korang pernah tak dengar perkataan "HARI MANTAI" bagi aku orang Negeri Sembilan memang kebanyakkan tau dengan hari mantai ni. Seperti kebiasaan sehari sebelum menyambut ramadhan orang-orang Negeri Sembilan akan memasak rendang dan ada yang membakar lemang kiranya seperti ingin menyambut lebaran jugalah. Hari mantai ni biasanya orang-orang Negeri Sembilan akan memotong daging lembu atau kerbau untuk dijadikan juadah utama dan menjadi "kebesaran" orang minangkabau iaitu rendang itu zaman dulu tapi sekarang kebanyakkan orang akan membeli daging lembu atau kerbau di pasar ataupun di tepi jalan yang biasa menjual daging baru.
Sehari sebelum puasa hari tu makcik aku sibuk ajak pergi NSK Selayang aku pun ikutkan jer ler jam 3pagi pergi kesana. Sampai kat sana belilah daging 2kg limpa 1kg hati 1kg & paru 1kg untuk dimasak rendang. Bolehlah menyambut hari mantai katanya daripada tak sambut langsung kat Kuala Lumpur ni manalah nak cari daging baru untuk masak rendang itupun nasib baik tak bakar lemang hajat hati memang nak bakar lemang haritu tapi sebab buluh talang nak bakar lemang tak ada terpaksa dibatalkan Insha Allah raya ni aku bakar lemang kot sebab ramai yang ajak bakar lemang bersama-sama ni.
0 comments:
Catat Ulasan