Masyuk

Selasa, 28 Jun 2011

Photoshoot Bersama Darwisy Akashah



Salam semua, aku nak cerita pasal hari Ahad yang lepas aku pergi ikut member aku photoshoot kat Taman Tasik Perdana lagi yang pertama aku pergi photoshoot dengan Aqil Wildan kali ini photoshoot dengan Darwisy Akashah pulak. Darwisy Akashah ni juga anak kepada member kitaorang juga. Kerja aku cuma menyibuk jer sebab aku masih belajar yang tak tamat-tamat lagi sampai sekarang.


Seronok sekali skala dapat peluang bebas budak ticik ni ekk...


Sayang ibu dan papa


Antara gambar-gambar yang tak seberapa sempat aku shoot


Suka ko ekk Darwisy Akashah.


Shoot paling mahal dari aku... ahahahaa

Ahad, 26 Jun 2011

Selamat Hari Lahir Alisya Ilyani - Anak GTO



Salam semua, Hari Sabtu lepas aku mendapat jemputan majlis ulang tahun yang ke-2 puteri kepada Eyriqazz iaitu Alisya Ilyani di rumahnya bertempat Danau Kota, Kuala Lumpur memang dekat sangatlah dengan rumah aku dalam 10 minit jer dari Sentul ni. Aku sampai di rumah Eyriqazz dalam jam 1 tengah hari itupun selepas aku deal dengan Kak Ina KL kalau tak memang melanguk jer lah aku sensorang aku sampai cuma ada keluarga Kak Ina KL dengan keluarga Mama Zharfan tunggu punya tunggu dekat jam 3 petang juga lah baru Alisya dapat merasa memotong kek hari lahirnya yang ke-2 itu. Bella Enveeus dan Jejai datang awal sedikit dari Mat Joe dan Bean Moreno. Terima Kasih kepada Eyriqazz dan keluarga kerana sudi jemput aku ke majlis hari lahir anaknya. Semoga Alisya menjadi anak yang solehah dan berjaya.



Waktu aku sampai tu Kak Ina KL, Isteri GTO dan Mama Zharfan tengah seronok bergosip.


Sampai 2 biji kek disediakan untuk tetamu.


Puding caramel dan puding roti yang ditempah dari Kak Ina KL.


Antara kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut.


Kasih orang yang tua kepada anak-anaknya tiada tolok bandingannya dan tiada galang ganti.


Ibu Alisya sedang menyuap kek kepada Alisya.


Anak sapa lah ni...


Semua dok sibuk mengambil gambar Alisya dah macam #retis gamaknya.






p/s - semoga 3 orang sahabat aku dari Kampung Puah Lembah cepat sembuh dan terus sihat kerana mereka telah masuk ke hospital serentak seorang kena Paru-Paru bernanah dan 2 orang lagik sekarang berada di ICU & CCU kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya di Jalan Gombak Batu 8 minggu lepas.



Jumaat, 24 Jun 2011

Drama Bersiri Kitab Cinta Di Tv Al-Hijrah



Salam semua, korang ada perasan tak dekat Astro channel 114 ada saluran Al-Hijrah. Sekarang aku nak bagi tahu kat korang yang aku sekarang dok melayan drama bersiri Kitab Cinta lakonan Fazura dan Hardy Hartono pelakon dari Indonesia. Drama Kitab Cinta ini adalah adaptasi dari novel karya Taufiq Rahman. Bagi aku cerita ini ada kekuatan tersendiri korang mesti beranggapan yang drama ini seperti Sinetron Indonesia iaitu Ketika Cinta Bertasbih. Dalam drama ini Fazura agak ayu apabila memakai tudung sebab aku memang suka dengan lakonan Fazura yang bagi aku dia seorang yang tidak hipokrit. Bagi aku drama arahan pengarah Erma Fatima adalah satu kejayaan kerana beliau telah cuba dan berjaya membuat pembaharuan didalam dunia perfileman kalau tidak asyik-asyik cerita hantu jer yang keluar dekat tv tu tak banyak yang nak buat cerita yang berunsur nilai keislaman seperti drama Kitab Cinta ini.


**************************************************************


SINOPSIS DRAMA KITAB CINTA (NOVEL NUKILAN TAUFIQ RAHMAN)

Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.

Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.

Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.

Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.

Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.

Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.


Khamis, 23 Jun 2011

Hantu, Icon, Jalan Tun Razak





Salam semua, malam td aku rasa nak tergelak ada orang google mencari Hantu Icon Jalan Tun Razak. Yer memang sekarang aku kerja di Menara Icon, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur tak sangka juga ada gak budak kat tempat aku berkerja ni mencari hantu di blog aku memandangkan kat opis aku ni sekarang tengah hangat cerita pasal hantu macam-macam ceritalah antaranya adalah

1. cerita naik lif seorang sampai tingkat 5 terasa macam ada orang keluar dari lif padahal budak tu seorang jer.


2. cerita ternampak hantu tembak kepala orang sampai berdarah-darah kat balcony banggunan tu.

3. cerita ternampak lembaga warna hitam dan besar di dalam toilet sampai sorang budak tu kena histeria waktu maghrib aku pun tak tau kesahihan cerita ni sebab aku tak ada diwaktu kejadian.

semua ni aku TAK TAHU KEBENARANNYA sebab aku pun tak pernah nampak kalau boleh memang tak nak tahu pun pasal benda-benda cuma aku PERCAYA KEPADA BENDA GHAIB itu sahaja.



p/s - dengar cerita dari depa juga kata banggunan ni sebenarnya adalah bekas kubur lama aku pun tak tau lah sebab aku dari dulu lalu kat Jalan Tun Razak ni tak pernah pulak nampak kubur.



Rabu, 22 Jun 2011

Universal Music Malaysia Pirate Night



Salam semua, Aku mendapat jemputan untuk menghadiri malam bersama Universal Music Malaysia di Nirwana Ballroom, Crown Plaza Mutiara Hotel Kuala Lumpur yang dikhabarkan acara terbesar bagi syarikat rakaman muzik tersebut. Antara blogger's lain yang mendapat jemputan adalah Kak Ina KL, Jejai, Cik Lily Putih, Hazman. Kami semua mendapat jemputan dari Hilal Azmi yang kebetulan mempunyai tugas disana. Artis yang hadir pada malam itu adalah Kumpulan Band dari Indonesia iaitu Band Geisha, Ning Baizura, Sharifah Syahira, Siti Sarah, Syuib Sepah, Ahmad Ahmad, Ana Rafali, Linda Onn dan ramai lagi.


Aku sampai kat sana lambat sikit, Macam biasalah kalau blogger's a.k.a. Tali Barut's dah sampai perkara pertama yang dilakukan adalah berborak, bergosip dan bergambar dalam erti kata lain adalah 3B.


Kak Ina KL, Mr Manager, Hilal Azmi, Cik Lily Putih, & Hazman yang hadir mengikut tema yang telah ditetapkan.

Cik Lily Putih dengan member aku bergaya dengan pass lawatan percuma.


Sebelum majlis bermula ada sesi lucky draw yang dijalankan oleh Sharifah Shahira, Halim Othman dan siapa yer dj lelaki seorang tu aku terlupa la pulak.


Kebetulan rezeki 2 orang Tali Barut's ada rezeki dapat cabutan bertuah iaitu Hazman & Cik Lily Putih.


Dalam waktu sama juga tetamu juga diperkenalkan dengan Band Geisha yang berasal dari PekanBaru, Indonesia dari kampung aku tu... ehheheheeheheee


Sambil-sambil tu ada pulak persembahan makan api oleh dua orang awek yang agak cun dan seksi ini.


Diselang selikan pula dengan persembahan silap mata korang tengok tu mamat tu cucuk paku 4 inci kat dalam lubang hidung dia.


Kebetulan pula Ana Rafali ada semua ambil kesempatan nak bergambar dengan beliau yang comel tu.


Bagi pemenang pakaian tercantik pada malam itu pula dimenangi oleh Betty Benafe.


Persembahan dimulakan oleh penyanyi yang bersuara soprano tak lain tak bukan Ning Baizura yang membawa peminatnya yang begitu sporting.


Selepas itu Band Geisha pula menunjukkan aksinya yang begitu mengangumkan sehingga aku terjatuh cinta dengan band ini hampir 2 album juga band geisha ini beraksi dengan jayanya.


Selepas Band Geisha perform aku keluar ambil angin waktu Siti Sarah & Syuib Sepah menyanyi aku tak tengok masuk-masuk jer Monoloq tengah perfom.


Diikuti pula dengan Ahmad Ahmad tapi bukan Ahmad Albab yer.


Persembahan terakhir yang aku tengok adalah dari Ana Rafali yang mendendangkan 2 buah lagu. Lepas tu aku terus cabut balik meninggalkan Kak Ina KL dan Jejai yang setia menanti sehingga show berakhir.




p/s - Hilal Azmi aku pun nak juga CD Band Geisha ni....

Isnin, 20 Jun 2011

Dondang Sayang






Salam semua, hari ini aku nak tanya korang kat mana boleh aku download lagi DONDANG SAYANG sebab mak cik aku nak cari lagu-lagu DONDANG SAYANG sebab dia memang suka lagu-lagu tersebut. kalau korang ada info pasal lagu-lagu DONDANG SAYANG ni korang bagi tau dekat aku yer aku nak buat cd untuk mak cik aku ni. Antara penyanyi lagu dondang sayang yang mak cik aku ni minat adalah Nyonya Tan Abdullah, Pak Ibrahim, Nona , Abas Katan dan ramai lagi. kalau korang ada info bagi tau aku yer. Terima Kasih



Ahad, 19 Jun 2011

Pelawak Zami Ismail aka Pak Uda Meninggal Dunia - Al Fatihah



Sumber dari SINI


Selamat berhujung minggu semua, Pagi ini kita dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Zami Ismail kerahmatullah. Allahyarham meninggal kerana serangan jantung dan meninggal di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Semoga roh allahyarham Zami Ismail diletakkan dikalangan para soleh dan solehah hendak-Nya. Al-Fatihah



P/S - teringat dialog allahyarham Zami Ismail di dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah "amboi panjangnya kopek" sambil simpan coli kedalam poket.



Jumaat, 17 Jun 2011

Naik Mencanak-Canak



Salam semua, Semoga anda semua sihat hendak-Nya. Hari ini aku nak update menggenai Naik Mencanak-Canak. Maksud aku naik mencanak-canak adalah statistik pengunjung diblog aku menurut laman web NuffnangMY pada hari Selasa bersamaan 14-Jun-2011 yang lepas. Pada hari Selasa yang lepas satu kejadian Gempa Bumi di Sumatera Utara dan menyebabkan kami yang berada di Kuala Lumpur turut merasa gegaran tersebut oleh itu ramai yang mencari mengenai Gempa Bumi tersebut dan ramai pulak yang tersangkut di blog aku ini.


Korang tengok mencanak dengan tiba-tiba tak.


Tu sampai 2152 pengunjung pada hari tersebut kalau hari biasa lebih kurang 100 orang je yang sudi singgah kat blog aku ni.



Kata kunci yang dicari adalah "Gempa Bumi"


memang ramai yang menggunakan search engine dari Google.com


Kebetulan NuffnangMY memang baik hati kasi Buffer Earning kat blog aku ni terima kasih NuffnangMY.


Kebetulan Penolong Ketua Editor KLPos iaitu Saudara Radhi Razak tersinggah dekat blog aku jadi dia ambil entry aku dan dimuatkan di blog KLPOS.





Qiamullail Perdana Bersama Peserta Imam Muda Musim Ke-2



Pada 24-Jun-2011 bersamaan hari Jumaat Astro Oasis akan mengadakan program Qiamullail perdana bersama peserta imam muda musim yang ke-2 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Aturcara program tersebut ada di gambar yang dilampirkan. Sesiapa yang berminat untuk menyertai progran ini dijemput hadir pada tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.