Masyuk

Ahad, 13 Februari 2011

Astro Fest 2011 - Astro Bukit Jalil





Astro Fest 2011 telah berlangsung pada 11-02-2011 memang setiap tahun Astro akan mengadakan Astro Fest ini bertempat di Astro Bukit Jalil. Astro Fest ini seperti hari keluarga kepada semua staff yang berkerja dengan Astro. Seperti kebiasaannya sambutan Astro Fest ini memang meriah sebab pelbagai makanan dan permainan disediakan.


Aku pergi Astro Fest 4 orang aku dengan Cik Nieza, Shikin & Lela kengkawan aku yang lain dah ajak tapi depa tak sampai-sampai pun maybe hujan kot, Teringat zaman ponteng sekolah lepak dekat YOAHAN sekarang The Mall naik kapal yang kaler merah tu.


Sempat juga model tak berbayar aku bergambar dengan Ain budak AF aku pun tak kenal sapa Ain ni sebab aku jarang tengok tv.

Pelbagai aktivti yang disediakan antaranya adalah sukaneka kiranya cam fun-fair lah ni.


Paling tak boleh blah waktu masuk rumah hantu abis bertambah kembang baju aku ditarik oleh model-model tak berbayar aku susah aku nak nak snap gambor hantu-hantu tu.


Terdapat pelbagai makanan yang disediakan antaranya adalah kambeng golek, chiken wing, putu mayam, char kuew tiaw dan macam macam lagi la tapi yang tak tahan nyer kena beratur panjang untuk mendapatkannya.


Lepas tu tangkap gambar dengan artis Raja Lawak pulak kalau tak silap aku nama budak ni Najmi kot aku pun lupa cam dia gaks.


Dalam jam 8.30 pula waktu perasmian adalah bunga api untuk memeriahkan majlis.


Malamnya pula ada persembahan artis popular antaranya Amy Search, Altimate, Meet Uncle Husien, Faizal Tahir, Kumpulan Tilu dan ramai lagi. Faizal Tahir siap campak baju Superman dia tu kepada peminat nasib naik pakai singlet kalau tak kena GAM lagi 3 bulan gamaknya.




p/s - Next even Majlis Juara Rakyat kat Kampung Puah Lembah lagi memang bz la aku bulan ni.






3 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

uncle putu mayam gak yang untung.... hohoho

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

biasalah jangan lupakan kepada sekeliling kita....

phreak-id berkata...Best Blogger Tips

bagus uncle putu mayam tuh. Strategi perniagaan yang baik. hahahaha


Terbaru >Kenduri Aqiqah. Jumpa Bean Moreno, Che Armster, dan.....? > Monday Blues > Download Drama Bersiri TV3 - Gemilang (Episode 1 - 3)