Masyuk

Sabtu, 20 Februari 2010

Big Gathering (war paintball)



**poster diculik di blog MelRomeo

Walaupun aku baru jer sampai rumah, tapi aku tetap gigih gak ni nak update pasal
Big Gathering (war paintball)
kalau nak tau details korang leh tgk la Poster yang aku lekatkan kat atas tuh.
kalau nak tau lagi terlebih details korang leh la 'cek ke daut' ke
teratak MelRomeo yang popular dengan trademark Miahaaa dia tuh.

aku pernah la dua kali main paintball nih tu pun free jer coz ada trainning
office, kalau tak sampai hari ni la aku tak pernah merasa main paintball nih.
kalau korang nak tau sakit ke tak kena puluru tuh bagi aku yang lemak nya lebih
tebal & tepu dari korang cam sedap sedap jer kena nyer
yang tak da lemak cam Mr. Bean & MelRomeo tuh aku tak tau la cam mana rasanya.
lepas tu korang jangan la berangan nak pakai baju yang cerah2
cam warna putih ker. memang lepas tuh buat kain buruk la gamaknya baju tuh.
bukan apa kesan dari peluru tuh akan meninggalkan kesan degil yang payah untuk disental.
aku dah cuba sental banyak kali pun still ada gak kat suar jeans aku tuh.

aku bukan tak nak joint gathering kali nih tapi kalau aku tak jadi
pergi ke Bukit Merah Lake Town Resort tuh aku akan merempit
ke lokasi kejadian paintball tersebut untuk memeriahkan & mengimarahkan lagi majlis
tapi kalau ada yang tak suka dengan cara aku xper la aku xpergi pun tak per kot
ehehehehehhehehehehehehee


**akudahnaktidoesoknakpergiAstroFest2010
selamatmalamsemua

Tarian Singa



Ini adalah N3 sambungan dari sebelum nih yerk.
seperti yang korang tau dari N3 sebelum ni opis aku ada buat sambutan
KONG SI FAT CAI
jadi adalah singa singa yang berkeliaran kat opis aku nuh
aku betul betul tak henggat donia yang hari ni ada singa datang opis aku
walaupun dah dapat email banyak kali.
jadi aku biarkan jer la camera aku terpuruk kat dalam gobok aku tuh
kalau aku ingat musti aku dah sumbat camera aku dalam beg pastu bawak g KANTOR
KANTOR tu opis la.

cam biasalah pagi pagi dengan muke sebek nyer aku masuk opis pastu
tah macam mana memasing nak gedik2 nak tangkap gambor.
selalunya memasing akan menjadi pemalu untuk amik gambor dipagi hari
tapi hari ni memasing layankan jer.

Sila abaikan hujung sweater aku yang koyak tuh yer kerana
itu semua adalah hasil karya seni aku dikala kebosanan melanda
aku akan koyakkan sikit demi sedikit
aahahhahahahaaaa tah apa punya habit la kan
bukan habitat la.... sengal.

Berduyun - duyun & berbondong - bondong orang nak g tengok tarian singa tuh.
termasuklah aku...... cam batak siot...ehhehehee

sapa tuh budak baju purple tuh????
owh dak MYA ghuper nyer.
dia pun nak gak tengok tarian singa tuh walaupun dia ada kat atas.

Waktu apa ke nama binatang nih lalu aku pun panggil la dia cakap nak amik gambor
dia pun berhenti jap pastu snap pic dia. kiranya dia artis terkenal la tadik.

aku pun tak nak ketinggalan gak amik pic ngan benda alah nih.
KONGSIPATCAI
pak cik ang pow xda ker?? kedekut tul la lu der...
ahahaahahhahahahahaa


ada empat pasukan tarian singa ni ada team kuning, putih, merah & hijau
cam rumah sukan zaman sekolah dulu la.

walau cam mana pun aku tetap suker yang warna bawah ni.
apa lagik hijau la.
ahahahhahahahahahaahhahahahhaaahaaa

Jumaat, 19 Februari 2010

Lion Dance Today



Cun ceng....cun ceng..... (tanpa henti)
hari ni kat opis den ado pertunjukkan singa
bukan singa betul tuh la.
persembahan singa hari ni di diadakan dari
kumpulan Kun Seng Keng Lion (cam nama biskut plak)
dengan
Dragon Dance Association.
memang tetiap tahun pun ada persembahan lion dance nih itu baru hari ni belum esok lagi.
esok lagi meriah agaknyer
nanti paper hal gua roger la lu orang semua. (motif aku nak roger korang)
n3 ni akan bersambung yer sebab aku nak sambung g tengok lagik.

Khamis, 18 Februari 2010

Kak Ram Cakes




Hari ahad lepaskan aku celebrate bestday anak buah aku
hajat hati nak tempah kek yang bentuk doll untuk anak buah aku tuh
tapi aku tanya akak sepupu aku tuh dia cakap dia dah order cake kat Care4
nak buat cam mana kan tak da rezeki nak order cake dari Kak Ram Cakes

tapi aku order gak la muffin dengan Apam bunga dari Kak Ram Cakes.
Terima kasih la kepada Kak Ram Cakes sebab bagi extra Muffin
siap kasi discount lagi.

kalau korang rasa nak tempah cakes leh la korang g ker blog
Kak Ram Cakes nih
murah & sedap makanan yang aku order dari beliau hari tuh
masa ni lah nak tolong orang melayu kita nak berniaga.
betul tak????


Cantik & sedap apam bunga ni

Siap packing lagi. sebungkus RM1.30 tapi kalau order banyak boleh kurang lagi.


Banyak tuh dapat extra.
apa lagi kalau korang rasa nak kawen leh la order kat
Kak Ram Cakes nih
save budget siot kerja pun senang.

Rabu, 17 Februari 2010

Aku Kembali Setelah Menghilang Hampir Seminggu



Dah dekat seminggu aku tak sempat nak update blog aku nih
malam ni kiranya aku nak balas dendam la (bukan lurah dendam arr)
bukan apa aku sibuk sket minggu lepas coz salah seorang sepupu aku bertunang
walaupun kitaorang tak berapa nak ngam ngan dia
tapi demi orang tua kitaorang buat jer la kerja dengan ikhlas & tawaduknya
ahahahahhaaa.

biasalah kalau kenduri family aku memang jarang ar nak buat
catering catering nih, memasing macam buat derk je kalau
cakap nak buat catering, memang family aku ni tak berapa nak
suka lah kalau catering catering nih lagi pun rasanya
budget lagi tinggi kot.


korang bayangkan jer lah kenduri nya hari ahad,
hari jumaat malam sabtu dah ada yang datang rumah tolong
buat apa yang patut.

macam hari jumaat malam sabtu tuh biasa la family aku
dah mulai kacau rendang bukan rendang daging la
rendang pucuk ubi untuk buat makan waktu rewang hari sabtu tu
kepada yang tak pernah makan rendang pucuk ubi sila la
cari sampai dapat rugi kalau tak pernah makan
rendang pucuk ubi ni.

Aku cam biasa la memang amik tender kacau rendang jer
tak kira la rendang daging atau rendang apa pun.
sila ignore gaya mengacau rendang aku tuh

Biasanya dah penat buat kerja kitaorang akan makan
bersama sama, meriah makan ramai ramai cam nih
dari satu pinggan terus nak makan dua pinggan nasik
berselera siot.

Biasa lah orang lelaki kena makan kat atas
bukan atas dasar diskriminikasi (betul ker aku eja tu)
tapi tempat kat bawah dah penuh.



Pagi hari Sabtu pulak dah ramai yang datang membantu
memasak rendang daging dan menyediakan ramuan untuk dimasak hari Ahad pulak

Pagi Sabtu tu family aku sediakan apa yang patut la
masak pulut makan dengan rendang pucuk ubi
kek pisang beli kat coket, keropok ikan.
yang simple simple jerk.

macam kitaorang kalau buat rendang santan tu masak dulu
sampai pecah minyak lepas tuh baru masukkan kat dalam
daging yang dah dikecutkan dengan rempah2nya
santan pun tak basi cepat.


tu dia satu kawah rendang daging kena kacau
sib baik badan masing masing bagak.


hari Ahad dah kompem la ramai yang datang membantu
tengok tu mak cik mak cik tengah sibuk merempahkan diri mereka
wakakkakakaka.

Baju biru tu adalah baju Astro Kasih. Astro kasih ni cam buat kerja amal la. hari tuh kira aku buat kerja amal la gamaknya. hahahahahahha

Selain rendang kacang panjang masak taucu ni mesti tak tinggal punya. makanan wajib la kiranya.

Ayam goreng berempah

Rendang daging

Sambal tumis ikan bilis campur petai

Gulai nangka

Kerja keras ar....

Geng mak cik - mak cik yang berkerja keras.

Mak iru dengan makcik jenab bersemangat nak pakai baju sama.

Dalam jam 4petang pulak kitaorang sambut bestday anak buah aku yang ke 3 tahun pulak.

ini lah anak buah aku Nursyazana Damia umur 3 tahun lah.

Antara suasana petang

petang tu cuma sediakan makanan yang memang dah ada pastu aku ada la tempah muffin dengan apam bunga

Murah & sedap muffin & apam bunga tuh

ni la muffin yang aku dapat free dari Kak Ram nanti aku buat review Kak Ram k.

itu la sebab aku menghilang minggu lepas.

ehehehehehee

Aku Memang Bangga




N3 kali ni memang menunjukkan aku bangga kerana
otai otai blog sanggup singgah ke teratak aku nih
ahahahhahahahaa
antara yang sanggup singgah adalah

1. MelRomeo

2. Eyriqazz
3. Jard
4. Mr. Bean

Terima kasih daun keladi kerana rajin singgah kat teratak aku yang tak seberapa ni.