Masyuk

Sabtu, 9 Julai 2011

Majlis Pelancaran Album Dewa - Ning Baizura @NingDalton






Selamat berhujung minggu semua, Malam semalam aku mendapat jemputan Majlis Pelancaran Album Dewa dari Ning Baizura bertempat di kelab Zouk, Jln P. Ramlee, Kuala Lumpur. Ramai blogger's yang mendapat jemputan dari Ning Baizura sebagai media antaranya adalah Kak Ina KL, Hilal Azmi, Jejai, Mohd Zaid, Red Mummy, Dd Sentap dan ramai lagi memang best pergi event yang dianjurkan oleh pihak Ning Baizura kerana mereka boleh dikatakan memang "jaga baik" kepada semua para tetamu yang hadir. Kadang kala event yang menjemput bloggers seolah-olah menjadi "anak tiri" di event tersebut tapi tidak bagi kami yang mendapat jemputan dari Ning Baizura.



Persembahan dimulakan oleh Ning Baizura dengan lagu Raksasa sambil Ning Baizura ditandu oleh "RAKSASA"


Persembahan diteruskan dengan nyanyian Ning Baizura dari album terbarunya antaranya adalah lagu Mama Papa, Bila, Pencarian, Alhamdulillah dan Aku Bukan Dewa lagu lagu tersebut adalah antara 8 buah lagu yang dimuatkan didalam album Dewa yang membawa maksud CAHAYA didalam bahasa sanskrit.


Dua orang "penyanyi jemputan" merupakan memang peminat setia Ning Baizura.


Kak Ina KL dengan Mr. Manager gembira mendapat album Dewa percuma harga album Dewa ini dijual dengan harga RM29 dan mempunyai 8 buah lagu didalamnya.


Red Mummy yang turut ingin bergambar dengan Ning Baizura.


Kak Ina KL yang dok sibuk mempromosikan blognya kepada Ning Baizura sewaktu diatas pentas.


Jejai yang agak malu-malu kucing untuk bergambar dengan Ning Baizura senyuman Jejai menampakkan beliau amat geram pada waktu itu.



Inilah orang yang paling bengang dengan aku pada malam itu iaitu Dd Sentap


Pada mulanya aku agak malas untuk naik kepentas untuk bergambar macam biasalah aku memang tak berapa nak suka bergambar ni tapi disebabkan Ning telah panggil "daydeck" banyak kali bukan nama aku jer dia panggil tapi hampir semua blogger's yang dia panggil aku naik jugalah itupun naik beramai-ramai ini menunjukkan Ning juga peka dengan para jemputannya.


Rizal dan Ray dari radio Era.FM yang menjadi pengacara pada malam tersebut memang sempoi mereka berdua.


Pada malam itu juga jemputan juga dipertontonkan dengan klip video lagu Bila dari Ning Baizura dan untuk pengetahuan semua pakaian yang dipakai oleh Ning untuk klip video dan pakaian pada malam itu adalah tajaan dari Rizman Ruzaini.


Sempat juga aku ambil gambar candid Ning Baizura ketika bergambar untuk promosi album tersebut.


Isaac Tan, Mohd Zaid, Alice, Red Mummy, Kak Ina KL dan Jejai bergambar bersama diluar kelab malam Zouk macam biasalah kalau sekali sekala bertemu di majlis sebegini rupa.


Seperti biasa bila berjumpa artis mahupun selebriti Mr. Manager mesti nak bergambar lepas tu pulak Ray juga memang sempoi giler walaupun sebelum ni aku pernah jumpa ditempat kerja tapi tak bertegur sapa.





p/s - memang layan lagu Ning Baizura yang terbaru ni.






2 comments:

kak ina kl berkata...Best Blogger Tips

memang best kan suara Ning..betul tak tipu

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

memang best kak ina... suara memang mantap