pakaian muslimah, kasut, beg, perkakas rumah, buku dan sebagainya.

Sekiranya aku dapat RM300 dari Nile.com.my ini aku akan membeli membeli pakaian dan kelengkapan untuk menyambut lebaran yang bakal berkunjung nanti kalau berkesempatan aku akan membeli secara talian dari Nile.com.my ini atau pun aku beli sendiri di kedai-kedai yang berhampiran tapi rasanya tak ada masalah untuk membeli di Nile.com.my kerana masa penghantarannya agak cepat terutamnya di semenanjung Malaysia.

Salam Ramadhan 1435h



Salam semua,
Salam Ramadhan al-mubarak kepada semua yang singgah kat sini ada ker yang nak singgah kat blog aku ni lagi. Walaupun agak lambat untuk aku sampaikan salam Ramadhan tapi aku rasa masih belum terlambat untuk aku. Sudah lama mendiamkan diri didalam dunia blogging arini aku terpanggil untuk update blog aku ni balik semoga lepas ni aku rajin berblog semula hendakNya. Hampir setahun tak update blog tapi aku tetap jadi stalker kat blog kawan-kawan aku lagi antaranya blog Kak Ina KL, Cik Lily Putih, Eyriqazz, Sumijelly, Denaihati dan banyak lagi lah. Kalau nak ikutkan memang banyak cerita yang nak diomelkan kat sini tapi sibuk membuatkan aku malas untuk berkarya kat sini. 

Puasa tahun ni macam mana? 
tahun ni aku berpuasa dekat Kg Puah Lembah #KPL sebab awal bulan Jun 2014 hari tu rumah yang aku duduk hangus terbakar di Kg Chubadak Jaya, Sentul nak buat macam mana dah tak ada rezeki duduk kat rumah tu lagi, aku duduk dengan keluarga makcik aku kat situ lepas tu sekarang dapat ler rumah PPR Pinggiran Bukit Jalil memang agak jauh jugalah nak pergi kerja tapi selalunya aku tumpang tidur kat rumah makcik aku lagi sorang dekat Kg Puah Lembah, Gombak sebab dekat sikit nak pergi kerja. 


Keadaan rumah yang aku diami selepas kebakaran memang tak ada apa yang tinggal semua jadi abu.


Macam mana terbakar rumah tu?
Macam mana terbakar rumah tu manalah aku nak tau sebab waktu kejadian selepas Solat Jumaat aku terus balik pejabat aku selalunya selepas Solat Jumaat aku akan singgah balik rumah untuk makan tengah hari tapi pada hari kejadian memang aku tak singgah balik rumah untuk makan tengah hari sampai kat pejabat makcik aku telefon suruh balik rumah cakap rumah dah terbakar sampai jer rumah memang dapat tengok jer lah rumah tengah terbakar dengan maraknya 24 rumah panjang terbakar, barang-barang pun tak ada apa yang dapat diselamatkan nak buat macam mana tak ada rezeki kami semua. 


 Bayangkan perasaan korang melihat rumah yang korang duduk terbakar depan mata macam ni. rumah dinding kuning tu ler rumah yang aku duduk sebelum terbakar hari itu.



p/s - mood blogging macam dah kembali jer ni semangat nak update blog plak rasanya.

Khamis, 7 November 2013

Kenangan Sepanjang Jalan



Salam semua,
Dah lama aku tak mengomel dalam blog picisan aku ni, agak dah lama juga memendam rasa nak update blog picisan aku ni wey, rindu nak berjimba bersama-sama rakan seangkatan dulu terutamanya dengan Geng Tali Barut. Sebenarnya aku bukan tak nak update blog aku ni cuma tak ada cerita yang nak dingomelkan lagi pulak sejak aku dah tukar kerja ni agak sibuk sikit kerjanya kadang-kadang tu sampai hujung minggu pun terpaksa bekerja nak buat macam mana dah itu yang aku pilihkan terima jerlah. 


 Disebabkan aku diserang gout tempoh hari aku sekarang mengamalkan makan Elken Spirulina sebenarnya dulu zaman sekolah menengah dulu aku pernah makan Spirulina ni sebab waktu aku muda remaja dulu memang teruk kena resdung tapi lepas makan Elken Spirulina ni alhamdulillah resdung aku tak seteruk dahulu, InsyaAllah lepas aku makan Elken Spirulina ni mungkin penyakit gout aku ni makin berkurang hendak-Nya. Kalau berminat nak mencuba dah membeli boleh emailkan kat aku yer lagi satu Elken ni ada keluarkan produk kecantikan dan menjual korset untuk kurus kalau korang berminat pun emailkan kat aku nanti aku inform bos tempat aku berkerja ni set appointment dengan korang ye.

Ini juadah aku sewaktu Hari Deepavali tempoh hari biasanya tempat aku berkerja ni memang provide makanan bila ada perayaan. Sampaikan public holiday pun aku kena kerja wey penat memang lah penat tapi apa kan daya masa tak akan berlalu... eh lagu raya plak katako.


Inilah antara kerja aku yang selalu aku buat tapi bukan aku lah ganti benda alah tu aku cuma monitor orang buat kerja dan standby apa yang patutlah kerja tak penat sangat tapi banyak kerja korang paham tak maksud aku lagi pun bukan ini jer kerja aku banyak lagi korang tak payah pikir pasal kerja aku ler.


Tapi ada kalanya datang kerja malam-malam just monitor vendor buat kerja jer dan kerja aku cuma macam tu ler gamaknya sambil silang panggung layan astro kat opis tapi penat gak menunggu orang ni campur bosan lagi.


Macam malam ni aku memang dapat tahu yang opis aku akan blackout jadi terpaksalah aku standby kat opis ni sampai pagi esok takut nanti elektrik tak ok lagi pagi esok mampus aku kena bambu dengan bos aku.



Kepada sesiapa yang merindui aku inilah gambar aku amik semalam tapi ada ke yang rindu dengan budak gomok ni wey, apa-apa jer lah janji korang bahagia.