Masyuk

Sabtu, 5 Julai 2014

Al- Fatihah Biduanita Sharifah Aini Meninggal Dunia





Salam semua,
Awal pagi ini dunia hiburan kehilangan sebutir lagi bintang, Sharifah Aini seorang penyanyi yang malar segar telah menghebuskan nafas yang terakhir pada jam 1.26 pagi ini. Allahyarhamah meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Damansara kerana penyakit jangkitan paru-paru pada usia 61 tahun.



Seribu Mawar lagu yang paling aku suka nyanyian allahyarhamah Sharifah Aini ni dulu tiap-tiap hari aku memang aku pasang lagu ni kuat-kuat sbelum pergi kerja dulu. Banyak juga lagu-lagu allahyarhamah yang aku suka antaranya adalah bunga tanjung, kau racun hatiku, kau pergi tanpa pesan dan banyak lagi. Kebanyakkan lagu allahyarhamah memang "evergreen" memang tak dapat dinafikan lagi. Memang sebelum ni aku memang follow facebook allahyarhamah sebab aku memang minat dengan allahyarhamah di facebook juga beliau dan aktiviti kebajikan allahyarhamah.


Semoga roh allahyarhamah Sharifah Aini ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Amin

0 comments: