Masyuk

Khamis, 11 November 2010

Nuffnang Premiere Screening of Skyline





Selamat tengah hari kepada sesiapa yang menyinggah kat sini. Malam semalam aku mendapat jemputan menonton tayangan perdana cerita Skyline di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju. Oleh sebab aku dah familiar dengan tempat tu jam 8.30 malam baru aku keluar rumah. Aku dapat 2 tiket "per" dari Nuffnang satu lagi aku bagi kat member kat rumah aku Adham tapi kitaorang gerak asing2 sebab aku malas nak tunggu dia yang "lem" untuk bersiap mengalahkan anak dara nak bersiap plak rasanya.



Cerita ini bermula mengisahkan sekumpulan mahluk asing dengan erti kata lain alien yang datang dari Planet Marikh kalau tak silap aku datang menyerang ke bumi menyedut semua manusia untuk diambil otaknya supaya boleh menghidupkan Alien yang baru. Alien dia pulak ada macam bentuk obor-obor yang terbang tinggi-tinggi di awan biru.



Sewaktu menyedut manusia dibumi wajah manusia tersebut akan berubah seperti timbulnya urat-urat diseluruh tubuh mereka sehinggalah mereka disedut masuk ke dalam tubuh alien tersebut.



Motif cerita ini aku rasa adalah untuk menyelamatkan diri daripada ditelan oleh alien tersebut semua orang mati ditelan oleh alien tersebut termasuklah hero & heroin cerita ini tapi last sekali la hero & heroin ni kena sedut dalam keadaan sedang bercium mulut. Bagi aku cerita Skyline ni agak bosan la sebabnya babak cerita ini membuatkan semua orang pening aku rasa. standard blogger bagi rating 2/10 tapi aku lagi kejam bagi rating 1.5/10 sampaikan aku boleh bergayut dengan Kak Ina KL lagi waktu kat dalam panggung. Orang lain aku tak tau la bagi rating berapa, Lain padang lain belalang, lain orang lain pandangan.




Waktu aku dah register nama aku Cik Lily Putih terus call aku cakap dia ada dekat kedai makan Heritage House kat area TGV Wangsa Walk tu. And Then aku joint Cik Lily Putih, Mr. Big, Mohd Faez Bin Mat Rudin & Sharing info melepak. Anak Perak dengan Redlinda aku tak tau dia "merendek" kemana.



SharingInfoz berpasangan dengan Mohd Faez Bin Mat Rudin



Lepas tu baru Anak Perak, RedLinda & Chearmster datang join kami.



Amboi....amboi....amboi chearmster apa yang ko dok ushar si Redlinda tu nasib baik Anak Perak tak perasan kan.



Muka berlagak seorang pemenang BlackBerry Torch yang bakal dijualnya siap nak "bida" lagi ko ingat blog lucah ko tu ebay per. Nak beli motor baru katanya mat rempit la ni.



Ramai cakap dia ni GAY tapi bila aku tengok pic ni aku rasa dia orang yang "lurus" tapi Chearmster tolong jaga awek ko ni tidak demi perempuan hubungan persahabatan boleh terputus... ahahahahahaaa




Adakah trilogi Cinta 3 Segi akan bermula. Har...har...har...



Dalam pada semua orang sibuk nak gosip mamat poyo ni tak nak lepak dengan kami semua sebabnya dia berlagak nak dapat Blackberry Torch yang dimenangi olehnya sebelum Hari Raya Haji ini tapi "nan hado'.



Seronok Cik Lily Putih & Mr. Big tengok wayang "per" semalam.



Korang tengok tu berlagak bergambar dengan HP lama buat kali terakhir katanya.



Walau tak best cam mana pun cerita yang ditayangkan Nuffnang tetap best sebab invite joint event yang diadakan.




P/S - Malam nia da event kat Zouk plak jumpa disana ya. Insyaallah



Rabu, 10 November 2010

Majlis Pertunangan HashMush





Salam 1 Malaysia semua, Entry kali ini bersambung dari entry semalam sebabnya kendurinya pada hari sama dan rumah yang sama. Sebenarnya sepupu aku ni seorang blogger juga url blog dia adalah seperti berkut http://hashmush.blogspot.com/ dia baru jer berkecimpung dalam dunia blog ni tapi aku rasa dia cuma berblog dikala dia tak sibuk jer biasalah orang kuat Celcom la katakan. Hashmush ni sama umur dengan aku tapi dia dok gatai nak menikah awal... hahahaha jangan marah arrr gurau jerk.





pagi waktu sampai tu terus aku dengan Nieza buat hantaran yang belum siap sebabnya nak pergi sembahyang Jumaat lagi lepas tu dengan berzanji tengah hari lagi.



Atan Tuya menunjukkan bakatnya menyusun kacang di atas wajik untuk dijadikan hantaran kepada pihak lelaki.





Antara hantaran yang sempat aku snap





Kata si Hashmush apehal merah bebenor pipinya macam baru lepas goreng telur kat muka dia jer.



Disarungkan cincin emas sebagai tanda pertunangan oleh bakal ibu mertua.


Menjadi juga cubaan aku ni



Cantik berseri diatas pelaminan.



Tahniah diucapkan kepada Hashmush diatas pertunangannya.



p/s - aku tak nak bertunang sebab aku rasa macam membazir jerk. tapi ikut masing-masing ler.



Majlis Berendoi @ Cukur Jambul





Hari Jumaat lepas bertempat di Wangsa Maju 1 rumah "mak cik" aku ada buat kenduri Cukur Jambul/Berendoi "mak cik" aku ni dia buat aqiqah untuk cucu sulungnya. Aku pergi sana menolong apa yang patut ditolong. Kebiasaannya kalau rumah mak cik aku ni buat kenduri aku duduk kat dapur membantu orang masak & susun atur kerusi meja tapi kali ini aku kena siapkan hantaran "sepupu" aku sebabnya dia bertunang pada malam hari pula serta akulah menjadi photographer yang tak bertauliah pada hari tersebut.



Inilah "anak buah" yang bakal naik buai walaupun tak ada buaian yang disediakan.



Bunga rampai & kelapa muda antara adat bercukur Jambul.



"Anak buah" aku dengan akak sepupu aku sewaktu acara berzanji dimulakan.



Sewaktu bacaan Berzanji sedang berlangsung.





Sewaktu marhaban sedang didendangkan.



Gunting rambut oleh jiran tetangga.



Neneknya pula nak gunting, Gambar ni candid jer bukan mak cik aku tu menangis pun.



Nasib baik budak ticik ni jenis tak meragam duduk diam jer si comel ni.





Berendoi ataupun Syair/Dendang Siti Fatimah insaf jugalah dengan syair ini.
Sekali syair daaaa... dialog cerita Pendekar Bujang Lapok.



Bergambar beramai-ramai sebelum makan makanan yang disediakan.



Pelamin tu sebenarnya bukan untuk Majlis Cukur Jambul tapi untuk Majlis Pertunangan dimalam hari.






Tahniah Kepada Mohd Faez Bin Mat Rudin






Salam 1 Malaysia, Just nak ucapkan tahniah kepada Mohd Faez Bin Mat Rudin atau dengan nama poyonya Hamzah Ian (dasar penipu) kerana telah berjaya memenangi BlackBerry Torch 9800 dari Nuffnang + Celcom. Lepas ni boleh la dia belajar ber"tweet" dan ber blog dimana dia berada. Mamat lucah ni memang banyak idea terutamanya idea lucah memang dia pandai. kalau korang nak baca entry yang membuatkan mamat poyo ni menang BlackBerry Torch 9800 sila klik link sebelah http://www.terbangtinggitinggi.com/2010/10/i-love-celcom-i-love-torch.html


Pesanan Penaja - ko kena belanja aku sebab banyak pic dari aku ko gunakan.... ahahhahah
Jangan marah dengan nama betul ko tu ekk
Tahniah kepada http://sudubesi.com/siapa-perlukan-gadjet-lain-jika-ada-celcom-blackberry-torch-9800

Selasa, 9 November 2010

Mood Berblog Ke Laut






Selamat petang semua kengkawan, Dah lama rasanya aku tak berblog rasanya walaupun baru hari Khamis yang lepas aku update blog picisan aku ni. Hari Jumaat lepas aku dok sibuk ada kenduri majlis pertunangan saudara di Wangsa Maju, Hari Sabtu pula aku attend kenduri majlis pertunangan member opis aku dekat Semenyih and then hari Ahad pula jiran sekampung pula kawen tak boleh nak elak penat gak la rasanya attend kenduri ni nasib baik makanan yang disediakan sedap sedap belaka. Semalam pula biasa Monday blue's dengan kerja yang berlambak lagi balik kerja malas nak update blog lagi pun bukan ada orang nak singgah sini pun. berkemungkinan aku akan jarang berblog dan singgah ke teratak kengkawan sbabnya aku dah sibuk nak buat persiapan balik ke Bangkinang, Pekanbaru, Indonesia next week. Dekat sana pula tak tau ada internet ker tidak kalau ada bolehlah aku berblog. Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang yer kengkawan.



p/s - tengah sibuk edit gambar tunang sedara aku.
- Nak balik kampung tapi duit tak ada.



Khamis, 4 November 2010

Dapat Buffered Earnings





Alhamdulillah walaupun blog aku tak berapa ramai yang menyinggah akan tetapi Nuffnang & para pengiklan tetap bermurah hati untuk meletakkan iklan mereka di blog picisan aku ini. Terima Kasih daun keladi kepada Nuffnang & para pengiklan yang baik budi. Mintak-mintak adalah orang yang betul betul minat dengan iklan tersebut dan klik pada iklan tersebut bukan apa aku tengok dah hampir 2 minggu aku punya Earnings tak naik statik macam tu jerk. Itulah yang dinamakan rezeki jangan ditolak bala jangan dicari.



p/s - nak kena update blog selalu ni baru orang ramai masuk blog kita lepas tu content kena menarik dan tepat. betul tak kengkawan?