Masyuk

Ahad, 20 November 2011

Resipi Apam Yis





Den tak ado nak buat cantik-cantik do gelimang dongan kelapo macam ni jo.



Salam semua,
Malam semalam tetiba nak makan kuih apam pulak aku dengan segera buat kuih apam ni sebab senang dan barang memang semua dah ada dan tak banyak bahan yang perlu digunakan untuk membuat kuih apam yis ni.



Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula + gula merah (dimasak pekat)
1 cawan air Yis (yis direndam dengan air)




 
Kalau nak berbuih-buih cam ni pun boleh gak nanti macam bersarang kuih korang tu. aku suka padat-pada cam aku.



Cara-caranya
Campurkan semua bahan-bahan diatas sehingga rata jangan berketul kalau ada blender yang bersih (tak pedas) blender kan bahan-bahan tersebut sehingga rata. Biarkan adunan tadi lebih kurang 1 jam - 2 jam sehingga kembang pastikan ianya bekas yang bertutup supaya gas yang dikeluarkan oleh yis tadi tak keluar. Kukus sampai masak cuba cucuk dengan lidi kalau dah tak melekat kasi angkat la.


Agak-agak kuih dah gebu macam ni try cucuk dengan lidi










2 comments:

kak ina kl berkata...Best Blogger Tips

wah rajinnya kau jang...tenguk cam teringin nak buat pulak

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

buat jer lah kak kalau rajin saya ni ngidam jer,,, aghahhahahhaa