Masyuk

Khamis, 29 September 2011

Makan-Makan DiRumahKu



Salam semua,
Alhamdulillah hari Ahad lepas aku buat makan-makan sikit kat rumah Mak Cik Jenab sebab ada orang suruh tolong masakkan lemang, Alang-alang dah bakor lemang tu aku pun bakar sekalilah lemang untuk aku sekaligus ajak kawan-kawan tapi tak dapat jemput ramai sebab buat makan-makan ni pun last minit yang tak dijemput tu jangan kecik hati yer. Sejak dari hari Jumaat malam aku sibuk pergi ke Pasar Chow Kit untuk membeli barang untuk memasak sebabnya kami masak sendiri balik dari pasar pun dekat jam 1 pagi. Hari Sabtu pulak pagi-pagi semua kesibukkan kebetulan Mak Cik Jenab ada orang order karipap 400 biji tu yang memasing kelam kabut tu. Hari Sabtu kami cuma masak Lemang dengan rendang daging campur kentang kecil malamnya pula tumis segala macam lauk yang hendak disediakan.


Bakar lemang dekat 35 batang itupun tak cukup untuk dihidangkan.


Rendang daging 8kg + kentang kecil 10kg.


Jering 10kg dah dikopek tinggal ni jer. Mak Cik aku ni pulak sibuk nak tumbuk jering yang telah direbus untuk digulai.


Keluarga dan kawan-kawan kakak aku dari Seremban juga turut hadir.


Keluarga Atan Tuya serta kawan-kawan dari Wangsa Maju juga datang untuk memeriahkan majlis.


Kawan-kawan ditempat aku kerja juga aku jemput.


Cik Lily Putih, Kak Ina KL, Amy Sw33tdarling & Bean Moreno antara bloggers yang hadir itupun aku tak ajak semua sebab tak sempat nak ajak family pun yang aku teringgat jer aku jemput sebab tak sempat.


Alang-alang dah buat makan-makan tu jemput jugak orang surau adakan tahlil untuk arwah-arwah yang telah pergi terlebih dahulu dari kita.




Sorry bukan saja tak nak jemput korang yer.




0 comments: