Masyuk

Rabu, 20 Januari 2010

His Ministry




Korang pernah tak singgah kat blog His Ministry
kalau tak pernah apa lagik pergi la singgah kat blog nih. Kan aku ada attach link blog tuh
korang just clik jer kat link tuh.

setahu aku tuan tanah kedaung blog tuh adalah milik Amirul Rezza,
aku sker baca blog budak nih, aku rasa Amirul Rezza ni budak sekolah lagik kot.
aku rasa la kalau tak betul tuh mintak maap yer tuan tanah kedaung... eehehehhee..

korang tengok la berapa ramai pengikut blog
His Ministry nih ramai la jugak kalau nak dibandingkan ngan blog aku yang tak seberapa nih,
mesti masyuk gak budak nih dapat income dari Nuffnang. Kalau korang rajin pergi la baca blog dia nih.

pssttt... please ignore labelnya yer..

Aku Dapat KLCC



Hari ni aku dapat satu parcel kat tempat kerja aku. korang tau tak aku dapat dari sapa,



dari Mummyaees salah seorang blogger yang agak terkenal gak la,
ramai follower dia tuh.


korang tau tak aku dapat apa


yer aku dapat Fridge Magnet bentuk KLCC la.


siap ada kad ucapan lagik.
anyway terima kasih banyak banyak kak watie aka Mummyaees
memang cantik FM yang akak bagi ni. bertambah lagik koleksi FM saya.
kan betul aku cakap aku dapat KLCC korang tak percaya.

psstt... please ignore aku nyer label yer.

Mengantuk Tahap Gaban



MatJoe sila datang cepat sikit coz ari nih aku xnak OverTIme
Aku ngantuk giler nih sebab malam semalam aku lepak ngan Aus sampai jam 1 pagi
lepas tengok wayang "Haunted Universities".
tapi yang aku hairannya keluar je pintu pagar tempat kerja aku nih mata aku automatik akan cerah
dan Poker, Cafe World, FarmVille, FishVille dan segala jenis VILLE-VILLE macam menunggu dengan tak sabarnya kepulangan aku.
gamaknya cam biasa la aku tidur yang paling cepatnya jam 12.30 tengah malam.

Haunted Universities Preview




Malam semalam aku dengan Aus Mendayu Dayu pergi Mid Valley tgk wayang free.
Macam biasa lah aku dapat ticket free, memandangkan Aus Mendayu Dayu stay kat area situ,
aku pun terus roger si Aus Mendayu Dayu ajak dia ushar wayang cite tajuknya
Haunted Universiti
aku dapat 3 ticket free aku cakap kat dia ko ajak la sesapa pastu dia cakap nak bawak aweks dia
aku cakap tak da hal la bro.

pastu jam 8malam aku merempit dari opis aku nak ke Mid Valley tuh. saja aku nak gerak awal walaupun cerita tuh setat jam 9.30malam.
waktu aku merempit dari Bukit Jalil nak ke Mid Valley tuh aku tetiba aku terberhenti nak tgk ticket wayang tuh ada ke tidak.
Damm.... ticket tu xda dalam bag aku. Hampeh tul aku cakap. dengan kadar segera aku terus merempit ke Bukit Jalil balik
nak ambil ticket tu. nasib baik awal aku perasan ticket wayang tuh. dengan selamba badak jugak aku main redah jer jalan area Kuchai Lama nak ke Bukit Jalil
aku bukan pernah pun jalan kat area Kuchai Lama tuh, nasib baik aku jumpa jalan ke Bukit Jalil.
Sampai kat opis aku dalam jam 8.30malam lepas je aku amik ticket tuh terus gerak ke Mid Valley sampai sana lebih kurang 9malam
penat woo... aku takut nanti Aus Mendayu Dayu tu cakap aku kaki kencing plak...... ahahahhahahaa


Sekarang aku nak cerita pasal Haunted Universiti ni pulak, mula mula aku ingat cerita cina rupa nya cerita Thailand.
nak kata takut tuh xda makna nya aku nak takut si Aus Mendayu Dayu aku xtau la dia berani ke tidak. ahahhahahhaa
cerita ni macam putar alam sikit la kenkadang buat aku kompius tengok citer nih.
sib baik la banyak adegan klakar dalam cerita nih tak da la bosan sangat.
cerita ni lama gak la dalam 2jam jugak la aku rasa.

Lepas abis cerita tuh aku ngan Aus Mendayu Dayu terus gerak pergi mencekik kat area Kerinchi. lepak dekat jam 1pagi gak la.
pagi ni aku bangun pergi kerja lambat sikit coz mengantuk...

psssttt ***** menaip sambil tengok cerita Tasbih Cinta kat opis nih.
gambar pulak aku cilok dari Aus Mendayu Dayu

Isnin, 18 Januari 2010

WHY I LIKE IT LONGER




Wey kengkorang semua jangan nak double meaning dengan tajuk n3 aku kali nih yer,
Tajuk n3 aku kali ni berkisar tentang contest yang dianjurkan oleh pihak NUFFNANG
walaupun aku tau aku bakal tak menang dengan con
test ni tapi aku tetap gak nak post n3 kali nih,
aku punya blog aku punya suka la wey,
walaupun aku bukan otai dalam blog cam orang lain yang pengikutnya begitu ramai,
aku pedulik apa.

tajuk contest kali ni a
dalah


dalam bahasa melayu nyer

KENAPA SAYA SUKA IA PANJANG

aku memang jelous ngan member aku sorang nih
nama dia Fauzan
walaupun dia tak PANJANG tapi dia pakai hp PANJANG tuh
biarlah orang nak cakap cam mana orang melayu nak maju kalau saling "jelous menjelous"
tapi kalau jelous untuk kebaikan tak da masalah kot.

berbalik kepada contest dengan tajuk "WHY I LIKE IT LONGER" sebab nya aku memang suka dengan barang barang yang besar dan PANJANG nih korang tengok jer badan aku pun dah besarkan jadi kena la pakai barang barang yang besar dan PANJANG betull tak. kalau pakai barang barang kecik macam tak puas jer aku rasa.
cuba bayangkan jari aku yang besar dan PANJANG nih pakai pulak handphone yang key pad yang kecik
tak ker kesian kat aku nak tekan nombor 2 tertekan pulak nombor 3.
lepas tuh cuba korang teka sebab apa aku pakai spect mata,
jawapannya dah tentu la mata aku rabunkan, cuba la korang bayangkan hp tuh kalau skrin nya kecik
tak ke sampai ke depan muka aku nih nak tengok sms, blog aku, & yang paling penting nak tengok laman web NUFFNANG kesian tak kat aku.
ahahahahahahahhahahaaa
aku memang berkenan giler dengan hp LG Chocolate Phone BL40 ni keluaran LG.
mesti gambar dia sharp macam TV LCD dah pasang Astro B.yond.
rasanya LG Chocolate Phone BL40 ni lagi canggih la dari iPhone ngan BlackBerry.
Tapi nama aku nak beli HP nih tak akan la gamaknya banyak benda lain aku kena buat,
lain la kalau gaji aku beriban riban lebatnya tutup mata jer la aku beli HP nih.
tapi kalau NUFFNANGG nak bagi free aku rembat jer benda free la katanya.
tapi aku tak mengharap pun cuma kalau ditakdirkan kalau aku ada rezeki bagus la
bersyukur kepada-Nya . Amin

pssttt.... aku check kat pak cik gugel semua n3 pasal ni takda yang Bahasa Melayu.
redah kasi pecah jer la .

Jumaat, 15 Januari 2010

Free Fifa World Cup Trophy Tour Ticket



Hari ni aku dapat ticket Fifa World Cup Trophy Tour pada 29hb Jan 2010 ni
tapi aku dapat 2 section nyer jam 12pm - 2pm dengan jam 8pm-1pm nyer
tapi aku nak yang 8pm-10pm jer
oleh itu aku nak bagi la kat sapa sapa yang berminat nak ticket nih cuma ada
4keping sahaja
di ulang ya aku bagi yang untuk jam 12pm-2pm punya
yang lelaki kalau tak g sembahyang Jumaat jangan salahkan aku yer
sendiri tanggung. tempat nya pulak dekat Mid Valley
cepat cepat la tinggalkan jejak kat n3 ini.
sapa cepat dia dapat.