Masyuk

Khamis, 11 November 2010

Nuffnang Premiere Screening of Skyline





Selamat tengah hari kepada sesiapa yang menyinggah kat sini. Malam semalam aku mendapat jemputan menonton tayangan perdana cerita Skyline di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju. Oleh sebab aku dah familiar dengan tempat tu jam 8.30 malam baru aku keluar rumah. Aku dapat 2 tiket "per" dari Nuffnang satu lagi aku bagi kat member kat rumah aku Adham tapi kitaorang gerak asing2 sebab aku malas nak tunggu dia yang "lem" untuk bersiap mengalahkan anak dara nak bersiap plak rasanya.



Cerita ini bermula mengisahkan sekumpulan mahluk asing dengan erti kata lain alien yang datang dari Planet Marikh kalau tak silap aku datang menyerang ke bumi menyedut semua manusia untuk diambil otaknya supaya boleh menghidupkan Alien yang baru. Alien dia pulak ada macam bentuk obor-obor yang terbang tinggi-tinggi di awan biru.



Sewaktu menyedut manusia dibumi wajah manusia tersebut akan berubah seperti timbulnya urat-urat diseluruh tubuh mereka sehinggalah mereka disedut masuk ke dalam tubuh alien tersebut.



Motif cerita ini aku rasa adalah untuk menyelamatkan diri daripada ditelan oleh alien tersebut semua orang mati ditelan oleh alien tersebut termasuklah hero & heroin cerita ini tapi last sekali la hero & heroin ni kena sedut dalam keadaan sedang bercium mulut. Bagi aku cerita Skyline ni agak bosan la sebabnya babak cerita ini membuatkan semua orang pening aku rasa. standard blogger bagi rating 2/10 tapi aku lagi kejam bagi rating 1.5/10 sampaikan aku boleh bergayut dengan Kak Ina KL lagi waktu kat dalam panggung. Orang lain aku tak tau la bagi rating berapa, Lain padang lain belalang, lain orang lain pandangan.




Waktu aku dah register nama aku Cik Lily Putih terus call aku cakap dia ada dekat kedai makan Heritage House kat area TGV Wangsa Walk tu. And Then aku joint Cik Lily Putih, Mr. Big, Mohd Faez Bin Mat Rudin & Sharing info melepak. Anak Perak dengan Redlinda aku tak tau dia "merendek" kemana.



SharingInfoz berpasangan dengan Mohd Faez Bin Mat Rudin



Lepas tu baru Anak Perak, RedLinda & Chearmster datang join kami.



Amboi....amboi....amboi chearmster apa yang ko dok ushar si Redlinda tu nasib baik Anak Perak tak perasan kan.



Muka berlagak seorang pemenang BlackBerry Torch yang bakal dijualnya siap nak "bida" lagi ko ingat blog lucah ko tu ebay per. Nak beli motor baru katanya mat rempit la ni.



Ramai cakap dia ni GAY tapi bila aku tengok pic ni aku rasa dia orang yang "lurus" tapi Chearmster tolong jaga awek ko ni tidak demi perempuan hubungan persahabatan boleh terputus... ahahahahahaaa




Adakah trilogi Cinta 3 Segi akan bermula. Har...har...har...



Dalam pada semua orang sibuk nak gosip mamat poyo ni tak nak lepak dengan kami semua sebabnya dia berlagak nak dapat Blackberry Torch yang dimenangi olehnya sebelum Hari Raya Haji ini tapi "nan hado'.



Seronok Cik Lily Putih & Mr. Big tengok wayang "per" semalam.



Korang tengok tu berlagak bergambar dengan HP lama buat kali terakhir katanya.



Walau tak best cam mana pun cerita yang ditayangkan Nuffnang tetap best sebab invite joint event yang diadakan.




P/S - Malam nia da event kat Zouk plak jumpa disana ya. Insyaallah



11 comments:

hamzah ian berkata...Best Blogger Tips

ko jgn delete weh entry ni.. gmbr2 ni aku direct link terus ke blog ko..

malas aku nak download.. hahaha...

Sharinginfoz berkata...Best Blogger Tips

bolehlah layan citer ni kan even tak berapa sodap

CikLilyPutih berkata...Best Blogger Tips

siap hamzah mlm nie, kite kenakan dia..

Sumijelly berkata...Best Blogger Tips

waa.........asal dlm gmbr tu tak ada gmbr kak sumi.......

kejam......kejam.............


ko wat la super impose kak sumi kat situ........huhuu


Sumijelly.com

BeaN MorENo berkata...Best Blogger Tips

lama dah tak melepak ngan korang

y@n@ M!B berkata...Best Blogger Tips

salam kenal..wuu kita xkenal sesapa pon semlm..sob sob..sy pun bg 2/10 aa cite ni..ngee~ =)

kak ina kl berkata...Best Blogger Tips

wah rugi tak join sbb tak balas email.sabar ajerlah..

malam ni ker malam esok..confius

hamzah ian berkata...Best Blogger Tips

macam biase aku curi gmbar ko.. hahaha

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Hamzah - Amik jer la janji bg creadit sket kat blog aku ni.. eheheheh

Sharinginfoz - tau xper

CLP - kita serang jer dia tu.

Kak Sumi - xda maknanya sapa suruh xdatang

Bean - kitaorang sapa nak lepak ngan ko... ehehehhee

Yana - salam kenal kembali

Kak ina - mmg rugi pun

Hamzah - tau dah

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

Memang sonok bile dapat tengok movie ngan member2 together2

.s.o.f.i.a. berkata...Best Blogger Tips

hammie sangat bertuah bulan nie..... BB lagi, iphone lagi.... kejelesan melanda tahap klimaks dah nie!!!