Masyuk

Ahad, 31 Mei 2009

Adat perkahwinan di Bangkinang, Indonesia



hari ni aku nak share ngan korang tentang adat perkahwinan & busana perkahwinan masyarakat orang ocu atau disebut sebagai uwang ocu kalau di daerah Bangkinang, Pekanbaru.
kalau disana mmg meriah majlis perkahwinannya kerana semangat kejiranan semangat perpaduan disana amat utuh antara satu sama lain. mereka saling bantu membantu antara satu sama yang lain

kacang panjang, petai, terung berimbang masak taucu....sedap gler

orang kuat dari malaysia masak kat Bangkinang...ahahahaha
kak ina tgk la besen/ capa yang makcik saya pegang tuh......

kalau ada majlis perkahwinan kat sana mmg ada aktiviti berdikiu
berdikiu ni macam marhaban atau berzikir la tapi intonasi nye lain la
ni waktu kat rumah pengantin
kalau nak tgk video nyer ada kat sini youtube

pengantin berarak sambil diikuti paluan rebana orang berdikiu

mempelai bersama ibu saudara nya dari Malaysia


mempelai lelaki menuju ke teratak kami

rombongan pihak lelaki yang membawa hantaran secara menjunjung tapi kalau ikut ada di
Bangkinang hantaran nya diletak diatas dulang

dua hari menjadi satu
busana pengantin yang bercorak catur di padan kan dengan suntiang bg pengantin perempuan
dan tengkolok bagi pengantin lelaki......

busana pengantin dari dekat beserta sepatunya.

jambau/dulang yang dibawa oleh salah seorang saudara pengantin.
didalam dulang itu adalah lauk pauk dan buah buahan untuk disajikan kepada orang kampung
dan sanak saudara yang terdekat hanya tetamu aja akan makan dibawah khemah dengan masakan yang dimasak oleh keluarga pengantin perempuan.

ini adalah salah seorang saudara kami yang melangsungkan pernikahan baru baru ini

busana mempelai seperti songket bunga tabur

pelaminan nya seakan akan pelaminan minang di padang ya.
ini sewaktu persandingan di malam hari.

mempelai diapit oleh saudara
dengan busana berwarna kuning diraja.

kedua mempelai di atas pelaminan yang di sediakan suungguh indah.





inilah adat membawa jambau atau dulang hantaran di Bangkinang
macam macam yang diisi didlam jambau antaranya makanan, pakaian, cadar, pinggan manguk
dll.

2 comments:

Masri Manas berkata...Best Blogger Tips

Saya merasa bangga karna ada orang dari negeri jiran membuat artikel tentang adat perkawinan di daerah kami.

Salam kenal dari uwang ocu di Rumbio yang masih berdekatan dengan Bangkinang, Riau. Jika ke Bangkinang lagi jangan lupa singgah ke Rumbio.

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

insyaallah cu kok pulanng deyen bekok deyen sampai di umbio.. abang deyen lai nikah jo urang umbio cu,,,